PENGAJIAN HADIS SIRI 38
HADIS YANG KESEMBILAN BELAS
TANDA MUNAFIK
عَنْ
عَبْدِاللهِ بْنِ عُمًرَ قَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم : أَرْبَعٌ مَنْ
كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ
كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا : إِذَا ائْتُمِنَ
خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ (رواه البخاري )
Daripada Abdullah bin
Umar baginda Rasulullah saw telah bersabda : Emapt sifat siapa yang ada padanya
keempat –empat itu adalah ia seorang munafik
yang sebenar –benarnya ,Siapa ada satu sifat daripadanya ia adalah
mempunyai satu sifat talam dua muka (munafik) hingga ia meninggalkan iaitu
apabila diberi amanah ia khianat , apabila ia bercakap ia berdusta .apabila ia
berjanji ia tidak menepat janjinya, dan apabila ia bergaduh ia melampau –
lampau . (Hadis riwayat al-Bukhari ) ,
KUPASAN HADIS .
1.Masalah munafik (talam
dua muka) bukanlah perkara baru malah satu perkara yang sentiasa berlaku di
dalam kehidupan masyarakat manusia dan hampir –hampir dianggap perkara yang
tidak dapat dipisahkan dengan manusia .
2.Munafik ada bermacam –
macam bentuk dan rupanya mengikut keadaan dan suasana tempat dan masa, tetapi
walau macam mana pun rupanya bertemu pada satu titik pertemuan iaitu seorang
munafik adalah mempunyai dua peribadi yang berlawan seperti fasik dan soleh ia
dapat berlaku seperti seorang soleh pada satu ketika dan seorang fasik pula di
lain ketika .Perbuatannya bukanlah dilaksanakan kerana berpegang kepada dasar
prinsip hidupnya .
3.Kepuraan – kepuraan dan
talam dua muka ini boleh maju dan
berkembang bila mana terdapat ada
pertarunganhibat di anatara hak dengan batil, baik dan jahat ,pertunjuk dan
kesesatan .Orang –orang munafuk adalah gulungan mereka yang mementingkan
dirinya sendiri sahaja tanpa menghiraukan kerosakkan dan kebinasaan orang
lain.Mereka tidak dapat berpandu kepada kebenaran dan neraca hak dan keridaan
Allah dengan itulah hadis ini menyatakkan tanda –tanda yang terang untuk
mengenal orang –orang munafik yang mana mereka itu sendiri dengan tidak
disedarinya adalah gulungan orang – orang yang menipu diri sendiri.
4,Kepuraan – Kepuraan ini
berlaku di dalam ibadat .h , politik, pergaulan bermasyarakat, akhlak dan
perangai serta berfikir mengikut keadaan masing –masing .
No comments:
Post a Comment