TAZKIRAH PAGI RAYA
Selamat Hariraya Adilfitri kepada semua
umat Islam di Malaysia.
Sambutlah hariraya dengan dipenuhi dengan
perkara –perkara yang mendatangkan faedah,jangan melakukan perkara sia –sia,elokkan
pembaziran walaupun dalam keadaan mampu,jauhi hiburan yang melalaikan,
berpakaianlah dengan pakaian yang sempurna dan menutp aurat, jagalah batas –batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram, elokkan daripada menghadiri majlis yang bertentangan dengan
Islam dan sebagainya . Lakukan segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan
semata –mata kerana Allah dan patuhi syariatNya , mudah- mudahan kehidupan kita
dilimpahi keberkatan dan ketenangan .
Di hari raya ini marilah kita memperiratkan
silarraturrahim . Jangan lupa kepada ibubapa , kepada ibubapanya yang masih
hidup , bagi yang telah meninggal
ziarahilah pusara mereka . Doakan mereka supaya ditempatkan di kalangan orang –
orang solihin .Ziarahi sanak saudara >jiran tetangga, sambil bermaafan
.Firman Allah dalam surah alhasyr ayat 19 :
ﭽ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ
dan
janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan
(perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal
Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang
fasik - derhaka.
OLEH ; US.ZAKARIA OMARKETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH
No comments:
Post a Comment