SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, September 22, 2013

pengajian hadis siri 3



Pengajian Hadis : Siri 3.

Hadis Kedua :
Balasan Pendakwah Yang Tidak Beramal .
عَنْ أَبِي زيد أسامة بن زيد بن حارثة رضي الله عنهما قال : سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يُؤْتَي  بِالْرَجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَي فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ فَيَدُوْرُ بِهَا كَمَا يَدُوْرُ الْحِمَارُ فِي الرَّحَا فَيَجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلَ النَّارِ فَيَقُوْلُوْنَ : يَا فُلاَنَ مَالَكَ ؟ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَي عَنِ الْمُنْكَرِ ؟ فَيَقُوْلُ : كُنْتَ أَمُرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَلاَ أَتِيْهِ وَأَنْهَي عَنِ الْمُنْكَرِ وَأَتِيْهِ . ( متفق عليه) .
Daripada Abi Zaid Usamah Zaid bin Harithah meredai Allah keduanya ia telah berkata “ Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Dibawa seorang lelaki pada hari Kiamat lalu dicampak ke dalam neraka dan keluarlah tali –tali perutnya berpusing –pusing ia dengannya seperti  keledai  mengelilingi tempat pengisar gandum, penghuni neraka pun berhimpun lalu berkata “Wahai pulan apakah gerangan engkau  ini ?Bukankah engkau menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran  ? Jawabnya “Benar,aku menyuruh berbuat kebajikan sedangkan aku tidak  membuatnya dan aku mencegah daripada melakukan kemungkaran dan maksiat sedangkan aku sendiri melakukannya . ( Mutaffaq alaili ) .
Kupasan Hadis .
1.Dicampak ke dalam neraka sehingga keluar tali perut dan berpusing – pusing seperti keledai mengelilingi tempat pengisar gandum bermaksud seksa yang amat sangat dan  keadaan yang tidak terhingga itu menyebabkan keadaannya tidak tentu hala berpusing – pusing dengan tali perutnya yang terburai dengan tidak berhenti –henti .
2.Penghuni neraka berkerumun melihatnya, adalah merupakan seolah –olah perkara ajaib yang luar biasa, sedang masing – masing  di dalam neraka itu menerima azab, di mana masing –masing  taka da masa untuk mengambil tahu hal orang lain , tetapi oleh kerana  keadaan  yang ditimpakan  itu agak lebih mengerunkan dan berkehendak memberitahu penghuni neraka, itulah balasan orang –orang yang pandai bercakap menyeru kepada kebajikan dengan tidak mengamalkan, pertanyaan penghuni neraka itu adalah sebagai penegasan atau ejekkan ke atasnya.
3.Menyeru kepada kebajikan , yang dimaksudkan dengan kebajikan itu  ialah segala kebaikan amalan yang tidak bertentangan dengan  keridaan Allah iaitu sesuai dengan al-Quran dan hadis rasulullah saw  yang sah , samada yang berupa akidah,ibadah , muamalat dan segala urusan hidup, adapun mencegah  kemungkaran ialah berusaha secara positib bagi menghalang daripada tersibarnya segala perkara yang dianggap buruk , jahat ,cemar yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis rasulullah saw  yang sah.
                                                          us.zakaria Omar Penulis blog ini .

No comments:

Post a Comment