SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, October 1, 2012

ADAB MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM


Para ulama muktabar telah mengariskan bahawa ilmu pengetahuan itu perlu dipelihara adab-adabnya bagi menjamin keberkesanannya kepada yang mencarinya, antara adab yang dimaksudkan itu ialah :
1.Kesabaran yang tinggi.
Ia merupakan sifat pertama yang perlu ada pada setiap mereka yang bergelar pelajar – penuntut – murid siswa dan sebagainya, kerana menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang, ia tidak dapat digarap dalam tempuh satu atau dua tahun, sesiapa yang mampu menempuhnya,maka sesungguhnya dia berjaya mengharungi kesulitan dan ujian Allah SWT.
2.Ikhlas untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi.
Apabila seseorang itu berjaya mengharungi pahit getir ketika menuntut ilmu, dia perlu megikhlaskan niat untuk jadi seorang yang berguna dengan ilmunya itu bagi memimpin masyarakat ke jalan kebenaran.
3.Beramal dengan ilmu yang digarap.
Ilmu yang telah digarap tanpa diamalkan, adalah disifatkan macam pokok yang tidak berbuah atau langit yang tidak menurunkan hujan ketika bumi memerlukannya.
ilmu yang dituntut hendaklah diamalkan semacam pokok dari benih akan menjadi pokok dan seterusnya akan mengeluarkan buah.
4.Sentiasa melakukan pemantauan diri terhadap ilmu yang dipelajari.
Orang yang sedang menuntut ilmu, adalah digalakkan agar sentiasa mengawasi diri dari tidak terjebak pada perkara – perkara yang menyekat kebenaran agama, seperti terlibat dalam pembikinan program yang mendedahkan aurat dan sebagainya.
5.memanfaatkan waktu yang ada untuk belajar.
Masa adalah sangat berharga bagi yang sedang menuntut ilmu, kerana tanggungjawab dan amanah yang ada melebihi waktu 24 jam sehari semalam.
6.Berwaspada.
Bagi yang berjaya mengarap ilmu –ilmu pengetahuan, khususnya ilmu fardu ain- semestinya mereka sentiasa berwaspada dalam kehidupan ini dari melakukan perkara yang boleh merosakkan akhiratnya seperti memberi nasihat kepada orang ramai tentang dosa besar menyokong kepimpinan Yahudi dan Nasrani dan sebagainya, tetapi diri sendiri bersama dengan golongan tersebut dengan menyokong para pemimpin yang gemar kepada hiburan keterlaluan.
7.Ketetapan pembelajaran dan ketekunan.
Ketetapan pembelajaran ada satu lagi ciri adab yang bererti – seseorang itu mengambil bahan –bahan ilmiah yang tepat berdasarkan wahyu al-Quran serta inpirasi hadis baginda Rasulullah saw di samping sifat tekun yang tinggi mutu dan nilainya – tanpa yang bermutu sudah pasti ilmu tidak akan mampu digarap dengan sebaik –baiknya.
8.Sering mentelaah kitab –kitab
Mentelaah kitab – kitab juga adalah ciri adab yang mulia, kerana ia disifatkan sebagai rujukan asas bagi menjamin keaslian ilmu dan ketepatan maklumat yang diperolehi.
9.Memilih kawan yang sesuai ketika belajar.
Nabi Muhammad saw ada menerusi sebuah hadis yang bermaksud “Jangalah anda berkawan melainkan yang beriman dan jangan ada yang makan makanan anda melainkan mereka yang bertakwa kepada Allah SWT.Kawan adalah satu faktor besar bagi menjamin keberkesanan pembelajaran – kerana jika memilih kawan yang baik – pasti mereka mengingatkan kita jalan akhirat – tetapi jika sebaliknya mereka akan musnahkan akhirat kita dengan kehidupan dunia.
10.Beradab terhadap guru.
Guru yang soleh beriman bertakwa beramal dengan ilmu mereka serta takut kepada Allah adalah layak disebut sebagai pewaris nabi –nabi seperti disabdakan oleh baginda Rasulullah – jasteru mereka layak untuk dihormati dan disayangi tanpa mereka siapakah kita sebagai manusia yang hina dan yang tidak terarah ke jalan yang betul di sisi Allah SWT.
(Harakah keluran 21 – 23 sept 2012 Ruangan Imu ) .





No comments:

Post a Comment