عَنْ أَبِيْ سَعِيْدِ الْخّدْرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : خَطَبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا بِقَوْلِهِ :"أَلاَ إِنِّيْ أَوْشِكُ أَنْ أُدْعِيَ فَأَجِيْبُ فَيَلِيْكُمْ عُمَّالٌ مِنْ بَعْدِيْ يَقُوْلُوْنَ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَيَعْمَلُوْنَ بِمَا لاَ يَعْرِفُوْنَ , وَطَاعَةٌ أُوْلَئِكَ طَاعَةٌ , فَتَلْبِثُوْنَ كَذَلِكَ دَهْرًا , ثُمَّ يَلِيْكُمْ عُمَّالٌ مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَيَعْمَلُوْنَ بِمَا لاَ يَعْرِفُوْنَ , قَمَنْ نَاصَحَهُمْ وَوَازَرَهُمْ وَشّدَّ عَلِى أَعْضَادِهِمْ , فَأُوْلَئِكَ قَدْ هَلَكُوْا وَأَهْلَكُوْا , خَالِطُوْهُمْ بِأَجْسَادِكُمْ وَزَايِلُوْهُمْ بِأَعْمَالِكُمْ وَأشْهَدُوْا عَلَى الْمُحْسِنِ بِأَنَّهُ مُحْسِنٌ وَعَلَى الْمُسِيءِ بِأَنَّهُ مُسِيءٌ . (رواه الطبراني (
Terjemahan Hadis
Daripada Abi Sa’id al-khudri berkata ia bahawasanya Rasulullah SAW bangun berkhutubah pada kami , di antara khutubahnya itu beliau bersabda “Ingatlah bahawasanya hampir – hampir aku dipanggil maka aku akan menyahut panggilan itu , lalu pegawai –pegawai akan memimpin kamu sesudahku .Mereka berkata apa yang mereka tidak ketahui dan mereka berbuat apa yang mereka tidak mengetahuinya , taat kepada mereka adalah satu ketaatan .Kamu akan tinggal seperti itu satu zaman , kemudian kamu akan dipimpin oleh pegawai – pegawai selepas mereka . Mereka katakana apa yang mereka tidak mengetahuinya dan mereka berbuat apa yang mereka tidak mengetahuinya.maka barang siapa yang nasihat menasihati dengan mereka , membantu mereka , menguatkan penolong –penolong mereka, maka sesungguhnya mereka telah binasa dan membinasakan , pergaulilah mereka dengan jasad – jasad kamu dan pisahkan mereka dengan amalan – amalan kamu , dan persaksikan ke atas orang yang berbuat kebaikan bahawa ianya orang yang berbuat kebaikan dan ke atas orang jahat bahawa ianya berbuat jahat .(Hadis riwayat : At-Tabarani ) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Abu Said adalah seorang sahabat yang banyak menghafaz , dan banyak ilmu , adalah orang yang terkenal di kalangan Ansar , fikiran yang pintar dan bijaksana. .Hadis yang diriwayatkannya lebih dari seribu hadis.
Nilai Hadis
Hadis ini menerangkan bahawa zaman selepas wafat Rasulullah SAW akan wujud pegawai/pemimpin yang bercakap dan beramal tanpa ilmu . Maka hendaklah dijauhi amalan mereka , dibolehkan bergaul dengan tidak mengikut amalan mereka , dan sesiapa yang menolong mereka dengan memberi nasihat dan menolong menguatkan pemerintah mereka adalah orang yang rosak .
Keterangan Hadis secara terperinci
Hadis ini mereangkan kepada kita , bahawa selepas wafat baginda Rasulullah SAW akan terdapat pegawai/pemimpin yang memerintah rakyat dengan dua keadaan :
(a)Berkcakap tanpa ilmu
(b)Beramal tanpa ilmu
Keterangan mengenai bercakap tanpa ilmu
Ilmu merupakan cahaya yang menerangi kehidupan manusia di dunia .Orang yang bercakap tanpa ilmu adalah orang bercakap mengikut apa yang terlintas di hatinya dan lebih banyak salah dari betulnya , dan boleh menyesatkan orang lain .Kerana mereka yang bercakap dengan ilmu adalah lebih betul dan boleh mejadi pedoman , kerana dengan ilmu akan menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa .Rasulullah SAW melarang bercakap tanpa ilmu , kebiasaan percakapan tanpa ilmu itu datangnya dari runtunan hawa nafsu , ia akan membuat fatwa dan membuat hukum yang bertentangan dengan kehendak Islam dan syariat Allah SWT .Akibatnya , mereka termasuk dalam golongan orang –prang sesat dan turut menyesatkan orang lain
Keterangan mengenai beramal tanpa ilmu .
Para Pegawai/pemimpin yang jahil akan beramal dengan perkara – perkara yang salah , mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan dunia semata –mata .segala yang diamalkan ntuk mencapai matlamat dunia yang semantara Kemungkinan besar mereka beramal dengan yang haram yang dianggap sebagai halal, rakyat akan menjadi keliru dan bertambah sesat.
Oleh hal yang demikian ilmu adalah amat penting kepada pemimpin untuk ia bercakap dan beramal , sebab itu para ulamak hendaklah diberi peluang di dalam mengurus dan memimpin sesutu jemaah , kerana mereka akan bercakap dan beramal dengan betul , selari dengan ilmu pengetahun yang mereka miliki iitu dan sebagai pengganti /perwaris para nabi sabda Rasulullah SAW :
اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ
“Ulama adalah pewaris para nabi “ (Hadis riwayat at-Tirmizi )
Jangan menjadi penyokong mereka dengan memberi nasihat dan menolong menguatkan pemerintahan mereka , kerana akan dikira sebagai orang binasa dan membinasakan orang lain .
Jika terdapat pegawai / pemimpin yang bersikap apa yang dinyatakan di atas , maka perlulah mengambil langkah –langkah berikut :
(i)Jangan ikut amalan mereka .
.Dibolehkan bergaul dengan pemimpin / pegawai yang bercakap dan beramal tanpa ilmu dengan bersahabat baik dengan mereka , tetapi tidak dibenarkan mengikut amlan mereka , kerana orang yang melakukan amalan tanpa ilmu
adalah golongan yang binasa dan membinasakan orang lain , termasuklah penyokong – penyokongnya , orang yang beramal tanpa ilmu sangat rugi kerana amalannya tidak betul , bahkan akan membawa kepada kehancuran .Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ اِنْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ وَلَكِنَّ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بَقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اِتَّخَذَ النَّاسُ رُئُوْسًاجُهَّالاً فَسْئَلُوْا فَافْتَوْا بَغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا . (رواه الترميذي ) .
“Dari Abdullah bin Amru bin Ash katanya :”Saya dengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan ) ilmu pengetahuan dengan cara mencabut dari dada manusia ,tetapi Allah menghapuskan dengan cara mematikan ulama – ulama hingga tidak ada lagi orang yang alim (bijak pandai).Ketika itu manusia memilih pemimpin – pemimpin mereka di kalangan orang jahil (tanpa ilmu pengetahuan) , maka apabila ditanya (diminta memberi petua) maka pemimpin – pemimpin itu akan memberi petua dengan tidak ada ilmu pengetahuan, maka ia sesat dan menyesatkan . (Hadis Riwayat :Tirmizi ) .
Daripada hadis inilah puncanya nabi mengatakan pada zaman selepas baginda akan di pemerintahkan oleh golongan yang bercakap dan beramal tanpa ilmu , kerana pada akhir zaman manusia akan kehilangan ramai ahli bijak pandai, kerana mereka telah mati, maka tinggallah golongan yang jahil yang memimpin umat .
(ii) Saksikan kepada orang yang berbuat baik dan jahat .
Orang yang melakukan kebaikan hendaklah disokong dan galakkan mereka melakukanya dan orang yang melakukan kejahatan hendaklah ditegah dan jauhkan dari bersekongkol dengan mereka .
Pengajaran Hadis .
1.Dilarang mentaati pegawai/pemimpin yang bercakap dan beramal tanpa ilmu .
2.Dilarang mengikut kehendak dan kemahuan pegawai/pemimpin yang bercakap dan beramal tanpa ilmu , dibolehkan bergaul sahaja dengan mereka .
3.Banyak berlaku kerosakkan akibat dari tindakan pegawai/pemimpin yang bercakap dan beramal tanpa ilmu .
No comments:
Post a Comment