SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, May 8, 2010

AHLI WARIS 1

1.Pengertian ahli waris.

Ahli waris ialah mereka yang berhak menerima habuan dan bahagian dari harta peninggalan simati .

(a)Waris dari pihak lelaki ialah seperti berikut :

1.Anak lelaki
2.Cucu Lelaki dan kebawah .
3.Bapa
4.Datuk hingga ke atas
5.Saudara lelaki seibu sebapa
6.Saudara lelaki sebapa
7.Saudara lelaki seibu
8.Anak saudara lelaki seibu sebapa
9.Anak Saudara lelaki sebapa
10.Bapa Saudara seibu sebapa
11,Bapa Saudara sebapa
12.Sepupu seibu sebapa
13.Sepupu sebapa
14.Suami
15.Penghulu lelaki

Maka apabila berhimpun semua waris lelaki yang tersebut di atas yang berhak menerima pusaka ialah :

1.Anak lelaki

2.Bapa

3.Suami .

(b)Waris dari pihak perempuan ialah seperti berikut :

1.Anak perempuan
2.Cucu perempuan dari anak lelaki dan kebawah
3.Ibu
4.Nenek ke atas
5.Saudara perempuan seibu sebapa
6.Saudara perempuan sabapa
7.Saudara perempuan seibu
8.Isteri
9.Penghulu perempuan yang membebaskan hambanya.

Maka apabila berhimpun semua waris perempuan yang tersebut di atas yang berhak menerima pusaka ialah :

1.Anak perempuan
2.Cucu perempuan dari anak lelaki
3.ibu
4.Saudara perempuan seibu sebapa
5.Isteri .

Dan apabila berhimpun semua waris dari pihak lelaki dan perempuan maka yang berhak menerima pusaka ialah :

1.Anak lelaki
2.Anak perempuan
3.Bapa
4.ibu
5.Salah seorang dari suami / isteri .

No comments:

Post a Comment