SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, August 29, 2014

MARTABATKAN NAMA PEJUANG ISLAM DALAM SEJARAH KEMERDEKAAN . OLEH : HAZAYANI ZAKARIA.



PAS berhasrat memartabatkan  kembali nama –nama pejuang Islam yang terbabit dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara yang hampir terpendam dari sejarah Negara.
Disebabkan itu.,PAS memilih tema” MALAYSIAKU…MINDA MERDEKA.”yang disifatkan  sebagai sangat bertepatan dengan objektif sambutan Bulan kemerdekaan tahun ini dalam membebaskan pemikiran rakyat agar  tidak  hanya meletakkan sejarah ditulis oleh pemenang  sebagai satu –satu sumber  yang harus dipegang.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia,PAS 2014 ,Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata,akibat  sikap kerajaan yang tidak peduli terhadap
kepentingan nama –nama mereka dikenang dan menjadi tuladan kepada generasi  akan datang .
‘Saya percaya jasa – jasa mereka menentang penjajah dengan titisan darah telah membuktikan mereka adalah perjuang kemerdekaan sejati.”
“Sesungguhnya perjuangan mereka yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah  ini telah menyelamatkan Negara daripada  terus dijajah,: Katanya  dalam kata –kata aluan Sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran PAS.
Justeru tergasnya,menjadi tanggungjawab rakyat untuk meneruskan perjuangan mereka sehingga minda kita bebas daripada  elemen-elemen penajajahan.
“Ingatlah ,perjuangan kita kepada  agama dan Negara ini adalah bagi memastikan anak cucu kia dapat terus menikmati erti kemerdekaan yangs sebenar di sisi Islam.”katanya lagi .
Beliau juga berharap pejuangan PAS  yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dapat dimartabatkan di Negara ini agar Islam  dapat ditegakkan bagi memberi rahmat untuk semua dan rakyat  benar –benar merdeka  daripada penjajahan minda dan fazikal .

HARAKAH KELURAN HARAKAH KELUARAN 26-28 SYAWAL 1435H/22-24 OGOS 2014.F4.

No comments:

Post a Comment