SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, February 14, 2012

TUNTUTAN BERJAMAAH

Menubuhkan Jamaah merupakan tuntutan syarie.Firman Allah ,ayat 104 Surah Ali Imran :
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَي الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ .
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Jamaah itu jelas fungsinya iaitu menyeru manusia (kerja dakwah) kepada al-khair (Islam) dan diteruskan kepada usaha – usaha mendapatkan kekuasaan mentadbir.
Pentadbiran yang dimaksudkan itu ialah kerja mentadbir dan memerintah negara mengikut hukum2 Allah.
Kekuasaan yang diperolehi mestilah di manfaatkan untuk menyempurnakan martabat kemuliaan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah (dengan kekuasaan) kemungkaran.
Perkara – perkara pokok (asas) menjadi pegangan kepada ahli jamaah ialah :
1.Kerja dan usaha menwujudkan sebuah jamaah yang kompak, kukuh ,lengkap dan adalah suatu ibadah (ketaatan) kepada Allah.Melalui firman Allah surah as-Saff ayat 4:
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِي سَبِيْلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوْصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Hal ini menunjukkan bahawa usaha menwujudkan sebuah jamaah yang tersusun rapi adalah jalan untuk mendapat cinta Allah.Allah benci kepada jamaah yang kucar kacir dan yang lemah .
Hal ini menunjukkan bahawa usaha menwujudkan sebuah jamaah yang tersusun rapi adalah jalan untuk mendapat cinta Allah.Allah benci kepada jamaah yang kucar kacir dan yang lemah .
2.Gerakan Islam berhadapan dengan gerakan penyesat jahiliyah . Jahiliyah yang kita hadapi kini adalah jahiliyah moden yang canggih.Parti Islam SeMalaysia (PAS) sewajarnya ke hadapan dalam menghadapi mereka.
Hujah ini adalah suatu kewajipan betapa perlunya Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi menghadapi cabaran dan ancaman berterusan daripada musuh – musuhnya
3.Saidina Ali r.a dalam atharnya pernah menyatakan :
اَلْحَقُّ بِغَيْر نِظَامٍ يَغْلِبُهُ البَاطِلُ بِنَظَامٍ
“Kebenaran tanpa penyusunan (organisasi dan perancangan) dapat dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan “.”
Cita – cita mencapai kemenangan tidak secara mutlak bergantung kepada kebenaran yang diperjuangkan.
Usaha melengkapkan syarat untuk mencapai kemenangan mestilah diberi keutamaan.Ini sunnatullah .
Sunnatullah biasanya berlaku di atas program yang kita rancangkan.
4.Para pejuang kebatilan sanggup memberikan sebarang pengorbanan (moral/material ) hatta mengadaikan nyawa bagi memenangkan perjuangan mereka.
Kita yakin bahawa perjuangan mereka adalah bathil dan perjuangan kita adalah haq.
Keyakinan sedemikian sewajibnya diterjemahkan dalam bentuk usaha dan kerja bersungguh – sungguh bagi mewujudkan sebuah organisasi yang tersusun rapi.
Keyakinan tanpa dibuktikan dengan amalan adalah sia – sia
5.Sentiasalah ingat bahawa kekalahan kita adalah kerana mengabaikan aspek – aspek teknikal kemenangan kerana merasakan bahawa imej Islam sudah cukup untuk mencapai matalamat.
Dan memandang remeh dan mudah kepada sebab – sebab dan faktor- faktor yang boleh membawa kepada kemenangan .
6.Organisasi yang berwibawa ialah organisasi yang diperlengkap dengan semua sumber kekuatan semaksimum mungkin bertujuan menghadapi musuh –musuh yang sentiasa melenyapkan Islam,umat dan gerakannya .
Firman Allah surah Al –Anfal ayat 60:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” 7. Memperkuatkan organisasi parti dengan mengikut sunnah Rasul adalah perkara utama, menandakan kita kasih kepada rasul, bukannya dengan cara kita mendendangkan kata – kata pujian terhadapnya .
8.Adalah suatu perkara yang sungguh malang jika ahli PAS mengambil sikap menunggu – nunggu datangnya isu –isu ajaib atau kedatangan pahlawan keramat untuk memenangkan Islam dan perjuangannya .
Sedangkan mereka (ahli) sendiri tidak bekerja keras ke arah mewujudkan sebuah organisasi yang layak dianugerahkan Allah SWT dengan kemenangan .
9. Cubaan dan ujian paling berat dan paling berbahaya ialah keculasan, kemalasan an menganggap tidak perlu wujud sebuah organisasi yang berkesan , mantap, teguh dan kukuh untuk perjuangan yang berat ini. ( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

No comments:

Post a Comment