SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, April 7, 2012

taubat 9


TAUBAT 9.
ORANG JAHAT MEMBURUKU .
Engkau berkata ,”Aku hendak bertaubat, tetapi rakan-rakan yang jahat sentiasa memburuku pada setiap masa dan tempat, tidak ada peluang langsung untuk aku bertaubat ,sehingga aku berasa lemah ,apakah perlu aku lakukan ? .”
Bagi menjawab soalan anda itu ,hendaklah anda bersabar , sudah menjadi sunnah Allah bahawa orang berhati ikhlas dicuba dengan beberapa dugaan , untuk mengetahui siapa yang bersifat benar dan yang berdosa , dan untuk membezakan di antara yang baik dengan yang keji
Di masa engkau melangkah ke arah kebaikan ,tetapkan pendirianmu ,ingatlah bahawa syaitan , jin dan manusia diperintahkan untuk menyesatkan anda , dan mengajak anda melakukan maksiat , Allah Taala berfirman di dalam suraA An Nas ayat 1-6 yang bermaksud:

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Manakah yang kamu pentingkan taat kepada Allah atau mengikut pujukan syaitan ke arah maksiat ?
Ketahuilah wahai orang-orang bertaubat !
Rakan-rakan anda sentiasa memburu anda pada setiap tempat dan berusaha untuk mengembalikan anda kepada melakukan maksiat semula dengan apa cara sekalipun, maka tetapkan hati kamu, Firman Allah Taala Surah Ibrahim ayat 27 :
يُثَبِّتُ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَّاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْأَخِرَةِ وَيُضِلُّ اللهُ الظَّالِمِيْنَ وَيَفْعَلُ اللهُ مَا يَشَاءُ .
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Mereka itu berusaha untuk mengingatkan kembali kelazatan melakukan mksiat antaranya dengan cara pujukan,gambaran,dan surat , maka jangan anda taati akan ajakan mereka itu , dan cuba ingatan akan kisah Kaab bin Malik seorang sahabat yang mulia yang melanggar perintah Rasulullah dengan tidak turut serta di dalam peperangan Tabuk , yang mana setelah dipinggirkan oleh Rasulullah , datang surat dari Raja Ghasan memujuk dia supaya pergi ke Ghasan dan hidup bersama dengan keadaamn kafir.

Tetapi Kaab bin Malik tetap imannya dengan marah surat itu ia bakar.Oleh hal yang demikian berpegang teguh dengan diri sendiri maka segala pujukan dan bisikan yang datang dari orang-orang jahat kamu bakar sehingga menjadi abu , dan ingatlah api neraka adalah amat panas “ Bersabarlah ,kerana janji Allah itu, benar, Allah tidak menyalahi janjiNya.”

No comments:

Post a Comment