SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, May 9, 2012

JUBLI PERAK DEWAN MUALIMAT TEMERLOH

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN JUBLI PERAK DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TEMERLOH 7-5-2012DARUL AMIN SUNGAI GAU,BERIKUT PETIKAKAN UCAPAN OLEH YDP TEMERLOH,KETUA MUSLIMAT TEMERLOH DAN PERASMI HAJAH NORIDAH MOHD SALEH.
PUAN NORALINA JURU ACARA MAJLIS PERASMIAN.
1.Haji Md.Jusoh Darus YDP PAS Kawasan Temerloh,di dalam ucapan alu –aluan menceritakan bekas –bekas ketua DMP yang lalu :
a.Pada tahun 1985 – Ustazah Fatimah Ahmad – balu kepada Allah Yarham Usatz Mokhtar Ishak – berjuang bersama suaminya dalam mengalami beberapa kesukaran dan keperitan.
b.Puan Siti Maimun Syikh Bakar juga berjuang bersama suaminya abang Aziz
c.Puan Cikgu Saunah isteri kepada Syed Putera , berjuang dengan penoh semangat – bersama membesarkan anak-anak suami tidak ada perkerjaan – dimana pegawai kerajaan waktu itu tidak berani masuk PAS – tetapi beliau berjuang dan beliaulah yang mengerakkan DMP Kawasan Temerloh dmp belum ditubuhkan lagi di Temerloh sehingga ia ditubuhkan 1987 dan merupakn ketua DMP yang pertama .
kemudian disambung dengan beberapa ketua DMP sehinggalah sekarang disandang oleh Puan Salmiah Mohd Nor.
2,Kita hendaklah mengenang kepada jasa-jasa dan pengorbanan orang dalulu , kerana langkah yang pertama itulah bermulanya beribu –ribu langkah .Kita telah apa yang berlaku pada 25 tahun yang lepas di lalui dengan penoh onak dan duri, tetapi kita kena ingat 25 tahun akan datang perubahan besar akan berlaku , apakah nasib anak cucu kita akan selamat kalau kita biarkan UBN memerintah dengan penuh penipuan dan kezaliman , maka saya menyeru muslimat bergerak dengan penuh semangat dan selamat maju jaya DMP kawasan Temerloh .
Puan Salmiah Ketau Dewan Muslimat PAS Temerloh :
Mengucapkan syukur kerana dapat mejayakan program sambutan jubli pada hari ini,DMP Berjaya sehingga kehari sejak ia ditubuhkan pada 1985 hingga sekarang yang terpaksa menepuh berbagai mihnah dan fitnah.
Beliau menceritakan bahawa belum sebelum ini berkerja dengan 3 0rang ketua dewan muslimat termeloh , Ustazah Fatimah , ustazah Mursyidah dan Ustaza Siti Zaleha , dan sekaran beliau sendiri memegan ketua muslimat.
Beliau menyetuh pengalaman orang lama hendaklah kita hargai dan jadikan sebagai pembakr semangat untuk kita bergerak lebih maju lagi.
Dewan muslimat telah menyambut jubli perak , bermakna telah 25 tahun , maka berbagai pengalaman dan penderitaan telah dirasai – semoga ia berkekalan dan lebih maju lagi – Pas bukan sekadar parti politik sahaja , malah ia merupakan parti dakwah dan tarbiyah – beliau menyeru kepada yang hadir khas muslimat cawangan marilah kita berjuang dan bergerak untuk mencapai kemenangan dalam PRU 13 ini. Beliau menyeru kepada muslimat supaya megadakan solat hajat sekurang-kurang 40 kali sebelum menjelang PRU 13 nanti.
PUAN NORIDAH YANG BERTUDUNG PUTIH
Ustazah Hajah Noridah Mohd Salleh AJK Dewan Muslimat Pas Pusat ( Peresmi majls Sambutan Jubli Perak Muslimat PAS Temerloh ).
Antara lain perkara yang disentuh beliah ialah :
Tujuan PAS ditubuhkan mengikut fasal 5 perlembagaan PAS ialah :
1.Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hukum – hukumnya menuju keredaan Allah.
2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedulatan Negara.
Pas telah berusia 60 tahun , adakah tujuan pas ditubuhkan sudah sampai, jawabnya belum lagi,maka hendaklah kita berusaha untuk mencapai tujuan ini , menjalankan hukum Islam adalah satu tuntutan Allah, Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud :
dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.
Dalam Islam menjadi pemerintah adalah penting kalau kita tidak dapat menjadi pemerintah maka kita hendaklah menjadi pembakang yang kuat , kerana Nabi –nabi dan Rasul –rasul yang diutuskan oleh Allah ada sebagai pemerintah dan ada sebagai pembangkang sebagai contoh Nabi Muas adalah sebagai pembangkang kepada Kerajaan Fir’un dan Nabi ibrahmi sebagai pembangkang kepada kerjaan Raja Namrud, dan Nabi Daud dan Anak Nabi Sulaiman adalah sebagai pemerintah dan Nabi Kita Muhamma
bekas ketua - ketua menerima sijil


erintahan itu adalah penting kerana dengan menjadi pemerintah barulah hukum-hukum Islam dapat dijalankan dengan sempuran mengikut Al-Quran ,Hadis ,ijmak dan Qias .
Akhirnya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana dengan kerjasama semua yang terlibat kamu Berjaya markas sungai Gau dengan sempurna dan berharap kepada semua supaya sama bergerak dalam memenangkan Pas dan pakatan rakyat , taniah kerana Berjaya menyambut jubli perak dewan muslimat pas kawasan temerloh dengan ini saya resmikan sambutan jubli perak dewan muslimat pas kawasan temerloh “سيرو علي بركة الله. “
jmc yang hadir dimajlis perasmian




No comments:

Post a Comment