Pengajian
Hadis Siri 35
Sambungan
Hadis KELAPAN BELAS.
Kupasan
Hadis .
4.Barang
siapa memelihara dirinya daripada kehinaan menjauhi daripada meminta –minta dan
tak mahu berkrja , Allah akan meliharanya dengan diberi petunjuk dan taufik,
dapat melaksanakan sesuatu sesuai dengan tenaga dan persediaan berjya dan beruntung,
tepat seperti ayat 2 dalam surah At
Talak :
4
`tBur È,Gt ©!$# @yèøgs ¼ã&©! %[`tøxC
dan
sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari Segala perkara yang menyusahkannya),
5.Barang
siapa memcari kekayaan diri tidak menghiraukan apa yang ada pada orang lain
maka Allah akan mengkayakannya , kekayaan diberi ini bolehlah kita
contohkan seperti dua orangkaya .Yang
pertama berpuashati dengan apa yang dikurniakan Allah, lalu ia berkerja lagi
dengan lebih giat mengikut jalan –jalan yang mulia , tidak mahu dan tidak
terpedaya dengan apa yang ada kepada orang lain yang bulan haknya.Yang Kedua ia
tidak berpuashati selalu berkeadaan tamak dan haloba menakala melihat nimat
orang lain ia ingin memilikinya sekalipun dengan cara yang salah, selalu tak
tenang melihat apa yang ada kepada orang lain.Begitu juga seperti dua
orang miskin, yang pertama ini sedar dan insaf di atas kemiskinannya
tetapi ia tidak rida menjual maruah dan meminta –minta , malah berusaha
bersunggug –sungguh memperbaiki nasibnya dengan segala tenaga dan kemampuan ,
tetapi sebaliknya orang yang kedua ini tak malu –malu menjatuhkan air mukanya
mengejar dan memaksa – memaksa dengan berbagai –bagi cara meminta –minta kepada orang lain tak
mahu berusaha memperbaiki nasibnya
dengan cara yang mulia.
Dua
contoh di atas orang kaya dan miskin yang pertama ialah orang kaya yang
sebenar-benar kaya dan orang miskin yang kaya , tetapi yang kedua ialah orang yang rendah hina dan tak
memelihara diri , tepat seperti maksud hadis “Bukalah kaya dengan seban banyak
harta , tetapi kaya ialah kaya jiwa , dengan kekayaan jiwa inilah dibukakan
Allah bermacam – macam jalan pintu rezeki yang akan memelihara dirinya daripada
digoda oleh nikmat dan kekayaan rang lain .
Pengajaran
Hadis ,
1.Hadis
ini mengarahkan supaya berbuat kebajikan dan menolong mereka yang berhajat
kerana kebajikan- kebajikan itu dapat melapangkan mereka yang di dalam
kesempitan dan kesusuhan serta
meringankan penderitaan dan dapat menguatkan perhubungan baik di dalam sebuah
masyarakat .
2.Jiwa
mulia dan tinggi tak rida sama sekali meminta –minta , menjual air muka dan
menjatuhkan kehormatan diri.
3.Bersedekah
adalah dusuruh setelah selesai lebih dahulu menunaikan kewajipan yang wajib
nafkah diri sendiri dan keluarga , kaum kerabat dari pihak ibu dan bapa adalah
mereka yang utama berhak mendapat pertolongan sebelum diri orang lain lebih
–lebih lagi dengannya akan memelihara kerhormatan dan menjaga nama baik
kedudukan serta menambah kukuh perhubungan kasih mesra .
4.Memelihara
diri rida dengan apa yang diperolehi dan berpuas hati serta berkerja untuk menambah lebih baik dan lebih
banyak dengan cara – cara yang diharukan
dan dengan jalan- jalan yang mulia tidak menyentuh samasekali hak orang lain .
5.Tak
usah bersedekah kecuali setelah berlebih dan tidak lagi berhajat kepadanya
kerana bersedekah semasa berhajat kepadanya akan menyebabkan kerosakkan dab
bencana dan akan meninggalkan waris yang lemah miskin dan tak berada .
6.Berusaha
dan bekerja supaya menjadi kuat dalam semua bidang hidup,kesihatan , ilmu
pengetahuan , ekonomi dan politik .Syariat dan syiar Islam adalah dikehendaki
oleh Junjungan Besar Muhammad saw .
No comments:
Post a Comment