SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, November 12, 2010

MEMINANG DAN PERTUNANGAN

Meminang : Menyatakan permintaan dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk perjodohan atau perkahwainan.
Perempuan yang boleh dipinang :
1.Perempuan bukan isteri orang .
2,Perempuan bukan muhram .
3.Perempuan yang bukan masih di dalam edah.
4.Perempuan itu bukan tuning orang lain .
Pertunangan : Ialah ikatan janji di antara dua belah pihak lelaki dan perempuan semantara menanti hari berlangsung nya perkahwainan ( ijab dan qabul) . Ianya bukan satu kontrak atau ikatan perkahwinan .
Walaupun begitu didalam udang – undang keluarga negeri Pahang ada menyatakan “ Pihak yang mungkir hendaklah membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui kepda yang bersetuju untuk meneruskan perkahwainan , kecuali jika telah ditetapkan oleh adat tempatan .Adalah menjadi kesalahan sekiranya pertunangan tadi diikuti oleh perkahwian yang dinamakan nikah gantung dan salah satu pihak kepada kontrak tersebut enggan meneruskan pernikahan maka mana – mana pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab untuk pertunangan itu .” Peruntukan tersebut memberi simpati di atas pertunangan itu.Kiranya perkahwinan itu tidak dapat dilangsungkan .
Kesalahan di majlis pertunangan dan masa bertunang .
1.Upacara menyarung cincin secara terbuka,adalah menjadi kesalahan disegi agama kerana bertujuan untuk mempamerkan upacara tersebut , kadang –kadang gadis yang disarungkan cincin itu tidak menutup aurat .Untuk mengelakkan perkara ini lakukan secara tertutup .
2.Masa ikatan pertunangan , banyak belaku pergaulan bebas di antara tunang lelaki dan tunang perempuan,Mereka kelaur tanpa diiringi muhram pihak perempuan .Atau membuat perjumpaan dengan berkhalwat di antara tunang lelaki dan tunang perempuan .Demi untuk menjaga akhlak dan batas – batas syarak maka seeloknya hendaklah dielakkan perkara tersebut di atas , kerana di atara dua pihak masih haram bercakap dan bertemu , kerana ikatan pertunangan bukan ikatan yang membolehkan pertemuan , lebih –lebih lagi keluar rumah sepert ke pasar raya dan bersiar –siar .



.

No comments:

Post a Comment