SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, April 21, 2012

taubat 14

TAUBAT 14. Soalan 11. Saya mencuri harta anak yatim ,lalu saya buat modal berniaga, saya mendapat keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut , sekarang saya menyesal dan ingin bertaubat, bagaimanakah caranya? Jawapan : Masalah ini ulamak berpendapat berbagai pendapat ,yang baik dan adil ialah dengan memulangkan modal asal dan ½ keuntungan itu kepada anak yatim , seolah-olah kamu berkongsi berniaga dengannya. Di riwayatkan oleh Imam Ahmad , dan pendapat Syikh Islam Ibnu Taimiyah dan ditarjihkan oleh muridnya Ibu Qayyum di dalam mudarij 1/ 392 “ kalau anda mencuri unta atau kambing kemudian ia membiak , maka pulangkan induk dan ½ anak-anak yang membiak itu , kiranya induknya mati maka digantikan dengan nilai harga dan ½ anak-anak yang membiak itu .” Soalan 12. Saya berkerja di pejabat pos ,banyak barang –barang yang didaftarkan untuk di hantar kepada penerimanya, saya ambil sebahagian barang – barang yang didaftarkan itu , kemudian saya menyesal dan bertaubat adakah saya perlu pulangkan barang-barang yang didaftarkan itu kepada penerimanya ? atau harganya ? atau yang sama denganya ?diketahui umum bahawa sebahagian barang –barang itu sudah tiada lagi di pasaran . Jawapan : Pulangkan semua barang-barang yang didaftar itu kepada penerimanya , dengan lebih kurang nilainya, inilah jalan yang munasabah, kalaun tidak mampu sedekahkan nilai harga barang itu kepada fakir miskin . Soalan 13. Saya mempunyai harta riba ,kemudian saya belanjakan semua ,tiada tinggal sedikir pun , saya insaf ,menyesal dan bertaubat, apakah yang perlu saya lakukan ? Jawapan : Tidak perlu lakukan apa-apa melainkan bertubat kepada Allah dengan taubat nasuha . Soalan 14. Saya membeli sebuah kereta dengan wang sebahagiannya halal dan sebahagian yang lain adalah yang haram , kereta itu masih ada pada saya, apakah yang perlu saya lakukan ? Jawapan : Sesiapa yang membeli sesuatu yang tidak dapat dipisahkan seperti rumah atau kereta, yang sebahagian daripadanya dibeli dengan wang halal dan sebahagian yang lainnya adalah haram , maka perlulah ia mengeluarkan nilai harga barang tersebut yang haram , untuk membersihkan barang tersebut , kalau barang tersebut adalah dahulunya milik orang lain maka hendaklah dipulangkan kepada tuan yang ampunyanya . Soalan 15. Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang mendapat wang hasil dari jualan rokok yang bercampur dengan hasil jualan barang-barang yang halal ?. Jawapan : Sesiapa yang berniaga barang-barang haram seperti arak,keset lucah, dn rokok , dia tahu barang yang jual itu haram, kemudian ia bertaubat , maka hendaklah ia membelanjakan hasil daripada yang haram itu kepada muslihat umum untuk melepaskan tanggungjawab, tidak boleh disedekahkan, kerana Allah itu baik , ia menerima yang baik-baik sahaja. Apabila bercampur aduk harta yang dimiliki sebahagiannya hasil daripada yang halal dan sebahagiannya haram , contohnya ia menjual rokok dengan sayuran-sayuran , maka hendaklah ia mengeluarkan kadar yang haram dengan sekuat-kuat ijtihadnya.Semoga Allah menerima taubarnya, kerana Allah itu amat besar kurniaNya.ecara umum , kalau seseorang mengusahakan jualan barang-barang sebahagiannya halal dan sebahagian yang lain haram dan ia hendak bertaubat maka terbahagi kepada dua situasi : 1.Jika ia seorang kafir ketika mengusahakannya , maka tidak payah ia mengelurkannya ketika ia bertaubat kerana Nabi saw tidak menyuruh sahabat-sahabat baginda mengeluarkan kadar yang haram ketika mereka memeluk agama Islam.2.Ketika ia mengusahakan ia Islam dan ia tahu haram , maka hendaklah ia mengeluarkan kadar yang haram Soalan 16. Seseorang mengambil rasuah , kemudian ia bertaubat ,apakah yang perlu ia lakukan kepada harta-harta yang dapat hasil rasuah itu ? Jawapan : Kes ini dalam dua keadaan : (i)Adapun rasuah yang diambil dari orang yang kena zalim yang terpaksa membayar rasuah untuk melepaskan sesuatu hukuman ,tidak ada jalan untuk melepaskan kezaliman itu melainkan dengan rasuah , di dalam keadaan ini orang yang makan rasuah itu hendaklah memulangkan harta yang diberi rasuah itu kepada yang memberi rasuah itu , ia seperti dengan harta yang ambil secara rampas. (ii)Jika ia menerima dari perasuah yan zalim ,untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya ,maka harta rasuah yang dierima oleh penerima rasuah itu hendaklah ia sedekahkan kepada fakir miskin . Soalan 17 . Saya mengerjakan pekerjaan – perkerjaan yang diharamkan oleh Islam dan saya menerima ganjarannya dengan upah yang banyak, saya hendak bertaubat , kepada siapa wang hasil upah yang haram saya pulangkan ? . Jawapan : Seseorang yang berkerja dengan perkerjaan haram atau berkhidmat di dalam sektor haram dengan dibayar upah atau gaji dari sumber yang haram seperti berkerja dikilang arak, apabila ia bertaubat kepada Allah di sisinya ada harta hasil yang haram , maka ia terlepas darinya dosa dan tidak perlu ia memulangkan kepada orang mengeluarkan harta yan haram itu . contohnya seorang pelacur dibayar atas khidmat zinanya , maka tidak perlu ia memulangkan kepada lelaki yang berzina denganya . Saya telah terlanjur dengan berzina dengan seorang perempuan , bagaimana saya hendak bertaubat , adakah perlu saya berkahwain denganya untuk menutup malu , dan rakan saya bezina dengan seorang perempuan menyebabkan perempuan itu hamil, adakah anak itu menjadi anaknya dan perlukah ia memberi nafkah kepada anak itu ? Jawapan : Bagi menjawab soalan di atas terbahagi kepada dua keadaan : 1)Seseorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan secara rogol dan paksa , maka perlulah ia membayar mahar mithal sebagai ganti kerosakan ,serta hendaklah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha , maka dikenakan hukum hudud jika sampai kepengetahuan pemerintah atau ganti pemerintah seperti kadhi( mengkiut pendapat dari al mudarij 1/316 ). 2)Jika berzina secara sukarela di antara lelaki dan perempuan , maka tiada apa-apa hukuman dikenakan kepada mereka kecuali bertaubat , tidak dinasab kepada lelaki yang berzina itu,tidak wajib membayar nafkah , kerana anak itu tidak sah taraf dan hendaklah dinasabkan kepada ibunya .Tidak perlu lelaki itu mengahawi perempuan tersebut firman Allah Taala ayat 3 surah an Nur yang bermaksud: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. Tidak harus akad nikah perempuan yang hamil anak haram walaupun nyata yang anak itu dari benihnya ,begitu juga tidak sah mengawini perempuan yang tidak diketahui sama ada hamil atau tidak . Apabila seseorang perempuan itu sudah bertaubat dengan taubat yang sebenarnya dan nyata perempuan itu sudah suci rahimnya , maka ketika itu haruslah ia dikahwini, maka berlakulah hidup baru yang diredhai Allah. Soalah 19. Seorang wanita berkata “Ia berkahwin dengan seorang lelaki yang soleh , sebelum ia berkahwin dengan lelaki itu ia pernah melakukan zina dengan lelaki lain ,hatinya berasa bersalah , perlukah ia memberi tahu kepada suaminya akan perkara-perkara keji yang ia lakukan sebelum berkahwin ? Jawapan : Tidak perlu mana-mana pasangan menceritakan kepada pasangannya kemungkaran-kemungkaran yang mereka lakukan sebelum berkahwin , hendaklah mereka merahsiakan kemungkaran-kemungkaran yang mereka lakukan ,maka Allah menutup keaiban itu, memadai mereka bertaubat. Adapun seseorang yang berkahwin dengan seorang gadis remaja yang masih dara , kemudian didapati gadis itu sudah hilang daranya kerana ia melakukan persetubuan dengan orang lain sebelum ia berkahwin, maka ia berhak meminta semula maskahwin yang berikan kepada gadis itu dan menceraikannya. Jika ia berfikir untuk meneruskan perkahwinan , dan ia menganggap gadis itu sudah bertaubat , dan ia merahsiakannya, maka ia akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah . Soalan 20. Apakah perlu lakukan oleh seorang yang bertaubat dari melakukan liwat Jawapan : Wajib bagi mereka yang melakukan liwat betaubat dengan taubat nasuha ,kerana mereka tidak mengetahui bahwa mereka yang melakukan liwat akan ditimpakan azab sebagaimana yang terkena kepada kaum Nabi Lut : 1.Dihilangkan pengelihatan mereka (buta) Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan Demi sesungguhnya! mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! (Surah al Qamar: ayat 37 ). 2.Mereka mendapat tempikan yang kuat. 3.Negeri mereka diterbalikan 4.Dihujankan dengan hujan batu sijjil, maka binasa semuanya . Dikenakan hukum hudud seperti hukum zina . قال النبي صلي الله عليه وسلم : من وجدتموه بعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول . Ertinya ; Sesiapa yang didapati melakukan perbuatan seperti kaum Nabi Lut maka hendaklah dibunuh kedua-duanya (Pelaku dan kena laku ) . Soalan 21. Aku telah bertaubat kepada Allah , ada memiliki perkakas-perkakas yang haram seperti alat muzik, keset dan pita rakaman lucuh.adakah harus aku jualkan ? Jawapan : Tidak harus menjual barang-barang yang haram , kerana haram menerima harga barang-barang haram , sabda Nabi Muhammad saw : إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه . Ertinya :”Bahawasanya Allah mengharamkan sesuatu barang itu,maka haram juga menerima harganya Dan engkau ketahui mereka yang membeli barang yang haram itu tetap berdosa, dan Allah melarang dari hal demikian ,firman Allah Taala di dalam surah Al Maaidah ayat 2 yang bermaksud: “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan “ Soalan 22. Saya adalah seoarng yang sesat dengan menyibarkan pendapat yang berlawanan dengan agama Islam ,seperti menyokong puak-puak yang menentang Islam,sekarang saya menyesal dan menyertai puak-puak yang menyokong Islam , apakah yang perlu saya lakukan ? Jawapan : Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada kamu, dan banyak-banyaklah memohon ampun kepada Allah, serta bertaubat kepadaNya, anda hendaklah lakukan perkara-perkara berikut : 1.Mengisytiharkan taubatnya kepada orang ramai dan menarik balik ucapan atau tulisannya yang memburuk-burukkan Islam, dan berusaha sedaya upaya menyampaikan kepada orang ramai yang mana yang ia lakukan dahulu adalah tidak betul dan tidak boleh diikuti.firman Allah Taala Surah al Baqarah ayat 160 yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 2.Berdakwah dengan bersungguh-sungguh membela Islam dan mengajak orang ramai menyertai Islam .
mengistiharkan diri keluar dari pihak menentang islam dan masuk jemaah yang hendak menegakkan islam 3.Berkhidmat dengan sepenuh tenaga memerangi musuh-musuh Allah.

No comments:

Post a Comment