SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, May 13, 2012

tafsir surah al-ikhlas

TAFSIR SURAH AL-IKHLAS.
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ . اللهُ الصَّمَدُ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ . وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفْوًا أَحَدٌ .
Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan yang kena rejam.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Sebab turun ayat :
Ibnu Abbas meriwayatkan : Ada dua orang utusan kaum Musyrikin Mekah menemuai Rasulullah SAW dengan mengatakan Nabi Muhammad sebagi memecahbelah masyarakat Musyrikin Mekah dan mencerca berhala , dan menyalahi agama nenek moyang mereka.Apakah tujuannya ? Mereka berdua menawarkan berbagai tawaran , tetapi Nabi Muhammad saw menolak dengan katanya”Aku adalah utusan Allah, aku ajak kamu semua meninggalkan menyembah berhala dan marilah menyembah Allah yang maha Esa “.
Mendengarkan jawapan nabi Muhamamad itu mereka pulang dengan kecewa.Tetapi mereka datang pada kali yang kedua supaya menerangkan sifat Tuhan Nabi Muhammad SAW , maka turunlah surah Ikhlas ini.
Huraian :
1.Dalam ayat pertama Allah menerangkan bahawa Ia adalah Esa.Allah adalah Tuhan yang mengendalikan perjalanan alam ini.Alam ini akan rosak kalau ditadbirkan oleh ramai tuhan.
2.Dalam ayat kedua ,Allah adalah sebagai pusat tempat meminta , tidak boleh memohon selain daripadaNya ,firman Allah dalam Surah Mukmin ayat 60 :
وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُوْنِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ .
dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
3.Dalam ayat 3 ayat menyatakan bahawa Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.ayat ke tiga ini menolak kepercayaan orang Arab Jahiliyah dahulu yang mengatakan malaikat itu anak perempuan Allah dan orang Yahudi mengatakan Uzir itu anak Allah , menakala orang Nasrani mengatakan Isa itu anak Allah .Kepercayaan di atas adalah ditolak dan dinafikan oleh Allah dalam ayat 3 iaitu :
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ
"Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4.Dalam ayat keempat pula Allah menerangkan bahawa “Tidak ada sesuatu yang menyerupai Allah .Tidak ada tara dan bandingan pada Zatnya .Allah menyalahi segala yang baru :
مُخَالَفَتُهُ لِلْحَوادثِ
Allah menyalahi segala yang baru bukan dewa , bukan bintang dan lain –lain lagi.
Pengajaran Ayat :
1.Allah adalah esa tidak berbilang –bilang .
2.Segala pemohonan hendaklah dituju kepada Allah.
3.Allah tidak diperanakkan dan tidak mempunyai anak.
Allah yang menjadikan alam ini dengan penuh indah, Dialah tempat kita memohon segala hajat.

No comments:

Post a Comment