Firman Allah Swt dalam ayat 130 surah Ali Imran :
ياايها الذين ءامنوا لا تأكلزا الربوا أضعافا مضاعفة .
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil riba Dengan berlipat-lipat ganda,
Dan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :” Pada malam Israk dan Mikraj aku dengan suara yang sangat kuat seperti guruh dan aku terlihat beberapa lelaki yang perutnya sangat buncit seperti sebuah rumah yang dipenuhi di dalamnya ular dan kala,aku bertanya kepada Jibril siapakah orang itu ? jawab Jibril itulah orang yang makan riba.
Dan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :” Sesiapa makan riba walaupun satu sen seperti ia berzina dengan ibunya di dalam Masjidul Haram .”
Dilaknat oleh Allah pemakan riba dan pemberi riba sama dengan orang yang tidak mengelurakan zakat.
Sabda Rasulullah akan zahir akhir zaman empat perkara dengan sebabnya Allah turunkan bala iaitu :
Pertama: orang makan riba
Kedua : orang yang berzian
Ketiga : Orang membenarkan perktaan dusta
Keempat : orang yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 275nyang bermaksud :” orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Sabda Rasulullah SAW “ Tidak diterima oleh Allah amalan ibadat kita kalau ada riba pada perkara –perkara berikut :
1 .Puasa dengan berbuka harta riba
2.sembahyang dengan harta riba
3.sedekah dengan harta riba
Allah sangat murka kepada mereka yang beribadat dengan harta riba.
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
1 week ago
No comments:
Post a Comment