SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, October 16, 2009

ALAM BARZAKH


Setiap benda yang bernyawa pasti akan mati , begitu jugalah dengan manusia.Mak dengan itu , setiap orang akan menemui ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah Taala , tidak kira siapakah ia , tinggi manakah pangkatnya , banyak manakah harta bendanya ,ramai manakah pengikutnya dan luas manakah pengaruhnya di dalam masyarakat .
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Ali Imran ; 185 )

Setelah seseorang itu dimatikan, maka terpindahlah ia kea lam yang lain , dikenali dengan “Alam Berzakh atau alam kubur semantara menunggu datangnya Kiamat .Alam kubur ini , sama ada ia menjadi satu taman daripada taman –taman syurga bagi orang yang benar –benar beriman dan beramal soleh , atau menjadi satu lubang daripada lubang – lubang neraka bagi orang - orang yang kufur atau menderhakai Allah Taala.
Di dalam kubur berlakunya soal kubur yang dilakukan oleh Malaikat Munkar dan Nakir , untuk menyoal setiap mayat yang dikuburkan sekiaranya seseorang yang mati itu benar –benar beriman dan melakukan amal soleh semasa hidupnya , dai akan dapat menjawab soalan –soalan malaikat dengan baik .Seterusnya kuburnya akan diluaskan seluas 70 hasta dan dipenuhi dengan kehidupan yang penuh nikmat dan berkekalan sehingga dia dibangkitkan pada hari Kiamat.
Sekiranya dia gagal menjawab soalan – soalan malaikat , maka kuburnya akan disempitkan sehingga berselisih tulang – tulang rusuknya dan dipukul denga tukul besi , sehingga ditiupkan sangkakala kedua menandakan manusia dibangkitkan pada hari kiamat .
Saidina Othman bin Affan r.a apabila berdiri di atas kubur maka dia menangis sehingga basah janggutnya , lalu ditanyakan kepadanya ,”Apakah engkau mengingati syurga atau neraka ?Adakah engkau menangis kerana ini (seksa kubur) ? Maka Saidina Othman menjawab:”Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الْاَخِرَةِ , فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرَ , وَإِنْ لَمْ يَنْجُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ .
رواه الترميذي
Maksudnya : Sesungguhnya kubur adalah persinggahan pertam ke Akhirat .Sekiranya mayat yang singgah di siti terselamat maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi, dan jika tidak selamat maka perjalanan selepas itu lebih sukar lagi :”
Oleh itu kita tidak dapat lari dari bertemu dengan kematian .Maka sewajarnyalah kita bersedia untuk menghadapinya selagi kita masih hidup di dunia , dengan mempertingkatkan amalan soleh dan kebajikan , disamping bertaubat kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan.
Iman dan Amalan soleh yang akan menjadi teman semasa di kubur . Kita tidak membawa isteri dan anak – anak serta saudara mara .Mereka pulang ke rumag dan meninggalkan kita keseorangan , bertemankan ulat , ular , kala dan jengking , sekiranya tiada amal soleh dibawa.
Kita juga tidak membawa harta benda , kerana semua harta benda kita akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang berhak menerimanya .Tidak ada lagi yang boleh menolong kita sama ada pengaruh , pangkat atau kebesaran .
Imam At Tarmizi meriwayatkan dari Atiah daripada Abi Said Khadri r.a katanya :”Rasulullah SAW masuk ke tempat sembahyangnya lalu baginda melihat ramai orang sedang gelak katawa , baginda bersabda yang bermaksud :”Adapun sekiranya kamu banyak ingat kepada pemusnah kelazatan hidup (kematian) sudah tentu akan membuatkan kamu sibuk dengan apa yang aku lihat (kematian) oleh itu hendaklah kamu banyak ingat kepada pemusnah kelazatan hidup (Mati)maka sesungguhnya tidak aka nada satu hari yang berkecuali , melainkan kubur akan berkata kepadanya :”Aku adalah tempat yang dipenuhi tanah dan bersarangnya ulat –ulat.
Apabila dikebumikan seorang hamba yang beriman,berkatalah kubur kepadanya :”Selamat datang kepadaku , kamu adalah orang yang paling baik pernah berjalan di atasku . Oleh itu pada hari ini apabila kamu diserahkan kepadaku dan berada di dalam pangkuanku, maka kamu akan lihat jasa – jasaku kepada kamu .Maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :”Kubur pun meluaskan kawasannya bagi mayat itu seluas mata memandang dan dibukakan untuknya pintu syurga “
Apabila dikebumikan mayat yang jahat atau kafir , berkatalah kubur kepadanya :”Tidak ada ucapan selamat datang dan tidak ada sambutan mulia untuk kamu .Kamu adalah orang yang paling aku benci yang pernah berjalan di atasku .Maka apabila hari ini kamu diserahkan kepadaku dan kamu berada di sisiku , maka kamu akan lihat dan merasai balasanku kepadamu.
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Maka kubur pun menhimpitnya dan berselisihlah tulang rusuknya.”Kemuadian Abu Said berkata lagi:”Sabda Rasulullah SAW sambil memasukkan jari –jarinya dicelah jari –jari yang lain dengan katanya :”Bahawasanya kubur boleh jadi sebuah taman daripada taman – taman syurga atau satu lubang daripada lubang –lubang neraka.”
Iman dab amal sahajalah yang menjadikan manusia selamat dari azab kubur . Maka hendaklah benar –benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyakini kepada semua ajaran Islam dan beramal dengannya , walaupun kita tahu Islam itu benar , tetapi sekiranya kita mempersenda –sendakannya , tidak yakin kepadanya dan tidak beramal dengannya, maka jadilah kita di kalangan orang-orang yang hanya mengaku dengan mulut sahaja, sedangkan hati kuufur kepadanya.Maka tidak akan berjaya menjawab soalan Munkar dan Nakir .
Betapa ramai orang yang mengaku Islam tetapi amalannya jauh sekali dari kehendak Islam, ramao orang yang mengaku bahawarsul mereka Nabi Muhammad SAW , tetapi benci kepada ajaran yang di bawa oleh baginda .Ramai orang yang mengaku bahawa ajaran Islam itu baik dan sempurna , tetapi mereka masih beramal dengan fahaman – fahaman dan ajaran – ajaran yang lain dari Islam , maka bagaimanakah nanti kehidupan mereka ketika di dalam kubur.
Oleh hal yang demikian maka marlah kita membuat persediaan untuk melangkah ka alam barzakh dengan beriman yang tuleh dan mengerjakan amalan soleh .Dan hendaklah insaf dan muhasabah bahawa segala yang kita milik daripada harta benda , pangkat kebesaran pengaruh dan sokongan tidak akan member manfaat kepada kita lagi di sana (alam barzakh ) .
Allah tetap kan meneguhkan orang – orang yang beriman di atas iman sebenar di dunia dan akhirat firman Allah yang bermaksud :
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. ( Ibrahim : 27)
Wassalam .

No comments:

Post a Comment