SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, May 10, 2010

HARI IBU

PADA TANGGAL 8 MEI TIAP – TAIP TAHUN MERUPAKAN “HARI IBU”, YANG MANA SATU PENGHORMATAN DIBERI KEPADA IBU YANG BERKORAN UNTUK MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAK-ANAKNYA MENJADI INSAN YANG BERGUNA KEPADA MASYRAKAT DAN NEGARA .
ISLAM ADALAH MEMANDANG TINGGI KEPADA PENGORBANAN IBU, KERANA SUSAH PAYAH DI MASA HAMIL DAN MENYUSU DAN MEMERLIHARA ANAK-ANAKNYA .FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
(Al-Ahqaaf :15)
DAN FIRMAN ALLAH SWT LAGI YANG BERMAKSUD :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Loqman :14)
DARI DUA AYAT DI ATAS IBU MENANGGUNG PENDERITAAN DARI WAKTU HAMIL HINGGA ANAK ITU DEWASA DIBAWAH PENJAGAANNYA MAKA ISLAM MENGUTAMAKAN BERBAKTI KEPADANYA TERLEBIH DAHULU KEPADANYA SEBELUM ORANG LAIN .INI TELAH DINYATAKAN OLEH RASULLAH SAW DI DALAM SABDANYA YANG BERIKUT :
مَنْ اَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صُحْبَتِىْ ؟ أَيْ بِبِرِّيْ وَصِلَّتِيْ : فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُمُّكَ .قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أَبُوْكَ .
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku? Jawab Nabi :Ibumu .Sambung orang itu lagi .kemudian siapa pula ?Jawab Nabi :Ibumu.Ia bertanya lagi : kemudian siapa pula ? Jawab Nabi :Ibumu .Bertanya lagi kemudian siapa ? jawab nabi :Ayahmu .”
OLEH ITU BERBAKTILAH KEPADA IBU , BUKAN MENUNJUKKAN KASIH SAYANG KEPADA MEREKA YANG ADA IBU PADA HARI IBU INI , TETAPIDI SEPANJANG HAYAT IBU , DAN KEPADA YANG IBUNYA SUDAH TIADA DI DUNIA INI PANJATKAN DOA RESTU KEPADANYA DENGAN DOA :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا .
Ya! Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil .”
BERBAKTIKAN KEPADA DUA IBUBAPA KERANA ALLAH MEMERINTAHKAN KEPADA KITA YANG BERGELAR ANAK , FIRMAN Allah SWT YANG BERMAKSUD ;
23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Isra’ :23-24 )
KEPADA MEREKA YANG BERGELAR ANAK MAKA JANGAN SEKALI –KALI MENDERHAKAN KEPADA IBUBAPA (KHASNYA IBU) KERANA DOSANYA AMAT BESAR AKAN DITERIMA .SABDA RASULULLAH SAW :
Sabda Rasulullah SAW :
ثَلاَثٌ لاَ يَنْفَعُ مَعَهُنَّ عَمَلٌ : اَلْإِشْرَاكُ بِاللهِ , وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ , وَالْفِرَارُ يَوْمَ الزَّحْفِ .
Tiga perkara tidak ada guna amalan bersamanya , iaitu : mensyirikkan Allah, menderhaka kepad kedua ibubapa , dan lari dari medan perperangan yang sedang rancak .
SabdaNya lagi :
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ ثَلاَثٌ : اَلْإِشْرَاكُ بِاللهِ , وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ ,وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ
Dosa yang paling besar tiga perkara : mensyirikkan Allah, menderhaka kepad kedua ibubapa dan bersaksi dusta .
AKHIRNYA TERIMALAH SEBUAH PUISI UNTUK IBU :
WAHAI IBU
ENGKAULAH SYURGAKU
ENGKAULAH PELINDUNGKU
TANGANMU LEMBUT MEMBELAI
KATA – KATAMU PENYEJUK HATI
TEMAN DI KALA SUKA
PENAWAR SEGALA DUKA
KAU LILIN YANG MENERANGI
KAU PENYULUH HIDUP KAMI
DISEBALIK KABUS WAJAHMU
KAU TABAH KETIKA DIUJI
SEGALA YANG KAU LAKUKAN
PENUH DENGAN KEJUJURAN
PENUH RASA MAWADDAH
MENJADI QURRATUL AIN
KETIKA MENANTAP AWAJAHMU
AKU GEMBIRA MELIHATMU BAHAGIA
TIADA YANG LEBIH BERHARGA DARI MEMILIKMU
KAU PERMATA YANG AMAT TINGGI NILAINYA.
SEBAGAI IBU KU TAK TERBALAS BUDI MU YANG IKLAS
HANYA DOA RESTU KEPADA RABBUL JALIL
‘YA ! ALLAH TEMPATKAN IBUKU DI JANNATUL NAIM”
BUAT INASAN YANG BERGELAR IBU
DARI IBU OMAR .

No comments:

Post a Comment