SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, April 1, 2014

MEMBETULKAN SUJUD,




APA MAKNA SUJUD ? APA HUKUMNYA?
Sujud bermakna meletakkan dahi di atas tempat sujud.
Manakala hukum sujud ialah rukun di dalam sembahyang.Sujud wajib dilaksanakan dan tidak sah sembahyang tanpa sujud .
Sujud yang  wajib dilaksankan di dalam sembahyang ialah dua kali pada setiap rakaat dengan diselangi oleh duduk antara dua sujud .
Apakah anggota sujud ?
Sabda Nabi SAW .” Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang iaitu; dahi – baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya,dua tangan,dua lutut dan jari –jari dari dua kaki.” (HR Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a)
Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa anggota sujud terdiri daripada :
1. Dahi
2. Dua tangan
3 .Dua lutut
4. Dua kaki.
Oleh itu,ketika sujud hendaklah ke semua ketujuh – tujuh anggota tersebut diletakkan  di atas lantai. Dalam hal dahi,memadai meletakkan sebahagian dahi di atas lantai, Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut – perut anak jari kaki itu.
Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak – anak jari kakinya , maka tidak sah sujudnya. Sunat menghalakan kesemua jari –jari tangan kea rah kiblat. Muslimin, di sunatkankedua –dua lutut dan dua tapak kaki direnggangkan. Antara perut dan paha  hendaklah dijarakkan.Siku  hendaklah dijauhkan sedikit daripada tulang rusuk.Mislimat pula, sunat  untuk merapatkan kedua –dua lutut

No comments:

Post a Comment