SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, September 1, 2012

KEMERDEKAAN DARI KACAMATA ISLAM

TITIK TOLAK KEMERDEKAAN UMAT ISLAM ADALAH DARI ROH TAUHID.HANYA DENGAN PRINSIP DAN ROH INILAH DAPAT KITA MEMAHAMI MAKNA KEMERDEKAAN YANG SEBETULNYA.
SETIAP DARI MUSLIM,KEHIDUPAN MEREKA BERPAKSIKAN KEPADA SYAHADAH
أشهد أن لا اله إلا الله
“TIDAK ADA TUHAN SELAYAKNYA DISEMBAH MELAINKAN ALLAH “
UNGKAPAN YANG MUDAH INI TERKANDUNG ERTI KEMERDEKAAN YANG SANGAT MENDALAM.DISINILAH UMAT DIAJAR TENTANG HARGA DIRI .DISINILAH UMAT YANG SELAMA INI TERBELENGGU JIWA DAN AKALNYA BANGKIT MENJADI UMAT YANG BERJAYA MENGUASAI DUNIA.SEMUA INI KERANA MENDALAMNYA ROH TAUHID YANG MENGELUAR DAN MEMBEBASKAN UMAT DARI KEGELAPAN,KESESATAN DAN PERHAMBAAN KEPADA CAHAYA DAB NUR KEBEBASAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 257 YANG BERMAKSUD :
Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
SEPANJANG SIRAH UMAT ISLAM KITA TELAH MENYAKSIKAN BAGAIMANA ROH TAUHID TELAH MEMERDEKAKAN AKAL DAN JIWA “السابقون الاولون”SEBAGAIMAN DITUNJUKKAN OLEH SAIDINA JAAFAR BIN ABI TALIB DAN ROMBONGANNYA KETIKA BERJUMPA NAJASI APABILA BELIAU BERKATA :
لا نعبد إلا الله
KAMI TIDAK MENYEMBAH SELAIAN ALLAH
BEGITUJUGA APA YANG DITUNJUKKAN OLEH RABI’ BIN UMAIR APABILA BERSEMUKA DENGAN RAJA RUSTUM DARI PARSI , BELIAU DENGAN BERANI DAN TEGAS BERKATA :
“KAMI ADALAH PEMBAWA MISI ILAHI UNTUK MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PEMABDIAN SESAMA MANUSIA KEPADA PEMABDIAN KEPADA ALLAH SEMATA-MATA.”
SEMUA ITU ADALAH MENGAMBARKAN ROH TAUHID MEMBEBASKAN MANUSIA DARI BELENGGU KEZALIMAN DAN KESESATAN DAN MENJADIKAN JIWA MERDEKA.JIWA MERDEKA MENJADI SESUATU UMAT BERJAYA MEMBEBASKAN AKAL FIKIRAN DARI BELENGGU KEGELAPAN DAN KEJAHILAN KEPADA SINAR KEBENARAN DAN KEILMUAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH ALISRAK AYAT 81 YANG BERMAKSUD :” dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".
DENGAN JIWA MERDEKA SESUATU BANGSA ITU MENJADI KAYA DENGAN CITA –CITA DAN USAHA – BEBAS DARI SIFAT RENDAH DIRI – TIDAK BERADA DALAM KEJAHILAN DAN KEBEKUAN FIKIRAN . INILAH RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM YANG LALU SEHINGGA MEREKA BERJAYA MENJADI UMAT YANG DAPAT MEMBINA TAMADDUN YANG GILANG GEMILANG . JIWA MERDEKA JUGA TELAH MENYEDARKAN UMAT AKAN KESUNGGUHAN UNTUK HIDUP BERTAMADDUN BERKASIH SAYANG DAN MEMBINA BUDAYA PERSAUDARAAN YANG MERENTASI SEMPADAN BANGSA DAN WARNA KULITA SERTA MENJANGKAU BATASAN GEOGRAFI .FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL HUJURAT AYAT 10 YANG BERMAKSUD :” sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
HAKIKAT YANG PERLU KITA FAHAMI KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG KITA PEROLEHI SELAMA INI ADALAH DENGAN INAYAH DAN PERTOLONGAN ALLAH . DISAMPING USAHA YANG BERSUNGGUH –SUNGGUH YANG DILAKUKAN OLEH PEJUANG –PEJUANG KITA TERDAHULU.TANPA KESEDARAN INI MUNGKIN KITA AKAN LALAI DAN MELUPAI HAKIKAT SEBENAR KEMERDEKAAN .KELALAIAN DAN KECUAIAN KITA BOLEH MENYEBABKAN KITA SALAH MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN – BIASANYA YANG NAMPAK PADA HAKIKAT ATAU BENTUK ZAHIR SAHAJA . SEDANGKAN PERLU KITA NILAI IALAH NERACA ALLAH .FIRMAN ALLAH SWT AYAT 15-16 SUARAH AL FAJR YANG BERMAKSUD :”
15. (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh Yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
16. dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
DALAM MEMBUAT HURAIAN AYAT INI SYED QUTUB DALAM TAFSIRNYA “FI ZILAL AL –QURAN :”MENJELASKAN INILAH PANDANGAN DAN TANGGAPAN MANUSIA DALAM MENHADAPI UJIAN –UJIAN ALLAH TERHADAP MEREKA DALAM BENTUK KESENANGAN DAN KESUSUHAN HIDUP – KELUASAN DAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN .MEREKA DIUJI DENGAN NIKMAT DAN KEMULIAAN DENGAN HARTA DAN PANGKAT – TETAPI MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWANYA ITU SATU UJIAN DARI ALLAH DENGAN TUJUAN UNTUK MENENTUKAN BALASAN DI AKHIRAT. SEBALIKNYA MEREKA MENYANGKA BAHAWA REZEKI YANG MEWAH DAN PANGKAT YANG TINGGI MERUPAKAN BUKTI MEMANG MEREKA WAJAR DI SISI ALLAH UNTUK MENERIMA KEMULIAAN ITU ATAU MERUPAKAN TANDA MEREKA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH .
KERANA ITU MEREKA MENGANGGAP UJIAN DAN DUGAAN ITU SEBAGAI HASIL BALASAN DAN MEREKA MENGUKUR DARJAT KEMULIAAN DI SISI ALLAH SWT DENGAN KELUASAN HIDUP DI DUNIA DAN JIKA ALLAH MENGUJI MEREKA DENGAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN - MEREKATERUS MENGANGGAP SEBAGAI BALASAN DAN HUKUMAN DARI ALLAH – MEREKA MEMANDANG KESEMPITAN REZEKI SEBAGAI SATU PENGHINAAN ALLAH KERANA PADA ANGGAPAN MEREKA JIKA ALLAH TIDAK MAHU MENGHINAKAN MEREKA TENTULAH IA TIDAK MENYEMPITKAN MEREKA.
KEDUA –DUA PANDANGAN DAN PENIILAIAN ITU TIDAK BERASAS KERANA KELUASAN DAN KESEMPITAN REZEKI MERUPAKAN UJIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA SAMA ADA MEREKA MERPERLIHATKAN KESYUKURAN ATAU KEANGGUHAN TERHADAP NIKMAT ITU SAMA ADA MEREKA MEMPERLIHATKAN KESABARAN ATAU KEBOSANAN TERHADAP KESEMPITAN HIDUP MEREKA.
SESEORANG INSAN – APABILA HATINYA KOSONG DARI IMAN DAN IA TIDAK MEMAHAMI HIKMAT SEKATAN DAN PEMBERIAN NIKMAT REZEKI DAN IA TIDAK PULA DAPAT MEMAHAMI NILAI NERACA PERTIMBANGAN ALLAH SEBALIKNYA HATINYA DIPENUHI KEIMANAN IA AKAN BERHUBUNG DENGAN ALLAH DAN AKAN MEMAHAMI HIKMAT DISEBALIK PEMBERIAN DAN SEKATAN NIKMAT –NIKMAT ITU .JASTERU ITU NIKMAT DUNIA DIPANDANG RINGAN DALAM PERTIMBANGANNYA .IA CUKUP SEDAR BALASAN DI SEBALIK UJIAN ITU KERANA ITU IA TERUS BERBAKTI KEPADA ALLAH SAMA ADA KESENANGAN ATAU DALAM KESUSAH – ( DARI HIMPUNAN KHUTUBAH JUMAAT 2006 JAIP)

No comments:

Post a Comment