PENGAJIAN HADIS SIRI 37
SAMBUNGAN
HADIS KELAPAN BELAS.
KUPASAN
HADIS.
6.Kita jangan pula tersalah memahami
sifat malu sehingga terbalik yang mengakibatkan kesan buruk iaitu malu bukan
tempatnya seperti malu menyaurakan kebenaran , malu menenggakkan hak , malu
membila nasib , malu belajar seterusnya malu kepada – perkara yang membawa
kebajikan sebenarnya itu bukanlah erti malu bahkan sebaliknya bererti bacul,
penakut, lemah , ragu –ragu , jiwa hamba , pemalas dan seterusnya bererti
mundur ke belakang, lebih –lebih agi malu kerana menunaikan keridaan Allah ,
tepatlah seperti pepatah kita “Malu makan perut lapar,malu bertanya sesat
jalan” iaitu malu yang bukan – bukan menyebabkan kesan buruk , tetapi yang
dikehendaki ialah malu yang tak membawa
kebajikan , kemuliaan dan keridaan Allah seperti malu melakukan dosa dan
maksiat , malu tak maju, malu tak menepat janji , malu tak bekerja dan
mengangur dan sebagainya .
7.Malu sahajalah yang akan
menimbulkan kebajikan dan kebaikan , malu itulah satu cabang daripada iman yang bererti keesempurnaan iman
seseorang itu pastilah setelah mempunyai sifat malu di dalam jiwa perasaan ,
kelakuan dan perbuatannya, kerana iman yang sebenar-benarnya ialah tenaga yang
tuken yang sanggup mengawasi pancainera
seseorang mengikut susila dan keridaan Allah .
Contoh –contoh di dalam masyarakat masa kini .
1.Keadaan tidak malu dari segi
akidah, kedapatan di antara masyarakat kita gulungan tak segan –segan dan silu
– silu lagi melakukan pekerjaan syirik kepada Allah , ada yang sanggup kerana
hendak mendapatkan kemenangan dan sebagai
pergi berdoa di kubur –kubur keramat dan ada yang keterlaluan turut sama
ke tempat – tempat tok kong dengan tak segan dan malu lagi .
2.dari segi ibadat ada di antar
gulungan terang - terang melanggar
perintah kewajipan ibadatnya , terang –terang tak sembahyang , tak puasa ., tak
berzakat , menakala ada wang yang banyak tak mahu menunaikan haji , berasa
senang mati menghabiskan wang ke tempat –tempat lain sehingga masyarakat yang
telah kehilangan neraca kebajikan memandang sepi dengan tidak sedikit mengecam
malah ada yang memuliakan mereka itu , sedangkan sebenarnya apakah lagi tinggal
kepada seseorang apabila tiang agama bagi dirinya dengan tak malu –malu dan
segan –segan telah dirubuhkannya ? .
3.Dari segi akhlak dan moral ternyata banyak
menjuluk mata di kalangan muda mudi malah di antarnya terdapat juga yang dewasanya tak silu – silu melanggar tata
susila moral dan akhlak , meniru kemerosotan akhlak barat pergaulan, kelakuan , gerakgeri , pakaian dan
fikiran hingga ada yang menjadi golongan biadab dan tak bersopan .
4.Semua gejala – gejala tak malu
timbul dari lemahnya didikan agama , sejak dari kecil lagi .Apakah yang kita
boleh harapkan mereka yang telah rontoh akhlak ? .
Pengajaran Hadis .
1.Sifat malu ialah satu cabang dari
iman .
2.Malulah yang menjadi amalan dasar pengajaran
kemuliaan akhlak sejak nabi – nabi yang terdahulu hinggalah kepada penyudah
rasul iaitu Nabi Muhammad saw .
3.Mereka yang tak malu tidak akan
ragu –agu melakukan kerosakkan , dosa
dan kerdurjanaan dan merekalah diberi amaran akan mendapat balasan yang sejajar
dengan kelakuan mereka.
4,Malu sebenar – benarnya akan
mendatang kebajikan, kekuaran , kemajuan seterusnya kemuliaan hidup .
No comments:
Post a Comment