Orang yang mempunyai kuasa memilih atau melantik pemimpin mempunyai tanggungjawab dan ianya tidak terlepas dari tanggungjawab itu,Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa panduan di antaranya ialah :
Sabda Rasulullah SAW :
عن إبن عباس رضي الله عنه قال : قال رسول الله (ص) " مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلاً عَلي عَصَابَةٍ وَفِيْهِمْ مَنْ هُوَ أَرْضَي اللهُ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَالْمُؤْمِنُوْنَ.
) ( اخرجه الحاكم والسيوطي
Maksudnya :Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas suatu kumpulan , sedangkan ada dalam kalangan mereka orang lain yang lebih diredhai Allah maka dia sudah mengkhiyanati Allah , RasulNya dan Orang ramai .
Sabda Rasulullah SAW ini amat tegas menerangkan bahawa mestilah dilantik atau dipilih orang yang paling diredhai Allah mengikut ukuran agama,bukan yang disukai oleh orang ramai dan sebagainya.Orang yang tidak menurut cara ini maka ia adalah khianat kepada Allah,RasulNya dan seluruh orang mukmin.
2.Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ قَلَّدَ رَجُلاً عَمَلاً عَلَي جَمَاعَةٍ وَفِيْ تِلْكَ الْجَمَاعَةِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ , فَقَدْ خَانَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَجَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ . (رواه الحاكم )
Maksudnya :Sesiapa melantik seseorang lelaki ke dalam sesuatu jawatan dalam jamaah , sedangkan ada dalam jamaah itu orang yang lebih baik daripadanya, maka ia sudah khianat kepada Allah , RasulNya dan jamaah orang Islam.
3.Sabda Rasulullah SAW :
إِذَا ضُيِعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ , قِيْلَ : وَمَا تَضْيِعُ الأَمَانةَ ؟ قَالَ :إِِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ لِغَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ .
Apabila dipersia –siakan amanah maka tunggulah berlakunya kemusnahan,ditanya macam mana mempersiakan amanah? Nabi bersabda apabila diserahkan urusan (kepimpinan) kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kemusnahannya.
Sifat,ciri dan akhlak yang sepatutnya ada pada pimpinan di semua peringkat
1.Ikhlas kepada Allah dan benar –benar mahu keredhaanNya dalam semua gerak gerinya kerana tanpa ikhlas, maka seseorang itu tidak mendapat apa – apa balasan daripada Allah di akhirat nanti, dan hendaklah bersih daripada sifat riak,ujub,mahukan kedudukan pangkat dan sanjungan.
2.Fikiran yang cergas , bijaksana, pengalaman dan pengetahuan yang luas, cepat memahami masalah , tidak pelupa,tidak terbuntu fikiran waktu marah dan gawat .
3.Tenang,tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.
4.Lemah lembut,terlalu banyak ayat – ayat dan hadis – hadis Rasulullah SAW yang memuji sifat itu di antaranya :
إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرَفْقَ وَيَعْطِي عَلَي الرَفْقَ مَالاَ يَعْطِي عَلَي العَنْفِ,وَمَا لاَ يَعْطِي عَلَي مَا سِوَاهُ
Maksudnya : Bahawasanya Allah itu lemah lembut, sukakan kepada lemah lembut dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekasaran dan melalui apa jua selain daripadanya .
5.Berani dan bermaruah serta tidak penakut dan gopoh gapah.
6.Bercakap benar dalam semua keadaan. Seorang pemimpin itu hendaklah cermat menerima dan menyampaikan berita yang dia terima.Rasulullah SAW memberi ingatan dengan sabdanya :
كَفَي بِالْمَرْءِ كَذَبٌ أَنْ يَحْدِثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ .
Cukuplah seseorang itu berbohong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar .
7.Sifat tawadduk dan merendah diri terhadap orang mukmin.
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنِ
Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut- pengikut kamu dan kepada orang – orang yang beriman .(Asy-Syu’araa:215).
8.Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah
وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِ وَاللهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ .
Dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik.
9.Tunai janji .Merupakan sifat yang sangat perlu ada pada ahli jamaah dan lebih –lebih lagi pemimpin.Tidak menepat janji adalah tanda orang munafik .
10.Sabar .
Pemimpin mestilah bersifat sabar.Orang yang tidak sabar tidak seharusnya menerima apa – apa jawatan dalam jamaah (PAS).
Firman Allah SWT ayat 200 Surah Ali Imran :
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوْا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا وَاتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ .
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
11.Murah hati
12.Bersih diri daripada kepentingan peribadi.
13.Warak dan Zuhud
14.Bersifat adil dan insaf
15.Menjaga batas – batas agama
16.Menjaga perpaduan jamaah
17.Tegas dan bertawakkal kepada Allah
18.Bersedahana dan berpatutan dalam urusan.
19.Tetap di atas kebenaran
20.Menjauhkan diri daripada berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.
21.Berwaspada .Sifat boleh menyelamatkan seorang pemimpin .
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
14 hours ago
No comments:
Post a Comment