SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 9



Pengajian Hadis Siri 9.
Sambungan Hadis keemapt         
Kupasan hadis :
8.Hadis ini tidak bertentangan dengan Al-Quran Al Karim  yang mana menyuruh orang –orang mukmin menikmati keindahan dunia dengan cara yang baik diridai Allah , kerana keinginan itu memang tabiat semula jadi yang dibekalkan bagi manusia Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14 :
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dan firman Allah swt dalam surah albaqarah ayat  172 :
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
9.Al-Quran Alkarim dengan terang menjelaskan supaya keindahan serta rezeki yang baik.hidup di dunia  ini jangan disekat atau diharamkan, maka hendaklah dinikmati dengan wajarnya tidak melupai hari akhirat firman Allah SWT dalam surah  al araf ayat 32 :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui.
Ringkasnya segala keindahan dunia dan rezeki yang baik –baik boleh dinikmati oleh semua manusia  yang beriman dan tidak beriman semasa hidup di dunia ini .Tetapi di akhirat nanti tertentu semata –mata untuk  orang – orang yang beriman sahaja .
Pengajaran Hadis :
1.Orang –orang  mukmin hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan konsep iman bagi mencapai keridaan Allah .
2.Orang – orang mukmin diingatkan jangan terpedaya dengan kelazatan nikmat dunia sehingga lupa kepada nikmat akhirat dan beramal sesuai dengan sifat seorang mukmin.
3. Orang – orang mukmin tidak dilarang menikmati kehidupan dunia dan rezeki yang baik selama sesuai mengikut pengajaran al-quran dan hadis Rasul yang sah .
4.Nikmat keseronokkan hidup di dunia dibandingkan dengan nikmat hidup di akhirat amat sedikit . Orang – orang mukmin sahajalah yang akan dapat  menikmati akhirat .Mereka hendaklah sentiasa sedar tidak mengabaikan kehidupan dunia  bijak dan wajar mengseimbangkan kehidupan dunia bagi menuju kehidupan di akhirat .
5. Orang – orang mukmin hendaklah hidup cergas dan aktif dalam mencapai habuan hidup dunia ini .

pengajian hadis siri 8



Pengajian Hadis siri 8.
Sambungan Hadis keempat .
Kupasan Hadis :
4.Hadis ini mengingatkan  orang – orang mukmin supaya sentiasa berpegang kuat kepada prinsip yang tegas  bukan seperti mereka yang  terumbang ambing tak berpedoman . Prinsip  hidup sebagai orang mukmin itulah seolah –olah penjara  yang mengawasi dirinya daripada melewati batas yang telah ditentukan oleh Islam.Ia tidak boleh  berleluasa tanpa batas.Orang dalam penjara tidak mempunyai kebebasan berbuat sesuatu tidak dibenarkan keluar dari kawasannya.Oleh yang demikian seorang mukmin tidak seperti orang kafir  mereka seolah –olah bebas , mereka rak mahu patuh kepada Allah berbuat sesuatu tanpa megira larangan dan perintah, dengan itu mereka seolah –olah  di dalam syurga  yang bebas penuh dengan segala nikmat dan keindahan.
5.Orang – orang yang dipenjara mestilah mengikut program – program jadual yang ditentukan oleh penguasa penjara , oleh itu sebagai seorang mukmin yang ingin mendapat segala sesuatu di dunia dan akhirat hendaklah ia patuh mengikut peraturan yang ditentukan Allah .Ketika itu barulah beruntung mendapat kesenangan kebahgiaan dari dunia hingga akhirat .Dan itulah sebenar –benar orang mukmin hidup di dunia dan akhirat.
Tetapi kalau tak mahu menjadi mukmin tetap dengan kekufuran baginya tidak ada sebarang peraturan dan mereka memang tidak mahu mengikut peraturan , sekalipun mereka akan dapat juga segala di dunia  ini mengikut cara –caranya tetapi kesenangan di akhirat tetap tak akan dirasainya, jauh sekali dapat memasuki syurga tempat nikmat yang kekal  abadi .
6.Bagi orang – orang kafir , dunia ini sahaja tempat mereka merasai nikmat menakala telah mati mereka masuklah ke dalam penjara  tempat siksa selama-lamanya.Segala nikmat dunia ini dibandingkan dengan nikmat di akhirat yang  kekal abadi itu amatlah jauh dan terlalu sedikit seperti firman Allah dalam surah  At Taubah ayat  38:
(Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Nikmat dan kesenangan dunia itulah dicontohkan seperti kesenangan yang diperolehi oleh penghini penjara, terhad dan terkongkong sedang nikmat di akhirat yang kekal tidak terbatas dan terlintas oleh pemikiran manusia.
7.Walau bagaimana sekalipun mewah yang diperolehi di dunia ini, segala-galanya itu tidak sempurna, sedikit sangat dibandingkan dengan nikmat kekal abadi.Oleh itu janganlah lalai dan terlupa dengan sebab kemewahan dunia ini berkerja beramal untuk mencapai nikmat yang lebih yang tidak terhad iaitu limpah kurnia keredaan Allah swt .

doa perlindungan 1.


pengajian hadis siri ke 7




Pengajian Hadis siri 7 .
HADIS KEEMPAT
DUNIA PENJARA BAGI ORANG MUKMIN .

عَنْ أَبِي هُريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلدُّنْيَا  سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ ( رواه مسلم) .
Daripada Abi Hurairah r.a ,Rasulullah saw bersabda :”Dunia adalah penjara  bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir ( Hadis riwayat Muslim) .
Kupasan Hadis .
1.Kehidupan dunia sepertimana yang diterangkan oleh Al-Quran dalam surah Al-Hadid ayat 20 :
ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
2.Hadis di atas adalah mengambarkan keadaan orang mukmin di dunia ini seolah –olah ia di dalam penjara  taka da kebebasan penuh tanpa batas , bahkan ia terekawal melakukan segala kemahuan nafsu yang dilarang dan ditegah .Bagi seorang mukmin diminta supaya patuh taat kepada perintah Allah untuk mencapai keridaanNya ,Seorang mukmin akan menerima bermacam –macam kesusuhan di dunia ini .Dan apablia  ia berpindah meninggalkan dunia ini ia akan mendapat nikmat abadi kesenangan yang sebenar-benarnya. Adapun orang – orang kafir tak mahu mengikut perintah Allah melakukan  sesuatu di dunia ini tanpa batasnya . mengikut hawa nafsu yang berluasa seolah –olah mereka  mendapat nikmat dan kesenangan di dunia ini,menakala  ia mati segala kesenangan itu bertukar corak baginya menjadi azab seksa dan kecelakaan selama-lamanya di akhirat .
3.Ada di antara  kita salah memahamkan hadis ini sehingga menyangka tak mahu bekerja dan menikmati keindahan alam ini, tak mahu menggunakan alam  kejadian tuhan ini untuk kepentingan hidup,fahaman ini adalah ditiupkan oleh orang yang putus asa lagi pemalas, suka berangan-angan yang kononnya hendak masuk syurga yang penuh nikmat dengan mudah.sikap tersebut  ialah sikap seorang pemalas,penakut dan bacul.Kenapa kita memahamkan kepada perkara – perkara yang membahayakan dan melemahkan seamgat bekerja, sedangkan kita memahami kepada tujuan yang lebih dinamik,cergas untuk hidup mulia, yang mempunyai keagungan .kenapa kita memahamkan penjara  dengan melarang kita menikmati  keindahan alam dan syurga  kononnya  untuk kepuasan orang –orang kafir sahaja, kita orang – orang Islam tidak berhak menikmatinya?.

Thursday, November 7, 2013

AJK URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

PADA 2.11.13 BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA  URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AJK KALI PERTAMA  .  DALAM MESYUARAT ITU MELANTIK AJK BARU :
KETUA :MOHAMMAD SABALLAH  BIN TAIB
NAIB KETUA : US SATTA  A.GHANI
SETIA USAHA :  US.NAJMI  A..RAHIM
BENDAHARI :  US.BASIT
KETUA PENERANGAN : US.ZAKARIA
AJK :
US.HANAPIAH , US.JOHARI , US.ISHAK HUSSIN, US.ISHAK YASSIN , US.AHMAD BADAWI.
US.KHALILLAH , US.SARWARDI ISHAK,US.ZAKARIA DA,US.SYUKRI ,USTAZAH NORLIAH
USTAZAH NATRAH ,
DI ANTARA KEPUTUSAN MESYUARAT DI AMBIL MENETAPKAN MESYUARAT BULANAN PADA MINGGU KE 2  HARI  SABTU MALAM AHAD .
USRAH AJK
IJTIMAK TARBAWI .
BERIKUT  GAMBAR KENANGAN DI MASA MESYUARAT :


pengajian hadis siri 6





Pengajian Hadis Siri  6 .
Sambungan Hadis  3:
Kupasan hadis .
5.Di sarankan kepada yang kaya di dunia ini untuk selamat dan tidak menjadi miskin di akhirat nanti maka harta yang banyak itu hendak diinfakkan kejalan Allah , cari ilmu yang bermanfaat dengan harta itu , tegakkan kalimah Allah didunia dengan harta benda itu, insyallah akan menjadi kaya .wallah hualam .
Pengajaran Hadis .
1.Nilai sesorang itu bukanlah dipandang setakat banyak harta  kekayaan sahaja  bahkan dipandang sejauh mana  tinggi,mulia hati nuraminya mengikut panduan Allah dan rasulnya.
2.Kekayaan yang sebenar nya ialah kekayaan harta benda yang dapat  diseimbangkan dengan kekayaan hati nurani dan perasaan  jiwa ynng mulia mengikut  ajaran Islam .
3.Diingatkan orang – orang kaya akan menjadi miskin , menjadi orang – orang yang sedikit  mendapat pahala nikmat di akhirat .Oleh itu janganlah bermegah dan takabur dengan harta kekayaan kerana  ia tidak boleh menolongnya .
4.Mereka yang boleh mendapat pertolongan dan pahala yang banyak di akhirat ialah yang banyak harta kekayaan di dunia ini kemudian membelanjakan dengan wajar mengikut panduan al-Quran dan Hadis .
5.Diarah dan digalakkan supaya  orang – 0rang Islam berusaha mendapat  kekayaan dunia  ini lalu melakukan kebajikan untuk dirinya dan Agama Allah .
6.Dilarang dan ditegah orang -0rang Islam melonggok- longgokkan harta tanpa membelanjakannya kepada jalan – jalan yang berkebajikan serta tidak dikehendaki orang Islam menjadi orang –orang miskin yang sedikit harta benda di dunia ini.
7.Hendaklah berusaha dengan berharap kepada Allah agar dikurniakan kebajikan di dunia dan dapat membuat perkara yang berkebajikan yang diredai Allah serta akan mendapat ganjaran yang banyak di akhirat nanti .