SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, May 22, 2010

Kaedah pengiraan harta pusaka .(2)

(ii)Asal masalah :

Didalam kaedah membahagikan harta pusaka , maka hendaklah diketahui aka nasal masalah , barulah untuk mengirnya :

1.Masalah dua :
Seorang mati meninggalkan seorang anak perempuan dan bapa saudara .Cara penyelesaiannya ialah : untuk anak perempuan itu ½ dan bakinya untuk bapa saudara kandung , kerana ia menerima asabah:

Asal masalah
2
Anak prp 1/2 1
Bap saudara (k) asabah 1

2.Masalah 3 :
Seorang mati dia meninggalkan ibu dan bapa saudara (k).Cara penyelesaiannya : ibu dapat 1/3 dan bapa saudara kandung asabah .

Asal masalah
3
Ibu 1/3 1
Bap saudara (k) asabah 2

3.Masalah 4 :
Seorang mati meninggalkan suami dan anak lelaki .Cara penyelesaiannya: Suami mendapat ¼ dan anak lelaki mendapat asabah :

Asal masalah
4
Suami 1/4 1
Anak Lelaki asabah 3


4.Masalah 8 :
Seorang mati meninggalkan isteri dan anak lelaki .Cara penyelesaiannya ialah isteri mendapat 1/8 dan anak lelaki asabah .

Asal masalah
8
Isteri 1/8 1
Anak lelaki asabah 1


5.Masalah 6 :
Seorang mati meninggalkan seorang saudara perempuan seibu dan bapa saudara kandung .cara penyelesaiannya ialah Saudara perempuan seibu mendapat 1/6 , bapa saudara kandung mendapat asabah .

Asal masalah
6
Saudara prp seibu 1/6 1
Bap saudara (k) asabah 5


6.Masalah 12 :
Seorang mati meninggalkan suami , ibu dan anak lelaki . Cara penyelesaiannya ialah suami mendapat ¼ .ibu mendapat 1/6 dan anak lelaki asabah .

Asal masalah
12
Suami 1/4 3
Ibu 1/6 2
Anak lelaki Asabah 7


7.Maslah 24 :
Seorang mati meninggalkan isteri ,ibu dan anak lelaki .cara penyelesaiannya ialah Isteri mendapat 1/8 , ibu mendapat 1/6 dan anak lelaki asabah :

Asal masalah
24
Isteri 1/8 3
Ibu 1/6 4
Anak lelaki Asabah 17

Cara mencari asal masalah

Kadar yang diterima Asal masalah
2 dan asabah 2
2,4 4
3,asabah 3
3 6 6
2,3 6
2,6 6
3,4 12
4,6 12
2,6,8 24
3,8 24

Cari angka kandungan kecil .bagi tiap –tiap kadar yang diterima seperti jadual di atas .

No comments:

Post a Comment