Islam adalah satu Ad-Din yang syumul .Ia adalah satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh .Segala hukum yang terdapat dalam syariatnya bertujuan untuk membawa pengaruh yang sihat kepada individu serta tindakan dalam masyarakat .Secara tabii manusia tidak hidup bersendirian .Malah manusia tidak boleh hidup menyendiri .Ketika Allah mencipta Nabi Adam , Allah telah menciptakan baginya seorang teman .Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan(silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An nisak :1)
Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW juga telah meletakan wanita di satu kedudukan yang sebenar .Islam telah menetapkan hak – hak wanita dengan sempurna, tanpa dikurangi sedikitpun hak – hak tersebut .Islam memuliakan wanita dengan meletakkannya ke darjat yang tinggi .Al Quran telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam membangunkan masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah .
Kedudukan wanita mengikut al-quran dan As sunnah :
(a)Persamaan antara lelaki dan wanita di dalam melaksanakan tugas – tugas Ad-Din :
(i) samasama diperintahkan bertaqwa kepada Allah SWT :
Firman Allah SWT surah an-Nisak ayat 1 yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam),
(ii)Sama – sama masuk syurga melalui amalan soleh , firman Allah SWT surah An –Nisak ayat 124 yang bermaksud :
dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
(iii)Sama dengan kaum lelaki untuk mendapat keampunan dan balsan pahala, di dalam senarai berikut , firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 35 yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman, dan orang-orang lelaki Yang taat serta orang-orang perempuan Yang taat, dan orang-orang lelaki Yang benar serta orang-orang perempuan Yang benar, dan orang-orang lelaki Yang sabar serta orang-orang perempuan Yang sabar, dan orang-orang lelaki Yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan Yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki Yang bersedekah serta orang-orang perempuan Yang bersedekah, dan orang-orang lelaki Yang berpuasa serta orang-orang perempuan Yang berpuasa, dan orang-orang lelaki Yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan Yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan Yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.
Wanita juga adalah hamba Allah dan perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh Allah .Wanita perlu berbekal secukupnya dengan amalan – amalan yang soleh sebagai persiapan menemui Allah pada hari Akhirat .Pada saat itu nanti ia akan berhadapan dengan Allah sebagai individu , tidak terikat sama ada ia seorang isteri ataupun seorang iby semasa di dunia ini Ia akan disoal aerta dipertanggungjawabkan oleh Allah sama seperti kaum
lelaki .Apa yang membezakan mereka ketika itu hanyalah ketaqwaan masing – masing , friman Allah SWT,dalam surah Al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
ISLAM MEMULIAKAN WANITA :
Islam memerintahkan supaya kita memuliakan wanita , baik sebagai anak , sebagai isteri atau sebagai ibu.Islam melarang kita bersikap sedih di atas kelahiran anak – anak perempuan serta mengancam keras perbuatan menguburkan anak – anak perempuan hidup – hidup .Islam memuliakan
wanita sebagai anak kecil sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :
أَيُّمَا رَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ وَلِيْدَةٌ فَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيْمَهَا وَأَدَّيَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيْبَهَا كَانَتْ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّار . (رواه البخاري)
“Barang siapa yang mempunyai anak perempuan lalu ia mengajarnya dan mendidiknya dengan baik , maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya daripada api neraka .( Bukhari).
Islam memuliakan wanita sebagai isteri :
(a)Firman Allah SWT dalam surah Ar[ Rum ayat 21 yang bermaksud :
dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
b) Sabda Rasulullah SAW :
خَيْرُ مَتَّاعِ الدُّنْيَا الزَوْجَةُ الصَّالِحَةُ إِنْ نَظَرْتَ إِلَيْهَا سَرَّتُّكَ وَإِنْ غَبْتَ عَنْهَا حَِفِظْتُكَ .
( رواه مسلم , ابن ماجه )
“Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah .Kalau engkau memandangnya , maka engkau berasa gembira , dan kalau engkau berpergian mak ia menjaga nama baikmu .” (Muslim dan Ibn Majah.)
Islam memuliakan wanita sebagai ibu :
(a)Firman Allah SWT dalam suarh Al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud :
a ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah.
(b) Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ اَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صُحْبَتِىْ ؟ أَيْ بِبِرِّيْ وَصِلَّتِيْ : فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُمُّكَ .قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أَبُوْكَ .
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku? Jawab Nabi :Ibumu .Sambung orang itu lagi .kemudian siapa pula ?Jawab Nabi :Ibumu.Ia bertanya lagi : kemudian siapa pula ? Jawab Nabi :Ibumu .Bertanya lagi kemudian siapa ? jawab nabi :Ayahmu .”
TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM .
A.TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA ALLAH.
Kaum wanitakan disamakan dengan kaum lelaki dalam tugas – tugas ad-Din , baik yang mengenai iktiqad, ibadah dan muamalah .Tugas - tugas ini Cuma berbeza dalam beberapa perkara yang bersesuaian dengan sifat dan tabii kaum wanita , atau kerana memang wanita tidak dapat melaksanakan tugas tersebut , seperti jihad yang hanya dibebankan kepada kaum lelaki .Namu demikian apabila kaum wanita ingin pergi bersama - sama kaum lelaki ke medan perang tidaklah dihalang .Dalam keadaan ini mereka bolehlah melaksanakan
tugas – tugas yang sesuai dengan sifat mereka seperti merawat orang yang sakit dan luka dan menyediakan makanan dan sebagainya .
B.TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ISTERI
Di antara tanggungjawab wanita sebagai hamba Allah adalah dengan melaksanakan ketaatan kepada kedua ibu bapa sebelum mereka berumahtangga. Apabila wanita telah berumahtangga , ketaatan mereka yang paling utama adalah kepada suami .Kaum wanita diwajibkan mentaati suami dalam batas – batas yang telah digariskan oleh syarak dan menunaikan hak suami mereka , sesuai dengan sabda Rasulullah SAW :
لَوْ أَمَرْتُ اَحَدَكُمْ أَنْ يَسْجُدَ لِاَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا مِِنْ عَظَمِ حَقِّهِ عَلَيْهَا . ( الحاكم) .
“Kalau seandainya aku seseorang sujud kepada seseorang nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya, kerana mulianya darjatnya.”
Jika wanita talah mentaati suami mereka dengan baik maka bererti mereka telah menunaikan hak suami dan mereka termasuk wanita yang solehah .
Ditanya Rasulullah SAW oleh sahabatnya .”Wahai Rasulullah SAW perempuan manakah yang baik ? .Rasulullah bersabda :
Perempuan yang terbaik (isteri) adalah seorang yang apabila kamu melihatnya , menyenangkan dirimu,.Apabila kamu memneri arahan, dia mematuhinya.Apabila kamu berjanji dengannya diterimanya dengan baik.Apabila kamu tiada berada disisinya , dia menjaga dirinya dan harta mu dengan sebaik-baiknya.” Hadis riwayat Ibn Majah .
C.TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN URUSAN RAUMAHTANGGA.
Wanita bertanggungjawab terhadap pengurusan rumahtangga dan sentiasa berusaha menunaikan tugas dan kewajipan ini dengan sebaik – baiknya dan sekali – kali tidak boleh melalaikannya Rasulullah SAW bersabda :
عَنْ ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَ كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ . فَالْاَمِيْرُ الَّذِيْ عَلَي النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ , وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى اَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ , وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ , وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَي مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُ . أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَ كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ .
(متفق عليه ).
Terjemahan :”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya . ( Hadis sahih )
Pengurusan rumahtangga bukanlah tugas yang mudah .Ia menjadi asas kebahgiaan sesuatu perkahwainan .Tugas ini sesuai dengan tabiat wanita ,tugas ini Cuma dapat dilaksanakan dengan semputna oleh kaum wanita .Tugas ini merangkumi urusan – urusan untuk menjaga kepentingan dan keperluan suami serta mengurus hal-ehwal anak – anak
D.TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENDIDIK GENERASI AYANG AKAN DATANG.
Allah SWT telah mencipta semua makhluk dengan tujuan agar masing – masing dapat menunaikan fungsi kejadiannya menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.Wanita telah diciptakan untuk menjadi isteri , menjadi ibu kepada anak –anak dan kepada mereka telah ditanamkan rasa kasih sayang terhadap anak – anak .Wanita juga telah dikurniakan kesanggupan dan kemampuan untuk mendidik anak – anak serta tahan sabar menghadapi telatah anak- anak .
Dengan sifat –sifat yang memang telah tertanam pada wanita, jelaslah bahawa salah satu tanggungjawab utama bagi wanita adalah dalam pendidikan anak – anak .Wanita sebagai ibu hendaklah bersungguh -sungguh mendidik anak –anak mereka agar mereka menjadi manusia yang bermanfaat bagi penerusan generasi masa depan yang bertaqwa Pendidikan anak – anak bermula di rumah .Tugas pendidikan ini pula memerlukan waktu yang cukup .Oleh keran itu Islam memberikan kesempatan yang seluas- luasnya kepada kaum wanita untuk menunaikan kewajipannya .Untuk merekadibebaskan daripada kewajipan untuk memenuhi kepentingan hidupnya dan tugasnya ini dibebankan kepada kaum lelaki .
D.TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENDIDIK GENERASI AYANG AKAN DATANG.
Allah SWT telah mencipta semua makhluk dengan tujuan agar masing – masing dapat menunaikan fungsi kejadiannya menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.Wanita telah diciptakan untuk menjaisteri , menjadi ibu kepada anak –anak dan kepada mereka telah ditanamkan rasa kasih sayang terhadap anak – anak .Wanita juga telah dikurniakan kesanggupan dan kemampuan untuk mendidik anak – anak serta tahan sabar menghadapi telatah anak- anak .
Dengan sifat –sifat yang memang telah tertanam pada wanita, jelaslah bahawa salah satu tanggungjawab utama bagi wanita adalah dalam pendidikan anak – anak .Wanita sebagai ibu hendaklah bersungguh -sungguh mendidik anak –anak mereka agar mereka menjadi manusia yang bermanfaat bagi penerusan generasi masa depan yang bertaqwa Pendidikan anak – anak bermula di rumah .Tugas pendidikan ini pula memerlukan waktu yang cukup .Oleh keran itu Islam memberikan kesempatan yang seluas- luasnya kepada kaum wanita untuk menunaikan kewajipannya .Untuk merekadibebaskan daripada kewajipan untuk memenuhi kepentingan hidupnya dan tugasnya ini dibebankan kepada kaum lelaki .
Firmah Allah SWT dalam Surah Taubah ayat 71 -72 yang bermaksud :
71. dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
72. Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat Yang baik di Dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah Yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) Yang demikian itulah kejayaan Yang besar.
Sekianlah terima Kasih
No comments:
Post a Comment