oleh :us.zakaria bin Omar ketua penerangan urusan ulamak pas kawasan temerloh .
Setelah menjalani ibadat puasa selama
sebulan, maka hendaklah kita menjalani kehidupan kita dengan berpandukan
syariat yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan menjalani
urusan agama dan urusan dunia secara baik, maka seseorang itu akan mendapat
kebahgiaan yang sempurna sama ada didunia atau akhirat.Kita hendak memohon
kepada Allah supaya menghimpunkan kita
dengan kebaikan agama dan kebaikan dunia serentak dengan doa berikit :
اَللهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيَ الَّذِيْ هُوَ عِصْمَةُ
أَمْرِيْ , وَأَصْلِحْ لِيْ دُنْيَايَ
الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشِيْ , وَأَصْلِحْ لِيْ اَخِرَاتِيْ الَّتِيْ فِيْهَا
مَعَادِيْ .
“Ya!
Allah ! perbaikilah untukku Agamaku kerana ia yang menyelamatkan urusanku. Dan
perbaikilah untukku duniaku kerana ia temapat mata pencarianku.Dan perbaikilah
untukku akhiratku kerana kersanalah tempat kembaliku kemudian hari.”
Ingatlah
bahawa hidup di dunia ini sangay terbatas dan tamat dengan kedatangan
ajal, maka setiap orang mestilah
menyiapkan bekalan diri dengan melakukan seberapa banyak kebaikan yang boleh ,
dan menjauhkan maksiat dan kejahatan.Apabila seseorang telah mati, dia tidak
dapat mencari bekalan lagi.Oleh sebab itu, kita mesti berkerja keras sewaktu
hidup kerana apabila datangnya mati, maka kesempatan itu tidak ada lagi.Waktu
mati tempat istarihat yang abadi.Lantaran itu NABI SAW berdoa :
وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ
وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ .
“Jadikanlah
hidupku tempat bertambah segala kebaikan dan jadikan kematian itu bagiku kerihatan dari segala bencana.”
Oleh
yang demikian marilah kita sakalian bertakwa kepada Allah, pohonlah kebaikan
urusan agama kita serta kebaikan kesudahan kita diakhirat.Firman Allah swt
dalam surat al-baqarah ayat 201-201 yang bermaksud:
201. dan di antara mereka pula ada yang (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".
202. mereka itulah yang akan mendapat bahagian
yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat
hitunganNya.
No comments:
Post a Comment