Keutamaan Cinta Kerana Allah .
“ Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal r.a , ia berkata:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada TuhanNya dengan sabdanya :”orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”
Abu Muslim menyambung :”Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit,lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada TuhanNya yang berfirman:”CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaku berhak untuk orang saling tolong menolong untukKu dan cintaKu berhak untuk orang yang saling berkunjung keranaKu.” Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya.” (Hadis riwayat Ahmad.)
Allah menyatakan bahawa cintanya adalah berhak diberikan kepada L
1.Orang yang bercinta keranaNya.
2.Orang yang saling tolong menolongNya.
3.Saling berkunjung keranaNya.
Balasan mereka mendapat cinta Allah ialah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasynya pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya.
EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG
-
PAHLAWAN MELAYU
NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG
1. Dato' Bahaman
Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.
Asal: Semantan, Temerloh, Paha...
1 week ago


No comments:
Post a Comment