SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, May 16, 2010

AL-FURUDH AL- MUQADDARAH (الفروض المقدرة)3

4.Hijb (sebab – sebab terhalang daripada mendapat pusaka)

Hijab pada syarak ialah mengahalang waris dari mendapat semua harta peninggalan si mati atau sebahagian daripadanya dengan sebab ada orang lain yang tidak boleh berkongsi pada habuannya .Seperti datuk dihalang oleh bapa .Halangan (hijb) terbahagi kepada dua :

(i)Hijab nuqsan :(Halangan daripada banyak menjadi sedikit)

Iaitu memindahkan habuan yang tinggi kepada habuan yang rendah , kerana ada orang lain seperti suami berpinda dari ½ kepada ¼ disebabkan simati ada anak lelaki , begitu juga ibu dengan sebab anak lelaki berpinda dari 1/3 kepada 1/6.Mereka yang terlibat di dalam hijab nuqsan ini 5 orang :

(a)Suami berpindah dari ½ kepada ¼ dengan sebab ada anak

(b)Isteri berpindah dari 1/4 kepada 1/8 dengan sebab ada anak

(c)Ccuc perempuan dari anak lelaki berpindah dari ½ kepada 1/6 dengan sebab adanya anak perempuan kandung .

(d)Saudara perempuan sebapa berpindah dari ½ kepada 1/6 sekiranya didapati dalam masalah itu saudara perempuan seibu sebapa .

(e)Ibu berpindah dari 1/3 kepada 1/6 dengan sebab adanya anak dan berbilang –bilang saudara .

(ii)Hijab Hurman ( Halangan daripada mendapat pusaka )

Iaitu waris dihalang dari menerima pusaka sama sekali , mereka ialah :

(a)Datuk lelaki dihalang oleh bapa

(b)Nenek perempuan dihalang oleh ibu

(c)Cucu lelaki dari anak lelaki dihalang oleh anak lelaki

(d)cucu perempuan dari anak lelaki dihalang oleh 2 orang anak perempuan

(e)Saudara – saudara perempuan sebaba dihalang oleh dua orang saudara perempuan seibu sebapa.

(f)Saudara lelaki seibu sebapa /sebapa dihalang oleh anak lelaki , cucu lelaki dari anak lelaki dan kebawah dam bapa .

(g)Saudara lelaki dan perempuan seibu dihalang oleh bapa , datuk keatas , anak lelaki , cucu lelaki dari anak lelaki ke bawah , anak perempuan , cucu perempuan dari anak lelaki ke bawah .

Keterangan mengenai hijab secara terperinci hijab hurman:

1.Datuk didinding oleh Bapa
2.Nenek didinding oleh Ibu
3.Cucu lelaki didinding oleh anak lelaki
4.Adik beradik lelaki kandung didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki.
5.Adik beradik perempuan kandung didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki
6.Adik beradik lelaki sebapa didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung .
7.Adik beradik perempuan sebapa didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung
8. Adik beradik lelaki/perempuan seibu didinding oleh Bapa, Datuk Anak lelaki , cucu lelaki,anak perempuan , ccucu perempuan.
9.Anak saudara lelaki kandung didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.
10.Anak saudara lelaki sebapa didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung .
11.Bapa saudara kandung didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung ..anak saudara lelaki sebapa.
12.Bapa saudara sebapa didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung .anak saudara lelaki sebapa , bapa saudara kamdung.
13.Sepupu lelaki kandung didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung . anak saudara lelaki sebapa , bapa saudara kamdung.bapa saudara sebapa.
14.Sepupu lelaki sebapa didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung . anak saudara lelaki sebapa , bapa saudara kamdung.bapa saudara sebapa.sepupu lelaki kandung .

No comments:

Post a Comment