SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, May 9, 2010

AHLI WARIS 2

2.Dalil pensyariatan ‘Asabah’ ( عصابة)
1.Firman Allah SWT yang bermaksud:
dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. (An Nisak :11)

Ayat ini menerangkan kepada kita kadar yang diterima oleh ibu bapa ktiak si mati ada anak iaiatu 1/6 .Kemudian kalau simati tidak maempunyai anak ibu dapat 1/3 dan bapa tidak disaebut kadarnya , maka kita fahami bahawa baki 2/ itu diterim oleh bapa sabgai asabah .

2.Firman Allah SAT yang bermaksud:
Iaitu jika seseorang mati Yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, (An Nisak :176).

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa saudara lelaki kandung tdiak mempunyai bahagian yang tertantu dan mewarisi seluruh baki harta , ini menunjukan bahawa saudara lelaki itu mengambil secara asabah .
3.Sabda Rasulullah SAW :
أَلْحَقُوْا الْفَرَئِضَ بِأَهْلِِهََا فَمَا بَقِىَ فَهُوَ لاَوْلَى رُجُلٍ ذَكَرٍ . متفق عليه .
“Berikan (harta pusaka itu ) kepada ahli fardhu (yang dinaskan di dalam al-Quran al-Karim), kemudian mana – mana yang masih berbaki , maka yang lebih utama ialah diberikan kepada lelaki .(Mutafak alaih ) .

Hadis ini memerintahkan kepada kita supaya memberikan pusaka kepada baki harta kepada asabah lelaki .

Takrif asabah :

Setiap mereka yang lelaki yang mewarisi semua harta peninggalan si mati apabila dia seorang diri ataupun dia mewarisi semua harta yang masih baki

Bahagian asabah :
(i) Asabah dengan sendiri (عصبة بالنفس)
Ia itu setiap mereka yang mempusakai semua harta peninggalan si mati apa dia seorang atau mempusakai semua bagi selepas diambil oleh ashabul furud .Kalaulah ashbul furud mengmbil semua harta tanpa baki , maka ia tidak mendapat apa –apa dari harta peninggalan si mati .Mereka itu ialah :

(a)Kumpulan anak : Iai anak lelaki , cucu lelaki dari anak lelaki ke bawah .

(b)Kumpulan bapa iaitu bapa

(c)Datuk dan saudara lelaki seibu sebapa atau saudara lelaki sebapa .

(d)Anak saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa hingga ke bawah .

(e) Kumpulan bapa saudara : iaitu bapa saudara kandung atau bapa saudara sebapa .

(f) Sepupu lelaki kandung atau sepupu lelaki sebapa .

(ii) Asabah dengan sebab orang lain (عصبة بالغير)

Iaitu setiap perempuan baginya menerima habuan fardu yang ditetapkan di dapat bersama lelaki sedarjat (setaraf) dengannya, maka dengan sebab itu dia menerima asabah . bahagian ini tidak akan didapati kecuali mereka – mereka yang menerima habuan ½ ketika seorang atau 2/3 ketika ramai .Mereka ialah :

(a)Seorang anak perempuan atau lebih bersama anak lelaki

(b)Seorang cucu perempuan dari anak lelaki atau lebih bersama cucu lelaki dari anak lelaki

(c)Saudara perempuan kandung bersams saudara lelaki kandung .
(d)Saudara perempuan sebapa bersama denag saudara lelaki sebapa .

(iii) Asabah bersama orang lain ( عصبة مع الغير)

Setiap perempuan menjadi asabah dengan sebab berhimpun bersama perempuan lain iaitu :

(a) Seorang saudara perempuan kandung bersama seorang anak perempuan atau lebih , atau bersama dengan cucu perempuan dari anak lelaki seorang atau lebih.

(b)Saudara perempuan sebapa seorang atau lebih , bersama seorang anak perempuan atau lebih , atau bersama dengan cucu perempuan dari anak lelaki seorang atau lebih.

No comments:

Post a Comment