Kita semua tahu bahawa pada musim cuti sekolah ini ramai yang buat
kenduri kawin – satu perkara yang saya hendak tegur ialah kepada para tetamu
yang datang kenduri itu yang mengambil makanan terlalu banyak – sehinggakan makanan
itu tidak dimakan – lalu dibuang ke dalam tong sampah – amalan ini adalah membazir
– kita tahu bahawa membazir itu suadara syaitan , firman Allah dalam surah
israk ayat 27 yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang Yang membazir itu
adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang
sangat kufur kepada Tuhannya.
Dan
juga ada tetamu yang telah banyak menghadiri jemputan kawin itu – oleh itu
mengelakkan membazir – kalau telah kenyang – minum air sahaja – dan bertemu
dengan tuan rumah dengan mengucapkan taniah kepadanya .
No comments:
Post a Comment