Sambungan Hadis
Kedua .
4.Berdakwah kepada kebajikan dan mencegah daripada
kejahatan kemudian pendakwah itu sendiri tidak melakukan seperti yang
didakwahkannya adalah merupakan manusia yang rendah peribadinya ,dianggap
sebagai penipu besar, munafik, tepatlah kecaman yang dikenakan kepada ketua – ketua ahli kitab yang pandai menyeru pengikut –pengikutnya
supaya berbuat kebajikan sedangkan mereka sendiri tidak melakukannya.Firman
Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 44:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab
Allah, tidakkah kamu berakal?
Di dalam surah as
saf ayat 2 dan 3 Allah memurkai orang yang pandai bercakap tetapi
tidak mengamalkannya :
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu
memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu
memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
Pengajaran Hadis .
1.Gambaran siksa
yang amat sangat ke atas mereka yang pandai bercakap menyeru manusia
kepada kebajikan menuju jalan Allah sedang ia sendiri tidak melakukannya.
2.Sia –sia dan percuma segala seruan kebajikan yang tidak
diisi sendiri oleh pendakwah
–pendakwahnya yang mana usaha – usaha dan amalan – amalan itu akan menambah
keburukan dan kejahatan bagi dirinya di akhirat kelak .
3.Nilai dan ukuran yang sebenar dalam Islam ialah amalan
seseorang yang ditunaikannya samada berupa fardu ain seterusnya fardu kifayah .
4.Memperbaiki diri sendiri adalah lebih utama daripada berdakwah kepada
orang lain,maka siapkan diri sendiri dahulu kemudian baru seru orang lain,
kerana oramg pandai menyeru kepada
kebajikan dan mencegah kepada
kemungkaran ,tetapi ia sendiri menyalahi apa yang ia sarankan adalah sebesar
–besar dosa yang ia lakukan menyebabkan ia
dimasukkan ke dalam neraka .
5.Hadis ini mengingatkan kepada orang mukmin supaya
beringat kalau menjadi pendakwah maka hendaklah lakukan sendiri apa yang
disarankan itu,dan kepada madu maka hendaklah ia melihat dan menilai diri
pendakwah itu adakah apa yang ia seru
itu adalah bertepatan , dan dapat
menyelia diri pendakwah itu , maka dapatlah ditegur dan diperbaiki jika
pendakwah itu menyelewwng dari apa yang sarankan itu.
6.Dakwah “alamru bil makruf wanahu anil munkar “ adalah
satu tugas yang suci yang wajib bagi memelihara
keutuhan peribadi dan kehormatan masyarakat Islam .
IKUTILAH SIRI 5 , WASSALAM .