Selawat kepada Rasulullah saw .
Selawat kepada Rasulullah saw , firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 56 yang bermaksud :
56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
Sabda Rasulullah saw :”Barang siapa berselawat kepadaku satu kali Allah akan berselawat kepada sepuluh kali “.
Dalam mazhab syafie diwaktu kita berselawat kepada Rasulullah saw hendaklah kita menambah dengan perkataan سيدنا ia adalah lebih utama dan afdal,dan merupakan satu penghormatan kepada baginda, kerana Allah melarang kita menyeru nabi macam kita memanggil kawan-kawan kita firman Allah dalam ayat 63 surah an nur yang bermaksud :
janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu Yang menarik diri ke luar (dari majlis nabi) secara berselindung dan bersembunyi. oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
"Saya sudah berjanji, saya tidak boleh mungkir janji..." Pak Lah
-
BELASUNGKAWA
*Allahyarham Pak Lah.*SAYA tidak banyak moment dengan Pak Lah, Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Bagaimana beliau antara sosok yang menjadi subj...
1 day ago
No comments:
Post a Comment