Sabda Nabi SAW :
خيركم خيركم لاهله
Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang sentiasa berbuat baik kepada keluarganya.
Maka orang pemurah kepada isterinya adalah mulia dan orang bakhil kepada isteri maka adalah orang yang hina .
Sabda Rasulullah saw :”Seorang lelaki itu pertama dihisab amalnya ialah solatnya -kemudian nafkahnya terhadap isterinya “ dan seorang perempuan itu pertama dihisab amalnya ialah solatnya kemudian taat kepada suaminya – Tanya sahabat bagaimana seorang perempuan yang kuat solat dan puasa tetapi suka menyakiti hati suaminya dan jirannya dengan lidahnya maka jawab perempuan itu adalah isi neraka “
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Saw dengan menyatakan ia sering menyakiti isi rumahnya dengan lidahnya maka sabda Rasulullah saw”Barang siapa menyakiti isi rumahnya maka tidak diterima amalnya dan juga puasanya walaupun sampai setahun dan memerdekakan banyak hamba – begitujuga dengan isteri yang derhaka kepada suaminya .”
Sabda Rasulullah sawa “ Wajib suami mengajar dan menyuruh ahlinya solat - kalau ada yang enggan boleh dipukul “.
Sabda Rasulullah saw “Barang siapa bersabar di atas kekasaran suaminya maka diberi pahala seperti pahala yang diterima oleh nabi Ayub di atas kesabarannya .Dan barang siapa bersabar di atas kematian suaminya maka diberi pahala seperti oran jihad fi sabillah .”
Barang siapa menzalimi suami maka dilaknat malaikat ke atasnya – barang siapa bersabar di atas kesakitan suaminya maka diberi pahala seperti pahala yang diterima oleh Asiah isteri Firaun dan Mariam bonda nabi Isa .
Diceritakan orang “ bahawa seorang mengadu kepada Nabi Ibrahim tentang kelakuan isterinya Siti Sarah yang tidak begitu baik – maka oleh memberi tahu kepada nabi Ibrahim hendak berhati –hati dalam menangani masalah itu-kerana perempuan itu dijadikan dari tolong rosok yang bengkok- jangan betulkan kerana ia boleh patah - maka biarkan ia berkeadaan begitu dengan jalan nasihat yang berguna kepadanya – melainkan kalau ia melanggar batas batas agama maka hendaklah beri nasihat yang baik kepadanya .
No comments:
Post a Comment