SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, April 13, 2012

Kasih ibu Nabi Musa .

buang bayi adalah satu tindakkan zalim dan tiada perikemanusiaan.
setiap ibu hendaklah mengasihi anaknya seperti ibu nabi Musa mengasihinya .

Firman Allah SWT ayat 7- 14 surah al-Qasas yang bermaksud :
7. dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika Engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah Dia di Dalam peti dan) lepaskanlah Dia ke laut; dan janganlah Engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadaMu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami.
8. setelah itu Dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya Dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan Yang bersalah.
9. dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; Mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan Dia anak". padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
10. dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; Sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal Anaknya itu Dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang Yang percaya (akan janji Allah).
11. dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". (maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.
12. dan Kami jadikan Dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan Yang hendak menyusukannya; (Melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, Aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah Rumah Yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?"
13. maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan Dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui Bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).
14. dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya Yang cukup kekuatanNya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.
NABI MUSA A.S DILAHIRKAN SETELAH LEBIH 70,000 BAYI LELAKI LAIN DIBUNUH FIR’AUN DEK KEBIMBANGANNYA YANG AMAT MENEKAN SELEPAS DIA BERMIMPI KERAJAAN DAN KUASANYA BAKAL DIGUGAT OLEH SEORANG BAYI LELAKI.KELAHIRAN NABI MUSA A.S DIRAHSIAKAN OLEH KELUARGANYA DAN BIDAN.TETAPI SAMPAI BILA ?
PUAS IBU MUSA A.S BERFIKIR.BAGAIMANA MENYELAMATKAN ANAKNYA DARIPADA KEKEJAMAN FIR’AUN.KETIKA FIKIRANNYA BUNTU MENCARI JALAN PENYELESAIAN , MAKA ALLAH MEMBERI ILHAM SUPAYA MELETAKKAN MUSA KE DALAM PETI DAN HANYUTKAN DIA KE DALAM SUNGAI NIL ,SEPERTI DICERITAKAN DALAM AYAT 7 SURAH AL-QASAS DI ATAS.
SELANJTNYA DALAM AYAT 8 -9 ALLAH MENYATAKAN BAHAWA NABI MUSA DIAMBIL OLEH PERMAISURI FIR;AUN MENJADI ANAK ANGKAT .
NABI MUSA ENGGAN MENYUSU DENGAN PEREMPUAN LAIN , MAKA IBUNYA SENDIRI YANG MENYUSUKKANNYA YANG DICERITAKAN DALAM AYAT 10 -13 .
SETELAH DIJADIKAN ANAK ANGKAT PERMAISURI FIR’AUN MAKA TINGGALLAH MUSA DI ISTANA FIR’AUN SEHINGGA DEWASA SEPERTI DICERITAKAN DALAM AYAT 14 .
BEGITLAH KASIHNYA SEORANG IBU KEPADA SEORANG ANAK . TETAPI HARI INI RAMAI ORANG TIDAK KASIH KEPADA ANAK SEHINGGA SENGGUP MEMBUANGNYA DI MERATA –RATA .

No comments:

Post a Comment