SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.
KEPADA SEMUA IBU –IBU SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU , SEMOGA ALLAH BERIKAN IBU –IBU DALAM KEADAAN SIHAT DAN SEJAHTERA.KEPADA ANAK – ANAK YANG MASIH ADALAH IBU BERBAKTI DAN TAATLAH KEPADANYA “Kerana berbakti kepada ibu adalah lebih utama dan lebih pahalanya , kerana ibu itu mengalami kesusuhan , mengalami kesakitan waktu melahirkan ,menyusu dan memeliharanya hingga dewasa dan sentiasa memberi kasih sayang dan lain-lain lagi , Berkata seseorang kepada Rasululllah SAW :
مَنْ اَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صُحْبَتِىْ ؟ أَيْ بِبِرِّيْ وَصِلَّتِيْ : فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُمُّكَ .قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أَبُوْكَ .
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku? Jawab Nabi :Ibumu .Sambung orang itu lagi .kemudian siapa pula ?Jawab Nabi :Ibumu.Ia bertanya lagi : kemudian siapa pula ? Jawab Nabi :Ibumu .Bertanya lagi kemudian siapa ? jawab nabi :Ayahmu .”
Kepada anak-anak yang masih ada ibu hormatilah ibu kamu dengan mentaatinya dan membelainya dengan penuh mesra,ziarahilahnya dan jangan lupa menghubunginya dengan talipon atau sms kalau anda tidak dapat menemuinya, jangan sekali-kali menderhakainya.Kepada mereka ibu yang sudah lama meninggal maka cara untuk berbakti kepadanya adalah seperti berikut :
Sabagiamana wajib seseorang itu berbakti kepada ibunya pada masa hidupnya , maka wajiblah atasnya berbakti kepadanya selepas ia meninggal dunia .caranya dengan memohon doa dan istighfar sebanyak-banyaknya untuknya,bersedekah, membayar hutangnya . melaksanakan wasiat nya , memperhubungkan silaturrahim dengan sekalian keluarganya , berbakti kepada kawan dan rakan nya . dan lain-lain lagi .
Doa untuk ibubapa :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا .
Ya! Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil .”
Kesimpulanya, tahukah kamu bahawa orang yang paling saying kepada kamu ialah ibuamu.Beliau yang mendidik dan memberi pelajaran kepadamu sejak kecil lagi .Beliaulah yang memandu kamu ke jalan petunjuk hingga kamu berpegang dengan Agama Islam .Oleh itu terimalah segala nasihat-nasihat yang masih ada ibu, dan yang sudah tiada ibu berdoalah banyak-banyak sebagaimana yang diterngkan di atas”SELAMAT HARI IBU “
betapa kasihnya ibu terhadap anaknya .

tetapi ada juga yang tidak berhati perut sanggup membuang bayi ???



No comments:

Post a Comment