SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, May 15, 2012

hadis kedua:takwa dan perpaduan asas keselamatan akhir zaman


عَن أََبِيْ نَجِْحٍ اَلْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ , وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهُ الْقُلُوْبُ , وَذَرَقَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ , فَقٌلْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ , كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَأَوْصَيْنَا , قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَي اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالْطَاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَي إِخْتِلاَفًا كَثِيْرًا , فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ , عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالْنَوَاجَدِ , وَإِيَّاكُمْ وَمُحَدَّثَاتِ الْاُمُوْرِ فَإِنَّ كَلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ - رواه ابو داود والترميذي .
Terjemahan Hadis

Dari Abi Najih Al Urbad bin Sariah r.a katanya :”Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang mengeletarkan hati daripadanya dan menitiskan air mata lalu kami berkata :”Ya Rasulullah ! seolah –olahnya inilah nasihat yang terakhir , maka berikan kami satu pesanan .Ia bersabda :”Aku berwasiat (berpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah Azza wajalla dan mendengarkan serta taat, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu , kerana sesungguhnya barang siapa yang hidup daripada kamu , maka ia akan melihat perselisihan yang banyak .Sebab itu maka hendaklahkamu berpegang dengan sunahku dan sunah para khalifah Arrasyiddin al mahdiyin dan gigitlah kamu dengan gerham-gerham gigi kamu .Dan jauhilah oleh kamu akan perkara – perkara yang baharu diada-adakan , kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu sesat,
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At - Tirmizi ) .

Keterangan mengenai perawi Hadis .

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan At - Tirmizi dari Abi Najih Al Urbad bin Sariah r.a , seoarang ahlul suafi yang mendiami masjid Nabawi di Madinah , terkenal dengan seorang yang sangat rindu kepada Allah , hingga pernah ia berdoa :”Hai Tuhanku ! aku telah tua ,tulangku telah lemah , bawalah aku kepada Engkau “.
Nilai Hadis .

Nilai hadis ini adalah sebuah hadis yang tinggi kedudukanya ,yang menerangkan tentang dasar pokok bagi keaslian hukum agama Islam yang tidak dicampuri dengan bid’ah .

Kupasan Hadis secara terperinci .

1.Takwa dan kewajipan mendegarkan dan patuh

Menurut keterangan dari Al Urbad bin Sariah r.a , bahawa Rasulullah SAW telah memberi nasihat kepada mereka selepas solat Subuh dengan satu nasihat yang sangat memberi kesan, sehingga mengetarkan hati dan menitiskan air mata .Di dalam pesanan itu Rasulullah menyuruh supaya bertakwa kepada Allah SWT , iaitu dengan memelihara diri dari segala perbuatan yang menyebabkan terkena bencana dunia dan azab di akhirat , umat Islam wajib bertakwa kepada Allah , kerana banyak ayat-ayat Al-Quran yang memerintah supaya bertakwa di antaranya :
(a) Firman Allah Taala surah Al Ahzab ayat 70 -71 yang bermaksud .
70. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),
71. supaya ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan

(b)Firman Allah ayat 28 Surah Al-Hadid yang bermaksud:
" Wahai orang -orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad),supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya ( pada hari akhirat kelak),serta diampunkannya dosa kamu, dan (ingatlah ) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi."

Selanjutnya Rasulullah SAW berpesan tentang kewajipan mendengar dan taat kepada pemerintah yang menguruskan urusan umat Islam ,Kewajipan ini diperlukan sekalipun orang yang didengar dan ditaati perintahnya adalah seorang hamba atau seorang yang rendah kedudukan di dalam masyarakat .Dengan demikian terlaksanalah segala urusan agama , terjaminlah segala keperluan kehidupan dan terjaminlah kebahgiaan dunia .
Taat dan patuh itu hendaklah di dalam perkara kebaikan yang tidak berlawanan dengan al-Quran dan As –Sunnah , serta orang yang memerintah itu taat kepada Allah , sabda Rasulullah SAW :
Muaz bin Jabal pernah bertanya kepada Rasulullah SAW dengan katanya :
( يَا رَسُوْلَ اللهِ ! أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ لاَ يَسْتَنُوْنَ بِسُنَّتِكَ وَيَأْخُذُوْنَ بِأَمْرِكَ , فَمَا تَأْمُرُ فِيْ أَمْرِهِمْ ؟ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم لاَ طَاعَةَ لِمَنْ لَمْ يُطِعِ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ )
Ertinya :Ya Rasulullah ! Apakah pendapat anda , jika ada pemerintah –pemerintah yang memerintah kami tiada mencontohi sunnah anda dan tiada peduli dengan perintah anda , maka apakah perintah anda terhadap perkara mereka ? Jawab Rasulullah SAW :”Tidak boleh taat kepada mereka yang tidak taat kepada Allah Azza Wajalla “.

2.Perselisihan banyak berlaku .

Rasullah SAW memberi tahu bahawa selepasnya akan berlaku peselisahan yang banyak di kalangan umat –umatnya , di dalam semua bidang termasuk bidang agama .Akibatnya wujudlah pertentangan dan pertikaian .
Di dalam sebuah hadis lain yang bermaksud :” Bahawa Bani Israil telah berpecah kepada 72 aliran (agama) dan umatku akan berpecah kepada 73 aliran (agama).Semua mereka di dalam neraka ,kecuali satu aliran (agama) sahaja . Para sahabat bertanya :Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah ? jawabnya :”Yang berpegang kepada sunnahku dan sunnah sahabat –sahabatku .
Dari hadis di atas bahawa umat Islam akan mengalami perpecahan lebih banyak dari orang Israil (Yahudi) . Satu puak sahaja yang selamat yang akan masuk syurga ,iaitu mereka yang berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan sunnah para sahabat (Ahli Sunnah wal jamaah ) .
3. Berpegang teguh dengan sunah Rasul dan Khalifahnya .

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ , عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالْنَوَاجَدِ
Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat kebenaran dan pertunjuk dan gigitlah dengan gerham-gerham gigi (berpegang sungguh-sungguh).
Wasiat ini adalah satu perintah tegas kepada umat Islam untuk berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah para sahabat terbilang ( Abu Bakar .Umar . Othman dan Ali) mengenai akidah dan amal ibadat .
4. Jauhilah perkara –perkara yang baru diada-adakan .
Akhirnya pada hadis ini Rasulullah SAW menerangkan perkara – perkara bid’ah , dan hendaklah dijauhi , kerana bid’ah itu adalah sesat , kesesatan akan masuk neraka seperti yang diterangkan di dalam hadis berikut :Daripada Jabil bin Abdullah r.a katanya sabda Rasulullah SAW :
أَمَّا بَعْدُ , فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ , وَإِنَّ أَفْضَلَ الْهَدْيَ هَدْيُ مُحَمَّدٍ , وَشَرُّ الْاُمُوْرِ مُحَدَّثَتُهَا , وَكَلّ مُحَدَّثَةٍ بِدْعَةٌ , وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ , وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ ) رواه مسلم (
“Adapun kemudian daripada itu , maka sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu ialah kitab Allah , dan sesungguhnya semulia –mulia pertunjuk itu ialah pertunjuk Muhammad dan sejahat-jahat perkara itu ialah yang di ada-adakan, dan tiap –tiap yang di ada –adakan itu bid’ah , dan tiap –tiap bid’ah itu sesat dan tiap –tiap kesesatan itu di dalam nereka . (H.R.Muslim) .
Bid’ah yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah bidah di dalam urusan agama sama ada akidah atau amal ibadat . Adapun mengada-adakan perkara baru di dalam urusan keduniaan maka ia tidak dinamakan bid’ah , sabda Rasulullah SAW :
إِذَا كَانَ شَيْئٌ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَانْتُمْ أَعْلَمُ بِهِ ,وَإِذَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دِيْنِكُمْ فَإِلَيَّ .
“Apabila suatu itu dari perkara dunia kamu maka kamu sekalian lebih mengetahui dengan dia .Dan apabila ada ia dari urusan agama kamu maka kepada aku (terserah urusan itu)”.

Pembahagian bid’ah : Mengikut Imam Syafie bid’ah terbahagi kepada dua :

(a)Bid’ah yang terpuji :Yang sesuai dengan sunnah .

(b)Bid’ah tercela : Yang menyalahi sunnah , dihukum sebagai sesat .
Pengajaran Hadis .

1.Hendaklah melazimi takwa kepada Allah dalam apa jua keadaan , dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya .

2.Mentaati perintah pihak menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba , selama mereka berpegang dengan AlQuran dan Sunnah Nabi SAW dan Sunnah khulafa Ar Rasyiddin , kerana patuh kepada pemimpin yang mempunyai sifat – sifat ini bererti patuh kepada AlQuran dan Hadis Nabi SAW .

3.Berpegang teguh kepada sunnah nabi SAW dan Sunnah para khulafa Ar Rasyiddin al mahdiyin ( Abu Bakar, Omar , Othman dan Ali radiallah huan hum ) yang mana mereka telah mendapat pertunjuk daripada Allah , iaitu berpegang kepada fahaman dan amalan Ahli Sunnah wal jamaah , yang mendapat jaminan selamat dari api neraka dan bertuah mendapat syurga pada hari kiamat nanti .

4.Jauhkanlah bid’ah dan rekaan-rekaan dalam agama sama ada akidah , ibadat dan amalan perbuatan dan perkataan kerana bid’ah yang tidak ada asal daripada sunnah itu sesat dan tidak diterima Allah menjadi sia –sia sahaja .

No comments:

Post a Comment