SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, April 9, 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



(KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9HB.ZULHIJJAH TAHUN KE -10 HIJRAH)
Wahai Manusia !
Dengarlah baik – baik apa yang hendak aku katakana ini.Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah teliti kata-kataku ini/Dan sampaikan kepada orang – orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Islam itu amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak . Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riab .Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspada terhadap syaitan, demi untuk keselamatan agama kamu .Dialah telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara – perkara yang besar,maka berjaga –jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara – perkara yang kecil .
Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri – isterimu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu .Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu,maka mereka mempunyai hak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanlah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka , kerana mereka adalah teman dan pembatu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah,mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia!
Dengarlah bersungguh –sungguh kata-kataku ini.Sembahlah Allah .Dirikan solat lima waktu sehari semalam.Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaanmu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu .Ketahuilah bahawa setiap orang Islam adalah saudara kepada orang islam yang lainnya .Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.Ingatlah ! kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan .Oleh itu awasilah Agar jangan sekali – kali kamu terkeluar dari ladasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia!
Tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru .Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata – kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada ,Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua pekara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua –duanya,nescaya kamu tidak akan selama –lamanya . Itulah al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang yang mendengar ucapku ini menyampainya pula kepada orang lain.Semoga orang yang terakhir lebih memahai kata – kataku dari mereka yang terus mendengar dariku .Saksikanlah ya Allah bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba –hamba-Mu.

No comments:

Post a Comment