Pengajian Hadis Siri
6 .
Sambungan Hadis 3:
Kupasan hadis .
5.Di sarankan kepada yang kaya di dunia ini untuk selamat
dan tidak menjadi miskin di akhirat nanti maka harta yang banyak itu hendak
diinfakkan kejalan Allah , cari ilmu yang bermanfaat dengan harta itu ,
tegakkan kalimah Allah didunia dengan harta benda itu, insyallah akan menjadi
kaya .wallah hualam .
Pengajaran Hadis .
1.Nilai sesorang itu bukanlah dipandang setakat banyak
harta kekayaan sahaja bahkan dipandang sejauh mana tinggi,mulia hati nuraminya mengikut panduan
Allah dan rasulnya.
2.Kekayaan yang sebenar nya ialah kekayaan harta benda
yang dapat diseimbangkan dengan kekayaan
hati nurani dan perasaan jiwa ynng mulia
mengikut ajaran Islam .
3.Diingatkan orang – orang kaya akan menjadi miskin ,
menjadi orang – orang yang sedikit
mendapat pahala nikmat di akhirat .Oleh itu janganlah bermegah dan
takabur dengan harta kekayaan kerana ia
tidak boleh menolongnya .
4.Mereka yang boleh mendapat pertolongan dan pahala yang
banyak di akhirat ialah yang banyak harta kekayaan di dunia ini kemudian
membelanjakan dengan wajar mengikut panduan al-Quran dan Hadis .
5.Diarah dan digalakkan supaya orang – 0rang Islam berusaha mendapat kekayaan dunia
ini lalu melakukan kebajikan untuk dirinya dan Agama Allah .
6.Dilarang dan ditegah orang -0rang Islam melonggok-
longgokkan harta tanpa membelanjakannya kepada jalan – jalan yang berkebajikan
serta tidak dikehendaki orang Islam menjadi orang –orang miskin yang sedikit
harta benda di dunia ini.
7.Hendaklah berusaha dengan berharap kepada Allah agar
dikurniakan kebajikan di dunia dan dapat membuat perkara yang berkebajikan yang
diredai Allah serta akan mendapat ganjaran yang banyak di akhirat nanti .
No comments:
Post a Comment