SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, May 6, 2010

AL-FARAID 2.

3.Hak –hak bersangkutan harta pusaka

Harta pusaka (barang yang kekal yang ditinggalkan oleh si mati ) mempunyai 4 hak yang perlu diselesaikan :

a.Pengurusan jenazah

Apabila seseorang itu meninggal dunia (mati) mula-mula sekali perkara yang wajib dilakukan ialah menguruskam jenazah , dengan memndi dan mengkafankannya untuk disolatkan serta dikembumikan dengan cara yang baik dan makruf menurut keupayaan susah atau senangnya si mati – Jumhur ulamak berpendapat hendaklah dengan cara serdahana – tidak membazir dan tidak kedekut ,firman Allah SWT yanb bermaksud :

dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (Furqan : 67)

Pengurus jenazah yang dituntut oleh Islam ialah : Setiap perbelanjaan yang diperlukan si mati kepadanya dari mula ia menghembuskan nafas terkahir sehingg sampai dia dikebumikan di dalam kubur iaitu perbelanjaan – pelanjaan upah memandi, mengkafan , membawa jenazah ke kubur , mengali kubur dan menkembumikannya .Dripada Ibn Abas sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda tentang seorang yang terjatuh keinderaannya , tiba-tiba dia mati :Hendaklah kamu memandikannya dengan air dan daun bedara serta kafankanlah dengan dua helai kain .”

b.Membayar hutang
Selepas pengurusan jenazah selesai maka hendaklag dijelaskan segala hutng si mati sekiranya ada ,dan pembayaran hutang hendaklah didahulukan daripada menunaikan wasiat , Saidina Ali كرم الله وجهه mengatakan “Aku lihat Rasulullah SAW memulakandengan ( membayar) hutang sebelum (melaksanakan) waasiat .

c.Melaksanakan wasiat

Selepas membayar hutang maka hendaklah melaksanakan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati , wasiat itu hanya dibenarkan tidak lebih dari 1/3 dari baki harta yang ditinggalkan oleh si matai selepas ditolak pengurusan jenazah dan bayar hutang .Firman Allah SWT yang bermaksud :

sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu (An Nisak : 12 ) .

Tidak harus wasiat lebih dari 1/3 kecuali dipersetujui oleh semua ahli waris .

d.Membahagikan harta pusaka (Hak al-Warithah ) .

Akhir sekali barulah herta pusaka itu dibahagikan kepada mereka yang berhak menerima sebagaimana yang tekah dijelaskan oleh Al-Quran dan As Sunnah menurut sunanan waris yang berhak menerima pusaka .

No comments:

Post a Comment