SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, April 9, 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



(KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9HB.ZULHIJJAH TAHUN KE -10 HIJRAH)
Wahai Manusia !
Dengarlah baik – baik apa yang hendak aku katakana ini.Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah teliti kata-kataku ini/Dan sampaikan kepada orang – orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Islam itu amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak . Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riab .Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspada terhadap syaitan, demi untuk keselamatan agama kamu .Dialah telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara – perkara yang besar,maka berjaga –jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara – perkara yang kecil .
Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri – isterimu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu .Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu,maka mereka mempunyai hak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanlah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka , kerana mereka adalah teman dan pembatu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah,mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia!
Dengarlah bersungguh –sungguh kata-kataku ini.Sembahlah Allah .Dirikan solat lima waktu sehari semalam.Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaanmu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu .Ketahuilah bahawa setiap orang Islam adalah saudara kepada orang islam yang lainnya .Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.Ingatlah ! kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan .Oleh itu awasilah Agar jangan sekali – kali kamu terkeluar dari ladasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia!
Tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru .Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata – kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada ,Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua pekara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua –duanya,nescaya kamu tidak akan selama –lamanya . Itulah al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang yang mendengar ucapku ini menyampainya pula kepada orang lain.Semoga orang yang terakhir lebih memahai kata – kataku dari mereka yang terus mendengar dariku .Saksikanlah ya Allah bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba –hamba-Mu.

Saturday, April 7, 2012

taubat 9


TAUBAT 9.
ORANG JAHAT MEMBURUKU .
Engkau berkata ,”Aku hendak bertaubat, tetapi rakan-rakan yang jahat sentiasa memburuku pada setiap masa dan tempat, tidak ada peluang langsung untuk aku bertaubat ,sehingga aku berasa lemah ,apakah perlu aku lakukan ? .”
Bagi menjawab soalan anda itu ,hendaklah anda bersabar , sudah menjadi sunnah Allah bahawa orang berhati ikhlas dicuba dengan beberapa dugaan , untuk mengetahui siapa yang bersifat benar dan yang berdosa , dan untuk membezakan di antara yang baik dengan yang keji
Di masa engkau melangkah ke arah kebaikan ,tetapkan pendirianmu ,ingatlah bahawa syaitan , jin dan manusia diperintahkan untuk menyesatkan anda , dan mengajak anda melakukan maksiat , Allah Taala berfirman di dalam suraA An Nas ayat 1-6 yang bermaksud:

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Manakah yang kamu pentingkan taat kepada Allah atau mengikut pujukan syaitan ke arah maksiat ?
Ketahuilah wahai orang-orang bertaubat !
Rakan-rakan anda sentiasa memburu anda pada setiap tempat dan berusaha untuk mengembalikan anda kepada melakukan maksiat semula dengan apa cara sekalipun, maka tetapkan hati kamu, Firman Allah Taala Surah Ibrahim ayat 27 :
يُثَبِّتُ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَّاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْأَخِرَةِ وَيُضِلُّ اللهُ الظَّالِمِيْنَ وَيَفْعَلُ اللهُ مَا يَشَاءُ .
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Mereka itu berusaha untuk mengingatkan kembali kelazatan melakukan mksiat antaranya dengan cara pujukan,gambaran,dan surat , maka jangan anda taati akan ajakan mereka itu , dan cuba ingatan akan kisah Kaab bin Malik seorang sahabat yang mulia yang melanggar perintah Rasulullah dengan tidak turut serta di dalam peperangan Tabuk , yang mana setelah dipinggirkan oleh Rasulullah , datang surat dari Raja Ghasan memujuk dia supaya pergi ke Ghasan dan hidup bersama dengan keadaamn kafir.

Tetapi Kaab bin Malik tetap imannya dengan marah surat itu ia bakar.Oleh hal yang demikian berpegang teguh dengan diri sendiri maka segala pujukan dan bisikan yang datang dari orang-orang jahat kamu bakar sehingga menjadi abu , dan ingatlah api neraka adalah amat panas “ Bersabarlah ,kerana janji Allah itu, benar, Allah tidak menyalahi janjiNya.”

Thursday, April 5, 2012

taubat 8.APAKAH YANG MESTI DILAKUKAN APABILA SAYA BERDOSA ?

selalu lakukan solat fardu dan yang sunat

Orang selalu bertanya “ Bagaimana cara hendak bertaubat jika melakukan dosa ?, Adakah perlu segera ?.

Bagi menjawab soalan di atas , seseorang itu perlu melakukan dua amalan selepas ia tidak melakukan maksiat lagi .

Pertama : KERJA HATI : Menyesal dan berazam tidak akan mengulangnya lagi, inilah hasil daripada takut kepada Allah.

Kedua : kerja anggota , lakukan kebaikan dengan berbagai-bagai, diantaranya sembahyang taubat, nasnya seperti hadis di bawah ini:

عن أبي بكر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنَبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُوْمُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللهَ إِلاَّ غَفَرَ اللهُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الاَيَةَ :
وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوْا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوْا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلَي مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ .


Daripada Abu Bakar RA berkata ia :”Saya dengar Rasuulullah berkata :”Tidak ada seorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia mengambil wuduk dan terus sembahyang dua rakaat, kemudian dia berdoa meminta ampun kepada Allah , melainkan Allah ampunkan kepadanya, kemudia Nabi membaca ayat :

وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوْا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوْا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلَي مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ .
dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
( Surah Ali Imran : 135 .)

Dan telah datang beberapa riwayat yang lain , menyatakan bahawa semahyang dua rakaat boleh menghapuskan dosa . sebagai ringkasan adalah seperti berikut :
1.Seorang yang mengambil wudhuk dengan sempurna , maka dosa-dosa kecilnya akan terhapus dari anggota wudhuknya mengikut titisan air wudhuknya. Wudhuk yang sempurna itu ialah dengan membaca bismillah sebelum mengambil wudhuk , dan membaca zikir :
أشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا اله إلا أنت .أستغفرك وأتوب أليك .

Ini adalah merupakan zikir yang paling agong selepas berwudhuk , dan akan mendapat pahala yang besar dari Allah .

2,Mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat.

3.Sentiasa mengingati Allah di dalam sembahyang itu .

4.Tidak berhadas.

5.Berzikir dengan baik serta khusyuk.

6.Meminta ampun kepada Allah
.
Sembahyang dan zikir tersebut akan membawa natijah berikut :

1.Allah ampunkan dosa-dosa yang telah lepas
.
2. Akan mendapat balasan syurga.

Oleh itu perlulah membanyakkan amalan-amalan yang baik dan kerja-kerja taat. Umar bin al-Khatab rasa bersalah dengan Rasulullah semasa berdebat dengan baginda di peperangan Hudaibiyah, lalau Umar membanyakkan kerja-kerja kebajikan untuk menebus kesalahan beliau itu.
Perhatikan contoh yang berikut di dalam sebuah hadis sahih, sabda Rasulullah SAW :

إِنَّ مَثَلَ الذي يَعْمَلُ السَيْئِاتِ ثُمَّ يَعْمَلُ الْحَسَنَاتِ كَمَثَلِ رَجُلٍ كَانَتْ عَلَيْهِ دَرْعٌ (لباس من حديد يرتديه المقاتل) ضيْقَةً , قَد
خَنَقْهُ , ثُمَّ عَمِلَ حَسَنَةً فَانْفَكَتْ حَلَقَةً , ثُمَّ عَمِلَ اُخْرَي فَانْفَكَتْ الاءُخْرَي حَتَّي يَخْرُجَ اِلَي الْاَرْضِ . ( رواه الطبراني ).
Ertinya :”Bandingan orang yang melakukan kejahatan kemudian ia melakukan kebaikan,seperti seorang memakai baju besi yang berkunci,kemudian dia berbuat kebajikan , maka terbukalah satu kunci, kemudian dia melakukan satu kebajikan yang lain, maka terbukalah kunci yang lain, sehinggalah bebas ia dari kunci -kunci pada baju itu dan ia dapat menanggalkan baju besi darinya.”
Kebaikan itu membebaskan orang yang berdosa dari penjara maksiat kepada alam ketaatan, cuba amati cerita berikut :
عن ابن مسعود قال :جاء رجل إلي النبي صلي الله عليه وسلم فقال :"يا رسول الله إني وجدت امرأة في بستان ففعلت بها كل شئ غير أني لم أجامعها , قبّلتها ولزمتها , ولم أفعل غير ذلك فافعل بي ما شئت . فلم يقل الرسول صلي الله عليه وسلم شيئا فذهب الرجل . فقال عمر : لقد ستر الله عليه لو ستر نفسه , فأتبعه رسول الله بصره , ثم قال : رده علي , فرده عليه.
فقراء عليه : وَاَقِمِ الصَلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلْفًا مِنَ الَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يَذْهِبْنَ السّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَي لِلذَكِرِيْنَ .
Ertinya :”Daripada Ibnu Masud berkata : Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dengan berkata :”Wahai Rasulullah bahawa saya bertemu dengan seorang wanita di dalam sebuah kebun , maka aku lakukan kerja-kerja ringan , kecuali saya tidak berzina denganya,aku ciummya, aku tidak melakukan lain-lain perbuatan,dan dia melakukan kepada aku apa yang ia suka.Rasulullah tidak berkata apa-apa,sehingga lelaki itu pergi darinya, Omar berkata:”Sesungguhnya Allah telah menutup aibnya, kalau seseorang menutup aibnya sendiri,” Rasulullah memandang kelibat lelaki itu, dan ia meminta supaya lelaki itu dibawa kepadanya, maka lelaki itu dibawa bertemu dengan baginda,Maka Rasulullah membaca kepada ayat 114 Surah Hud :

وَاَقِمِ الصَلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلْفًا مِنَ الَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يَذْهِبْنَ السّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَي لِلذَكِرِيْنَ .
Dan dirikanlah sembahyang (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Wednesday, April 4, 2012

taubat 7,taubat agong

SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG -ORANG YANG BERTAUBAT DAN ORANG-ORANG YANG BERSIH (LAHIR DAN BATIN)
TAUBAT 7.

TAUBAT PEMBUNUH 100 ORANG.

Dari Abi Said al Khadri , bahawa Nabi SAW bersabda :
Adalah pada zaman dahulu seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang .Lalu ia pergi bertanya kepada orang yang bijak pandai di kalangan mereka. Maka ia ditunjukkan kepada seorang alim,ia memberi tahu orang alim itu tentang ia sudah membunuh 99 orang .Adakah peluang untuknya bertaubat ? Pendita (orang alim ) itu menjawab :”Tidak “. Lalu dibunuhnya pendita itu maka genaplah 100 orang dibunuhnya.

Kemudian ia mencari pendita lain , lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim ,lalu ia berjumpa orang alim yang baru ini dan menceritakan hal dirinya telah membunuh 100 orang adakah peluang untuk bertaubat ?
Orang alim itu menjawab :”ada dan tiada siapa yang boleh menghalangnya untuk bertaubat, dan pergilah ke negeri itu dan itu .Di sana ada banyak orang beribadat kepada Allah,maka bertaubatlah dan beribadatlah kepada Allah bersama mereka ,dan jangan engkau kembali ke negeri mu kerana negerimu negeri jahat .
Lalu orang itu berjalan,sehingga sampai separuh perjalanan,maka ia meninggal dunia . Lalu bertengkarlah Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab tentang orang tersebut.
Malaikat Rahmat mengatakan bahawa orang itu datang untuk bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan hatinya sesal.dan Malaikat Azab pula mengatakan bahawa orang itu tidak berbuat apa-apa kebajikan lagi.Lalu datang kepada mereka malaikat dalam bentuk manusia maka mereka jadikan manusia itu sebagai hakim (orang tengah) di antara dua malaikat itu.
Lalu hakim itu mengatakan ukurlah jarak perjalanan orang itu di antara dua tempat manakah yang lebih dekat di antara negeri jahat dengan negeri baik ( temapt ia untuk bertaubat) .Lalu mereka berdua ukur,dan mereka dapati bahawa ia lebih dekat ke negeri yang ia hendak bertaubat itu.lalu diambil oleh Malaikat Rahmat.
(Hadis mutafaqun alaih.)

Pada riwayat yang lain :Bahawa orang itu berhampiran dengan negeri baik sejarak sejengkal sahaja,maka ia dikira penduduk negeri orang baik .Pada riwayat yang lain pula : Maka Allah Taala mewahyukan kepada bumi supaya dijauhkan negeri jahat dan dekatkan negeri baik,dan Allah berfirman :”Ukurlah di antara keduanya.”
Lalu mereka dapati orang itu lebih dekat dengan negeri baik dalam jarak sejengkal,maka diampunkan dosanya .

Oleh hal demikian sesiapa ada rasa ragu-ragu di antara bertaubat dengan tidak,cubalah fikir adakah dosanya lebih besar dari lelaki yang diceritakan di dalam hadis di atas,kenapa berasa putus asa, kiranya lebih besar cuba fahami ayat : 68 - 70 surah Al Furqan :
وَالَّذِيْنَ لاَ يَدْعُوْنَ مَعَ اللهِ إِلاَهًا ءَاخَرَ وَلاَ يَقْتُلُوْنَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَ
يَزْنُوْنَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا . يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيْهِ مُهَانًا
إِلاَّ مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمِلاً صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَان اللهُ
غَفُوْرًا رَحِيْمًا .

68.Dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
69. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -
70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Marilah kita perhatikan firman Allah :

فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ
Makna Tabdil ( penukaran ):

Pertama :Bertukar dari sifat jahat/buruk kepada sifat baik/elok contohnya dari syirik bertukar menjadi beriman,dari zina kepada menjadi orang baik,dari bercakap bohong kepada bercakap benar, dari khianat kepada amanah .

Kedua : Bertukarnya amalan jahat kepada mengerjakan amalan baik /elok pada hari Qiamat kelak firman Allah Taala:
يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ

Tidaklah bermakna bahawa tiap-tiap satu kejahatan dibalas dengan satu kebajikan,sesungguhnya adakalanya lebih sedikit ataupun sama atau lebih banyak disegi timbangan dan pahalanya,bergantung kepada taubat orang yang bertaubat itu,adakah anugerah yang lebih mulia dari ini ?, perhatikan hadis di bawah ini wahai pembaca budiman :
عن عبدالرحمن بن جبير عن أبى طويل شطب الممدود أنه أتى النبي صلعم ( وفى طرق أخري – " جاء شيخ كبير هرم قد سقط حاجبياه علي عينيه وهو يدعم على عصا حتي قام بين يدي النبي صلعم فقال أرأيت رجلا عمل الذنوب كلها فلم يترك منها شيئا وهو في ذلك لم يترك حاجة ولا داجة( اي لا صغيرة ولا كبيرة ) إلا أتاها (وفي رواية ,الا اقتطعها بيمينه لو قسمت خطيئته بين اهل الارض لأوبقتهم (اهلكتهم) , فهل لذلك من توبة ؟ قال : ( فهل أسلمت) قال : أما انا فأشهد أن لا اله إلا الله وأنك رسول الله . قال : ( تفعل الحيرات وتترك السيئات فيجعلهن الله لذلك خيرات كلهن ) . قال :وغدارني وفجراني , قال :نعم

Maksudnya :Daripada Abdul Rahman bin Jubir daripada Abi Syatab al Mamdud bahawa ia datang berjumpa Rasulullah SAW . Pada riwayat yang lain “Seorang tua yang lebat bulu keningnya dan berjalan dengan tungkat bejumpa dengan Rasulullah Saw dan bertanya “Apakah pendapat tuan wahai Rasulullah seorang yang melakukan dosa yang banyak tidak tinggal sedikit pun dosanya samada kecil ataupun yang besar akan di bawa berjumpa Tuhan, adakah ia masih ada kalau ia bertaubat ?Tanya Rasulullah SAW :Adakah engkau seorang Islam ? Jawab lelaki itu :”Saya naik saksi tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan engkau Muhammad adalah Rasulullah , Jawab Rasulullah :”Berbuat segala kebaikan dan tinggalkan segala kejahatan ,maka Allah akan menjadikan segala amalan itu semua kebaikan”.Lelaki itu bertanya”Walaupun melakukan banyak kejahatan sebelumnya.”Jawab Rasulullah SAW : "Ya!”.

Soalan :

Aku sebelum bertaubat adalah sesat, tidak sembahyang ,tetapi ada melakukan kebaikan, adakah amalan itu dikira selepas aku bertaubat, atau pun amalan itu hilang lenyap seperti debu ditiup angin ?”.
Jawapannya, cuba rujuk kepada hadis yang bermaksud dibawah ini :

”Daripada Urwah bin AlZubir bahawasanya Hakim bin Hazam memberi tahu Rasulullah SAW , adakah diberi pahala segala amalan baik yang dilakukan masa Jahiliyah seperti sedekah,meyambungkan silatulrahim, jawab rasulullah masuklah Islam nescaya kamu akan memperolehi pahala segala kebaikan yang dilakukan sebelum kamu menganut Islam, dosa kita akan diampun Allah kalau kita bertaubat, segala kejahatan diganti dengan kebaikan ,apa-apa kebaikan yang dilakukan di masa jahiliyah diberi pahala kepada mereka yang bertaubat .”

Tuesday, April 3, 2012

PENDEDAHAN

DATUK MOHD ARIFF SEDANG MENYAMPAIKAN SEMINAR



PESERTA SEMINAR
YDP DAN HASAN OMAR PENGARAH JPr KAWASAN
NDP SYED HAMED DAN YDP HJ.JUSOH
DATUK MOHD ARIF MENJAWAB SOALAN - SEBELANNYA US.SUHAIDIMA K/PENERANGAN

DATUK MOHD ARIFF SABRI AZIZ BEKAS ADUN PULAU MANIS – SEKARANG ORANG KUAT DAP PAHANG TELAH MEMBUAT SATU PENDEDAHAN TENTANG STRATIGI UMNO-BN UNTUK MEMENANGI PRU DI SEMINAR PENERANGAN ANJURAN PAS KAWASAN TEMERLOH PADA 24.MAC 2012 BERTEMPAT DI MARKAS TARBIAH PAS DARUL AMIN SUNGAI GAU JAM9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.ANTARA LAIN IALAH :
1.KEKUATAN UMNO MENGGUNAKAN KETUA 10 , YANG MENJAGA 10 BUAH RUMAH BAGI SETIAP LOKALITI YANG DIGERAKKAN OLEH WANITA – WANITA UMNO – DENGAN MENJAGA KEBAJIKAN PENGUNDI DENGAN PERUNTUKAN WANG BANYAK DARI UMNO BAHAGIAN.
2.MENJAGA PENGUNDI LUAR DENGAN MEMBAYAR KOS TAMBANGAN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN KEPADA PENGUNDI LUAR YANG BALIK MENGUNDI.
3.ORANG UMNO SUKA JADI PENGERUSI MASJID TETAPI TAK PERNAH DATANG MASJID – UNTUK MENUNJUKKAN IA KUAT AGAMA.
4.MENGGUNAKAN JKK/KETUA KAMPONG UNTUK KEMPEN PENGUNDI DI TEMAPATNYA.
5.MENGGUNAKAN KEMAS ,JASA DAN PENERANGAN DAERAH UNTUK MERAYU UNDI .
6.EJEN MERASUAH PENGUNDI DENGAN BANTUAN YANG BANYAK DARI WANG YANG DIPEROLEH DARI KOPRAT – KOPRAT .
7. RM 2.5 UNTUK PARLIMEN DAN RM 1 JUTA UNTUK DUN.
8.SEMUA PERTUGAS-PERTUGAS PILIHANRAYA MENDAPAT UPAH YANG LUMAYAN DARI PIHAK PARTI UMNO .
9.UMNO –BN SEDANG MENGUMPUL WANG UNTUK BELANJA PILIHAN RAYA.
10.BUKAN SEMUA AHLI UMNO SOKONG DAN UNDI UMNO.
ATAS PENDEDAHAN INI MARILAH KITA KAJI DAN CUBA PATAHKAN SUPAYA KITA PAKATAN RAKYAT DAPAT KEMENANGAN BESAR DALAM PRUKE -13 INI.

MESYUARAT AJK URUSAN ULAMAK TEMERLOH KE 8

AJK SEDANG BERMESYUARAT.
US.ZAKARAIA, US.KHALILAH,US.ISHAK YASSIN.
US.NAJMI S/USAHA BAJU BIRU
USTAZ ARIFFIN ABDULLAH - KETUA UUK SEDANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT

MESYUARAT AJK URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH
TEMERLOH 1 APRIL 2012 MESYUARAT AJK URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH KALI KE – 8 BERTEMPAT DI PEJABAT PAS KAWASAN TEMERKOH JAM 3.30 PETANG DENGAN DIHADIRI SERAMA 11/18 BERAKHIR PADA JAM 5.00 PETANG , ANTARA LAIN KEPUTUSAN DI AMBIL:
MEWUJUDKAN BILIK GERAKAN DI SIMPANG TANJUNG BESAR DAN MEMILIH 7 0RANG PERWAKILAN KE MUTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PAHANG PADA 5.5.2012.

Sunday, April 1, 2012

GENERASI MUDA BERSAMA ISLAM



MARILAH KITA MENDUKUNG SEMANGAT RASULULLAH S.A.W. YANG SANGAT MEMERLIHARA ORANG MUDA.PEMUDA PADA AWAL ISLAM MENJADI TONGGAK DAKWAH DAN EJEN PEMBANGUNAN DALAM MEMBINA KEKUATAN .NAMA SEPERTI MUS’AB UMAIR,USAMAH ZAID,ALI ABI TALIB,DAN BILAL R ABAH,MEMBUKTIKAN KEPADA GENERASI BERIKUTNYA BAHAWA REMAJA TONGGAK KEKUATAN UMMAH PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. DAN SAHABAT.
RASULULLAH S.A.W. BERPESAN SUPAYA UMMAH MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA MENDIDIK DAN MENJAGA BELIA DALAM SABDA BAGINDA YANG BERMAKSUD,”AKU BERPESAN KEPADA KAMU SUPAYA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PEMUDA,SESUNGGUHNYA HATI MEREKA LEMBUT.ALLAH MENGUTUS AKU MEMBAWA AGAMA HANIF LALU PEMUDA MENOKONG AKU SEDANGKAN ORANG TUA MENENTANG AKU.”
HARAPAN ISLAM KEPADA GENERASI MUDA,REMAJA ATAU BELIA AMAT TINGGI,JUSTERU PENGIKTIRAFAN INI MESTI DIBUKTIKAN MELALUI TINDAKAN DAN REALITI,BUKAN SEKADAR RETORIK ATAU OMONG KOSONG.BENAR DAN TEPAT KECINTAAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG SUKA BERSEDEKAH,TETAPI ALLAH LEBIH CINTA GENERAS MUDA YANG BERSEDEKAH , ALLAH JUGA MENCINTAI MEREKA YANG BERAMAL , TETAPI ALLAH LEBIH MENCINTAI GENERASI MUDA YANG BERAMAL.ALLAH MENGASIHI ORANG BERIBADAT,TETAPI LEBIH MENGASIHI PEMUDA YANG BERIBDAH.
HARAPAN KEPADA GENERASI MUDA SUPAYA KITA BERSATU DALAM MEMPENGARUHI PENGUNDI- PENGUNDI MUDA SUPAYA MENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN RUNTUHKAN UMNO -BN DALAM PRU KE-13 YANG TIDAK LAMA AKAN TIBA – MELALUI MEDIA BARU MARI KITA GUNAKAN SEPENUH MASA SEMOGA KETINGGIAN ISLAM DAPAT KITA JAGA SETERUSNYA MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI GAYA HIDUP SELURUHNYA. SEKIAN WASSALAM .