Kekayaan Yang Sebenar .
عَنْ
أَبِي هُريرة رضي الله عنه عن النبي صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
لَيْسَ الْغِنَي عَنْ كَثْرَةِ الْعَرْضِ وَلَكِنَّ الْغِنَي غِنَي النَّفْسِ.
(رواه البخاري ) .
Hadis Ketiga .
Daripada
Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW
junjungan besar telah bersabda :”Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu ialah
kekayaan diri .” (Hadis riwayat
Al-Bukhari ) .
Kupasan
Hadis .
1.Mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak tidaklah ia dinamakan miskin , bahkah tetap
dipandang kaya di sisi masyarakat kalau ia mempunyai iman dan peribadi yang mulia .
2.Seorang
itu tidak dikatakan kaya kalau mempunyai
harta yang banyak disisi Allah , tetapi kaya yang sebenar ialah kaya rohani yang sesuai dengan pengajaran Islam .
Inilah kekayaan yang kekal .
3.Kekayaan
jiwa itu akan menimbulkan
kebahgiaan hidup dan ketenangan di dalam
menghadapi sebarang keadaan dan
kemungkinan dalam hidup.Jiwa yang kaya mudah puas dan memada apa yang ada dan
sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan oleh Allah .Dan sentiasa berdoa :
رَبَّنَا أَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
الاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .
4.Yang
banyak harta merekaitulah yang sedikit pada hari qiamat kerana harta yang banyak itu tidak boleh
memberi pertolongan kepada mereka bahkan di waktu merek menjadi orang miskin
disegi pahala kerana harta yang mereka
yang banyak itu boleh membawa kepada
disiksa oleh Allah kerana salah digunakan , dan tidak membelanjakan ke jalan
Allah .Firman Allah SWT dalam surah At
taubah ayat 34 dan 35 :
34.dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan
perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada
mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
35. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak
(dan harta benda) itu Dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka,
dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):
"Inilah apa Yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu
rasalah (azab dari) apa Yang kamu simpan itu.
No comments:
Post a Comment