4.Sebab – sebab pewarisan harta pusaka dan halangan
(i) Sebab –seba mendapat harta pusaka :
(a)Dengan sebab kerabat (keturunan)
Kerabat atau keturunan hakiki itu iakah setiap yang mempunyai pertalian darah dengan sebab kelahiran , sama ada menerima pusaka secara fardhu sahaja seperti ibu atau fardhu serta asabah seperti bapa atau asabah sahaja speri anak lelaki .
Mereka itu ialah :
1.Furuk mayat : anank dan cucu si matai samada lelaki atau perempuan
2.Usul maya “Bapa ibu dan datuk dan nenek .
3.Saudara lelaki dan perempuan
4.bapa saudara dan sepupu lelaki .
(b)Dengan sebab perkahwinan :
Melalu perkahwinan yang sah , sama ada isteru didukhul atau tidak , maka suami atau isteri berhak mendapat pusaka kalau salah satu daripada keduanya meningggal dunia .Firman Allah SWT yang bermaksud :
dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. (An Nisak : 12)
Bekas isteri berhak mendapat pusaka , jika ia masih di dalam iddah , dengan syarat talak itu talak rajie , jika talak bain maka ia tidak mendapat pusaka .
(c)Dengan sebab walak atau pemerdekaan :
Penghulu yang membebaskan hamba , maka ia beerhak mendapat pusaka dari bekas hamba yang dibebaskannya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Pemerdekaan itu satu kerabat sama seperti keabat melalui nasab (keturunan) tidak boleh dijual beli dan didak boleh dihibahkan (kepada orang lain) .(Hadis Riwayat Al-Hakam).
(d)Baitul mal boleh menerima pusaka dengan jalan asabah , sama baki setelah dibahagikan kepada ahli waris atau mendapat kesemua harta peninggalan si mati kerana si mati tidak ada mempunyai waris .
(ii) Sebab yang menghalang untuk mendapat pusaka .
a.Sebab perhambaan
Perhambaan adalah salah satu sebab menghalang dari mendapat pusaka sama ada perhambaan itu sempuran atau tidak .Kerana hamba menghalang untuk memiliki harta .
b.Sebab pembunuhan
Para fukahak bersepakat mengatakan bahawa pembunuhan menjadi penghalang untuk mendapat pusaka mangsa bunuhannya .Sabda Rasulullah SAW :
لَيْسَ لِلْقَاتِلِ مِنَ الْمِيْرَاثِ شَيْئٌ
Tiada untuk pembunuh itu sedikit pun dari harta pusaka (mngsa yang dibunuh itu) (Hadis riwayat :Annisae dan ad darulqatni .)
c.Berlainan agama .
Berlainan Agama antara si mati dan waris maka menjadi penghalang untuk mendapat pusaka Sabda Rasulullah SAW :
لاَيَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ وَلاَ يَرِثُ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ .
Orang muslim tidak boleh menerima pusaka orang kafir dan (begitu juga) orang kafir tidak boleh menerima pusaka orang muslim .(Muttafaq aliah ) .
Untuk mendapat pusaka di syaratkan perkara – perkara berikut :
1.Yakin mati orang meninggalkan harta,
2.yakin hidup waris selepas kematian orang yang meninggalkan harta.
3.Mengetahui hubungan waris dengan si mati
4.Mengetahui pihak yang boleh menyelesaikan harta pusaka
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment