SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, November 1, 2010

Kuliah 5 : KASIH SAYANG.

(a)Firman Allah Taala di dalam Surah Al Anfal ayat 63 yang bermksud:

"Dan (Dialah ) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu ) . Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara (hati) mereka . Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Kehidupan manusia memerlukan kasih sayang yang mana ia perlu dikekalkan sama ada pada diri sendiri,keluarga,jiran tetangga dan masyarakat . Di samping kasih sayang sejati maka keikhlasan merupakan ciri yang penting dalam membentuk kasih sayang . Oleh itu harta benda ,wang ringgit ,pangkat dan kemewahan bukan penambat kasih sayang sejati,kerana Allahlah sumber kasih sayang .Mendampingkan diri kepada Allah merupakan sumber kasih sayang sebenar.Tanpa mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. maka hasilnya tidak akan tercapai dan kasih sayang itu tidak akan berkekalan..Dengan sebab itu ,disamping kita
menghubungkan diri sesama manusia (Hablun minan nas),kita juga jangan lupa perhubungan kita dengan Allah
(hablun minallah ), .Oleh kewajipan orang Islam berdoa kepada Allah supaya menyatupadukan hati Umat islam,kerana penyatuan dan perpaduan membina kekuatan Ummah.harta benda ,wang ringgit kalaulah dibelanjakan berjuta -juta ,malah semuanya yang ada dimukabumi tidak dapat menjamin untuk menyatupadukan hati manusia di dunia.kerana perpaduan itu ujud dari kesatuan iman kepada Allah .

(b)Firman Allah Taala di dalam Surah Ar Ruum ayat 21 yang bermksud”

" Dan di antara tanda -tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya , bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri -isteri dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya , dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan .Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan -keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang yang berfikir .

Di dalam ayat di atas Allah menerangkan bahawa manusia ini asal kejadiannya adalah dari satu jiwa iaitu Nabi Adam,mengkut cerita " Pada masa Adam berada di Syurga ia melihat dua ekor burung yang berpasangan ( Betina dan jantan ), maka terlintaslah hati Adam untuk mendapat pasangannya sebagaimana yang ia lihat kepada burung itu ada pasangan , maka Allah mengambil satu tulang rusuk yang paling bawah lalu dijadikan Hawa . Inilah yang dimaksudkan dengan ayat "mencipta kan untuk kamu isteri -isteri dari jenis kamu " Dan ini merupakan satu dari tanda - tanda kebesaran Allah .

Ketenteraman jiwa dari kehendak nafsu meupakan masalah asas yang pertama bagi dua orang suami -isteri .Perkataan " Ketenteraman jiwa " amat mendalam maknanya.perkataan tersebut menjelaskan perasaan rindu.perasaan cinta kenikmatan yang didapati oleh suami -isteri dari hubungan dan pergaulan mereka berdua sehingga yang satu memberi kenikmatan kepada yang lain .Dengan hubungan dan pergaulan itulah kedua -dua melaksanakan salah satu tugas kemanusiaan nya, iaitu dengan lahirnya manusia baru yang seperti mereka .dengan lahirnya keturunan itu hilanglah keresahan naluri yang terbesar dari dalam hati dan fikiran . Tanpa itu semua jiwa manusia tidak mencapai ketenangan dan batinnya pun tidak akan merasa tenteram.

Masalah pokok yang pertama tersebut di atas harus diperlihara sebaik mungkin sesuai dengan firman Allah di atas agar perkahwinan menjamin kebahgiaan dan kesuciannya . Suami isteri yang melakukan hubungan seks adalah untuk menjaga kesucian,dan mendapat keturunan dan memelihara keturunan manusia dengan cara yang sihat dan baik .

Masalah pokok yang kedua dalam hubungan
suami -isteri ialah kecintaan yang berbalas yang lahir dari perlakuan yang satu terhadap yang lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu antara suami - isteri dan antara keluarganya masing - masing .

Masalah utama ketiga ialah rasa kasih sayang .Manusia tidak akan sempurna kecuali jika ia memiliki rasa kasih sayang sebagai ibu dan ayah kepada anak -anaknya.Dengan demikian maka setiap manusia atau setiap makhluk hidup mempunyai rasa kasih sayang yang sempurna.
Sesiapa yang memikirkan secara mendalam tiga masalah (Sakinah,mawaddah,dan rahmat ) ia akan dapat mengetahi bahawa tiga perkara tersebut merupakan asas kebahgiaan hidup manusia di dunia

No comments:

Post a Comment