SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, May 15, 2010

HARI GURU.
Pendidikan adalah suatu tuntutan di dalam Islam yang berterusan sepanjang hayat .Ia adalah suatu keperluan hidup yang semestinya dinikmati oleh semua manusia.Sabda Rasulullah SAW :
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ (رواه ابن ماجه )
“Menuntut ilmu itu fardhu (wajib) atas setiap muslim .” (Hadis riwayat Ibn Majah ) .
Dan sabda Rasulullah SAW :
طَلَبُ الْعِلْمِ مِنَ الْمَهْدِ الى الْلَحْدِ .
“Menuntut ilmu itu daripada ayunan buaian hingga ke liang lahad .”
Pendidikan adalah pelaburan yang bernilai bagi sebuah negara .Ia akan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia dan bertanggungjawab .Dengan ilmu manusia berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan juga memberi umbangan terhadap keharmunian dan kemakmuran masyarakat .
Setiap tahun pada tarikh 16Mei perayaan “Hari Guru “ disambut diseluruh negara .Sambutan hari ini dengan tema “ Guru Pembina negara bangsa”.Sambutan ini adalah merupakan suatu pemgiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh negara kepada kaum guru kerana peranan mereka sebagai orang yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu , mengasuh dan mendidik anak – anak bangsa dengan penuh kasih sayang serta membentuk adab – adab dan akhlak yang mulia.
Islam juga memberikan penghormatan yang tinggi kepada guru (orang yang berilmu pengetahuan ).Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang hubungannya dengan Allah .Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 28 yang bermaksud :
“sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”
Sabda Rasulullah SAW :
اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ الاَنْبِيَاءِ
“Para ulama ialah pewarisnya para nabi “
Kedua – dua nas ini jelas membuktikan bahawa Islam memberikan penghormatan kepada ulamak (Guru) yang mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah dan mewarisi peranan dan tanggungjawab para nabi .Jesteru itu , dengan ilmu sahaja kita dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah serta dapat membezakan sesuatu yang hak dan yang batil .
Para guru seharusnya sedar bahawa tugas menyampaikan ilmu adalah amanah Allah dan bukan merupkan suatu tugas yang ringan sebaliknya suatu tugas yang besar bagi membina perkembangan manusia .sebab itu mereka perlu berhati –hati dalam menjalankan tugas agar sentiasa mendapat keridhaan Allah Sabda rasulullah SAW :
مَنْ سَنَّ فِى الْاِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمَلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئُ وَ مَنْ سَنَّ فِى الْاِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عًلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمَلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئٌ .
“Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam maka diamalkan orang , dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya , dan sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam maka diamalkan orang , dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya ,” (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini jelas kepada kita bahawa tanggungjawa guru amat besar khususnya terhadap ilmu yang disampaikan dan kesannya terhadap orang lain pada hari Kiamat.kalau ilmu yang diberikan membawa kesan buruk maka keburukan juga akan ditanggungnya kerana dengan ilmu itu juga boleh menyesatkan orang lain dan begitu juga jika ilmu yang disampaikan membawa kesan kebaikan maka kebajikanlah yang akan diterimanya kerana dengan ilmunya ia membawa manusia kepada hidayah .
Peranan dan sumbangan kaum guru kearah melahirkan jenarasi yang disebutkan tadi tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya kerjasama dan permufakatan dari semua pihak khususnya ibubapa sendiri .setiap individu mestilah mempunyai pandangan , hala tuju dan tindakan yang sama bagi mengukukuhkan usaha pendidikan khususnya di sekolah dengan memberikan keutamaan kepada pengukukuhan akidah , pembinaan syakhsiah pelajar dan disiplin diri disamping motovasi atau dorongan utntuk memburu kecemerlangan .Pemufakatan dan kerja sepasukkan ini menepat Firman Allag dalam Surah as-saf ayat 4 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Oleh itu dalam usaha mendidik anak – anak , ibubapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya kepada guru soal pendidikan anak – anak mereka sebaliknya ibubapa hendaklah memberikan kerjasama dalam apa sahaja bentuk pendidikan anak –anak .Guru – guru juga hendaklah dihormati bukannya dihina atau dicemuh hanya kerana sedikit kesilapan sebagai contohnya terdapat segelintir ibubapa yang sanggup mendedahkan kesilapan yang dilakukan oleh guru di akhbar atau media malahan ada yang sanggup menyaman guru , sedangakan niat guru tersebut ikhlas untuk mendidik anak- anak mereka .Kalau diimbas kembali sikap ibubapa dahulu yang menghantar anak – anak kepada guru – guru untuk di didik dengan berkata “Aku serahkan anak ini untuk dididik dan buatlah apa sahaja asalkan jangan sampai buta dan patah”.Ini membuktikan keikhlasan ibubapa dahulu memberikan kerjasama penuh dan kepercayaan serta penghormatan kepada kaum guru dalam pendidikan anak –anak .
Guru merupakan antara gulungan terpenting dalam menentukan maju mundur sesebuah tamaddun kerana mereka menyumbangkan yang bernilai terhadap perkembangan akal dan syakhsiah pelajar .Kiranya pada hari ini kita telah merasakan telah berjaya dan bahagia maka itu adalah hasil sumbangan yang diterima dari seseorang guru .Jesteru itu, sekirannya kita mengimbas kembali bagaimana ibubapa dahulu mendidik anak – anak mereka menghormati dan menyayangi guru mereka .Anak murid atau pelajar sanggup berkorban dan berbakti bagi membantu guru dengan mencari kayu api , menceduk air telaga dan lain – lain keperluan sebagai tanda penghargaan kepada guru .Saidina Ali Karramallah wajhahu berkata :”Antara hak orang yang berilmu (guru) atas dirimu ialah :Hendaklah engkau mengucapkan salam kepada semua yang hadir dalam majlisnya , memberi salam hormat secara khusus kepadanya , duduk di hadapannya , tidak menunjukkan jari ke arahnya , tidak memandang secara tajam kepadanya , tidak terlalu banyak mengajukan pertanyaan , tidak membantunya dalam memberi jawapan , tidak memaksanya sekiranya dia letih , tidak mendebatnya jika tidak bersetuju dengannya tidak membocorkan rahsianya , tidak mengumpatnya di hadapan orang lain , tidak mencari –cari kesalahannya , jika ia salah beritahunya bukan di hadapan orang ramai .”
Seterusnya marilah kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh para guru telah kembali kerahmatullah dan meletakkan mereka bersama para anbiya’ syuhada’ dan para solehin selaras dengan kedudukan kaum yang mulia bertepatan dengan Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. (Al –Mujaadilah : 11) .
“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU”

No comments:

Post a Comment