SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, May 4, 2010

BIDAAH

SUATU hukum dalam usuran agama yang diada-adakan , baik yang berupa akidah atau ibadat yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah saw , juga tidak ada asal daripada syarak dan tidak ada keterangan yang sah bahawa hukum itu daripada Allah atau Rasul.
Bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di dalam neraka .
Sabda Rasulullah SAW :
وَإِيَّاكُمْ وَمُحَدَّثَاتِ الْاُمُوْرِ فَإِنَّ كَلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Dan jauhilah oleh kamu akan perkara – perkara yang baharu diada-adakan , kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu sesat.
Mengada – adakan perkara yang tidak ada di dalam agama adalah suatu perbuatan bahaya .Rosaknya agama – agama Allah sebelum Islam , seperti agama Yahudi dan Nasrani adalah kerana sikap pendita-pendita dan rahibmereka yang mengubah , menambah dan mengurangi hukum asal yang diperintahkan Allah .
Firman Allah ayat 46 surah an-Nisa’ yang bermaksud :
Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu Yang buruk", serta (Mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

No comments:

Post a Comment