HADIS PERTAMA
DUA NIKMAT : BANYAK YANG TERPEDAYA DENGANNYA
عَنِ
ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ : نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنَ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ
الصِّحَةُ وَالْفَرَاغُ .(رواه البخاري
والترميذي والنسائي وابن ماجه)
Daripada
Ibn Abbas (Abdullah bin Abbas) meridai
Allah keduanya daripada Nabi SAW ia telah bersabda :”Dua nikmat banyak orang
terpedaya /tertipu ,iaitu sihat dan kelapangan.(Hadis riwayat :Bukhari ,Termizi,Nasai
dan Ibn Majah ).
Kupasan
hadis .
Nikmat
:Hal yang baik yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang seperti kekayaan,
ilmu pengetahuan, kesabaran, ketenangan dan lain –lain , yang dengannya ia
beroleh kebahgiaan hidup.
Kita
orang Islam diperintahkan Allah supaya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
olehNya,kalau kita tidak bersyukur ,akan mendapat balasan azab dari Allah .Firman
Allah dalam surah alNahl ayat 114 :
oleh
itu, makanlah (Wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan
Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan
nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Kita
menyedari bahawa mengubah dan tak menunaikan hak bersyukur , menyalahgunakan nikmat , akan
mendapat balasan Allah seperti yang berlaku kepada kaum firun , firman Allah
dalam surah al anfal ayat 52 dan 53 :
52. (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti
keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka
kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab
dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
53. (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka
sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
Perkataan nikmat
boleh membawa makna agama Islam ,
firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103 :
dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah
kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang
bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan
kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan firman Allah dalam surah al Maaidah ayat 3 :
. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama
kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam
itu menjadi ugama untuk
Nikmat yang pertama
ialah sihat .Iaitu sihat tubuhbadan dan selamat dari penyakit.Manusia
banyak yang terlupa dalam masa menikmati sihat tubuh badan kecuali bilamana
mereka telah ditimpa sakit yang menyebabkan hilang segala tenaga dan lalu
menjadi lemah dan tak berdaya.Mereka mengisi hawa nafsunya tanpa perhitungan
seperti binatang buas,rakus dan gelujuh makan dan minum tidak mengenal halal
haram, buruk dan baik menyalahgunakan kesihatan sehingga lalai hilang tenaga
untuk membuat amal soleh.Sia –sia mendapat nikmat sihat tubuhbadan,kerana sihat
bukanlah benda yang kekal malah ia datang dan pergi ,menakala hilang kesihatan
bererti manusia telah hilang peluang tenaga untuk beramal, dengan itu tentulah
tidak bijak malah dianggap amat bodoh siapa –siapa yang tidak merebut peluang
masa sihat untuk beribadat mentaati
Allah, kerana umur semakin hari semakin kurang dan tenaga beramal semakin lemah
menakala menjelang zaman tua dan bila
mana diserang penyakit, tenaga beribadat beramal soleh dan kebajikan turut
kurang dan lemah.Sebuah hadis lain ada mengatakan supaya merebut 5
peluang sebelum datang 5 perkara yang lain :
إِغْتَنِمْ
خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ,وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ
, وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ ,وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ ,وَحَيَاتَكَ قَبْلَ
مَوْتِكَ ( رواه الحاكم) .
Rebutlah
lima peluang sebelum datang lima perkara,iaitu muda engkau sebelum tua,
sihat sebelum sakit,kaya sebelum fakir,kelapangan sebelum sibuk , dan hidup
sebelum mati (Hadis Riwayat al-Hakam) .
Sihat
adalah termasuk dalam lima peluang
tersebut, juga sihat termasuk kedalam erti muda, kerana semasa remaja itulah penuh dengan tenaga dan
kecergasan dengan itu gunakanlah kesempatan itu dengan sewajarnya sebelum
peluang itu hilang dan lenyap .( Bersambung ) .
No comments:
Post a Comment