SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, April 21, 2010

ADAB DENGAN IBUBAPA

ANAK MERUPAKAN HARAPAN BAGI IBU BAPA , KERANA ITU JADILAH ANAK YANG SOLEH.ADA BEBERAPA NILAI DAN HARAPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAKNYA :
1.ANAK SEBAGAI PEMBERI SENTUHAN CINTA KASIH
2. ANAK SEBAGAI PENOLONG ORANG TUA
3. ANAK SEBAGAI INSURAN HARI TUA
4. ANAK SEBAGAI PELANJUT KETURUNAN
5. ANAK SEBAGAI TEMAN
6. ANAK SEBAGAI SUMBER REZEKI .

JADILAH ANAK YANG BERTAQWA , CEMERLANG , BERILMU DAN BERHEMAH TINGGI .’
“SESUNGGUHNYA SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU “
ADAB MENGHORMATI IBU BAPA
1.Selalu mengucapkan doa kepada ibubapa , baik ketika ia masih hidup mahupun setelah meninggal dunia,
2.Taat kepada ibubapa dalam semua perkara , kecuali yang menderhakai ibubapa kepada Allah dan Rasul,
3.Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dab sopan santun
4.Berdiri dan menyambut ibubapa kertika masuk rumah
5.Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang
6.Selalu memohon maaf kepadanya atas segala kesalahan kita
7.Sentiasa menjaga kehormatannya dan harta keduanya
8.berbincang dengan keduanya dalam apa perkara sekalipun
9.Memuliakan keduanya
10.Memberikan apa yang diminta oleh ibubapa , apa lagi setelah mereka tua
11.Melalukan kerja – kerja yang menyenangkan hati mereka
12.Tidak meninggikan suara sama ada di belakang atau di hadapan mereka .
13.Tidak mengucapakan kata – kata kasar kepada ibubapa seperti “AH” CIS dan sebagainya,
14.Tidak memotong perbualan mereka
15.Tidak keluar daripada rumah , kecuali dengan izin keduanya
16.Tidak tertawa terdekah –dekah di hadapan mereka
17.Tidak menghina keduanya , jika mereka terlanjur melakukan kesalahan
18.Duduk dengan sopan di hadapan mereka
19.Menjawab panggilan ibiu bapa dengan segera
20.Ikut serta bersama – sama mereka dalam mengerjakan solat berjemaah

No comments:

Post a Comment