SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, April 24, 2012

Menginfakan harta benda ke jalan Allah

Ganjaran orang menginfakkan harta bendanya,
Firman Allah Taala dalam surah al-baqarah ayat 261 yang bermaksud
‘Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
Pengertian secara mental bagi ayat ini berakhir dengan satu metametik yang menggandakan sebutir benih dengan 700 butir,tetapi (pengertian yang disampaikan oleh )padndangan fazikal yang hidup yang ditayangkan oleh ayat ini adalah lebih luas dan lebih indah dari pengertian ini lagi. Ia lebih membangkitkan perasaan dan lebih memberi kesan kepada hati nurani.Itulah pandangan hidup yang subur,pandagan alam yang hidup,pandang tanaman yang memberi hasil.Kemudian itulah pandangan yang menarika di alam tumbuh – tumbuhan,iaitu pemandangan sebatang pokok gandum membawa tujuh tangkai buah dan pemandangan setangkai gandum mengandungi 100 biji buah.
Dalam angkatan hidup tanaman yang subur dan memberi hasil itu al-Quran mengajak hati nurani manusia berkurban dan memberi,kerana pada hakikatnya dia tidak memberi,tetapi mengambil dan dia tidak kurang tetapi bertambah.Kemudian gelombang pemberian dan kesuburan meneruskan perjalanannya dan menambahkan lagi perasaan ingin memberi yang diransangkan oleh pemandangan tanaman yang banyak memberi hasil itu.Sesungguhnya Allah memberi ganjaran berlipat ganda kepada sesiapa yang dikehendakiNya,iaitu ganjaran yang berlipat ganda yang tidak terhingga dan terkira.Allah melipatgandakan rezekinya yang tiada sesiapa pun mengetahui batasnya dan melipatgandakan rahmatNya yang tiada siapa mengetahi sempadannya.
Maha luas yakni limpah kurniaNya tidak pernah picik,tidak pernah tertahan dan tidak pernah kering.Maha mengetahui yakni mengetahui segala niat yang ikhlas dan memneri pahala kepadanya dan tiada sesuatu pun terluput daripada ilmuNya.
Tetapi mana satu infak yang sentiasa bertambah subur itu ? mana satu pemberian yang diberi Allah ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat kepada siapa yang dikehendakiNya itu ?
Itulah infak yang mengangkat dan tidak mencemarkan perasaan kemanusiaan,iaitu infak yang tiidak menjatuhkan kehormatan dan tidak mengguriskan perasaan, iaitu infak yang terbit dari hati yang murah dan bersih , infak yang ditujukan kepada Allah semata –mata kerana mencari keridaanN



No comments:

Post a Comment