SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, May 3, 2013

UNDI BN BERMAKNA MENGUNDANG 1001 PETAKA



KUALA LUMPUR : Setiap undi kepada BN dalam pilihanraya ini samalah seperti memilih untuk mengundang 1001 petaka kepada rakyat dan negara bagi penggal pemerintahan akan datang,tegas Ketua Penerangan PAS Pusat,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
Beliau berkata,gejala kronisme akan terus membiak serta korupsi yang sudah sedia berada pada tahap memalukan hingga dalam banyak peringkat dipalit elemen rasuah akan terus meningkat jika manda masih diberi kepada BN.
Selain itu,katanya tindakan pengundi jika menolak Pakatan Rakyat juga seperti mahu menyaksikan kemerosotan nilai sahsiah dan akhlak masyarakat serta kesesakan penghuni di Pusat -pusat serenti seluruh negara,
Paling bahaya tambah Calon Dun Jengka itu juga,membiarkan BN menang seolah -olah mengizinkan politik negara pada masa akan datang diracuni dengan politik lucah dan fitnah yang sama sekali tidak ,menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya , jika BN menang laigi, kadar hutang negara terus meningkat dan ia menjadi beban dahsyat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat kerakusan pemimpin Umno-BN mengedalikan ekonomi negara.
"Kita bimbang tiba suatu peringkat rakyat akan menganggap politik itu sebgai perkara jijik sedangkan BN yang mewarnakan politik sedemikian rupa "Ujarnya lagi kepada Harakah,30 April 2013 lalau .Oleh Arif Atan (HARAKAH KELUARAN 3-5 MEI 2013

No comments:

Post a Comment