SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, May 23, 2010

AUL

Aul = Penambahan .

(1) Masalah 6 boleh diaulkan kepada 7 .8.9 dan 10

Contoh :

(i) 6 diaulkan kepada 7 :

Asal masalah
6
Suami 1/2 3
2 saudara (p) sebapa 2/3 4
Jumlah 7 kepadanya




Maka setelah diaulkan suami dapat 3/7 ,2 saudara seibu sabapa dapat 4/7

(ii) 6 diaulkan kepada 8 :

Asal masalah 6
Suami 1/2 3

2 saudara (p) sebapa 2/3 4
Ibu 1/6 1
Jumlah 8



Maka setelah diaulkan suami dapat 3/8 ,2 saudara seibu sabapa dapat 4/8 dan ibu dapat 1/8 .

(iii) 6 diaulkan kepada 9 :

Asal masalah 6
Suami 1/2 = 3
ibu 1/6 =1
Saudara(p)kanduang 1/2 = 3
Saudara (p) sebapa 1/6 =1
Saudara (p) seibu 1/6 =1
Jumla = 9

Setelah diaulkan maka suami dapat 3/9 , ibu dapat 1/9 , saudara (p)kandung dapat 3/9, saudara (p) sebapa dapat 1/9 dan saudara (p) seibu dapat 1/9 .

(iv) 6 diaulkan kepada 10 :

Asal masalah 6
Suami 1/2 = 3
ibu 1/6 = 1
Saudara(p)kanduang 1/2 = 3
Saudara (p) sebapa 1/6 = 1
Dua Saudara (p) seibu 1/3 = 2
Jumlah 10
Setelah diaulkan maka suami dapat 3/10 , ibu dapat 1/10 , saudara (p)kandung dapat 3/10, saudara (p) sebapa dapat 1/10 dan dua saudara (p) seibu dapat 2/10.

(2) 12 diaulkan kepada 13,15, 17 :

(i) 12 diaulkan kepada 13 :

Seorang mati meninggalkan suami ,dua anak perempuan dan ibu .Cara penyelesaian-nya ialah :Suami mendapat ¼ ,dua anak perempuan mendapat 2/3 dan ibu dapat 1/6 .


Asal masalah 12
Suami 1/4 = 3
ibu 1/6 = 2
2 anak perempuan 2/3 = 8
Jumlah = 13
Setelah diaulkan maka suami dapat 3/13 ,ibu dapat 2/13 dan 2 anak perempuan dapat 8/13 .

(ii)12 diaulkan kepada 15 :

Seorang mati meninggalkan suami ,dua anak perempuan , bapa dan ibu .Cara penyelesaiannya ialah :Suami dapat ¼ , dua anak perempuan dapat 2/3 , ibu dapat 1/6 dan ibu dapat 1/6 .
Asal masalah 12
Suami 1/4 = 3
ibu 1/6 = 2
Bapa 1/6 = 2
Dua anak perempuan 2/3 = 8
Dua Saudara (p) seibu 1/3 = 2
Jumlah 15
Setelah diaulkan maka suami dapat 3/15 ,ibu dapat 2/15 ,bapa dapat 2/15, 2 anak perempuan dapat 8/15 , dan 2 saudara perempaun seibu dapat 2/15.

(iii) 12 diaulkan kepada 17 .

Seorang mati meninggalkan tiga isteri . dua nenak , empat saudara seibu , dua orang saudara seibu sebapa .Cara penyelesaiannya : 3 orang isteri berkongsi ¼ , dua orang nenek 1/6 , 4 saudara perempuan seibu 1/3 dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa dapat 2/3 :

Asal masalah 12
3 isteri 1/4 = 3
2 nenek 1/6 = 2
2 Saudara(p)kanduang 2/3 = 8
4Saudara (p) sebapa 1/3 = 4
Jumlah 17
Setelah diaulkan maka 3 isteri dapat 3/17 ,2 nenek dapat 2/17 dan 2 saudara perempuan kandung 8/17 dan 4 saudara perempuan seibu 4/17 .

(2) 24 diaulkan kepada 27 :

Seorang mati meninggalkan isteri , dua orang anak perempuan , bapa dan ibu .Cara penyelesaiannya: isteri dapat 1/8 , 2 orang anak perempuan dapat 2/3 , bapa dapat 1/6 dan ibi dapat 1/6 :
Asal masalah 24
isteri 1/8 = 3
Ibu 1/6 = 4
2 Saudara(p)kanduang 2/3 = 16
Bapa 1/6 = 4
jumlah 27

Saturday, May 22, 2010

Kaedah pengiraan harta pusaka .(2)

(ii)Asal masalah :

Didalam kaedah membahagikan harta pusaka , maka hendaklah diketahui aka nasal masalah , barulah untuk mengirnya :

1.Masalah dua :
Seorang mati meninggalkan seorang anak perempuan dan bapa saudara .Cara penyelesaiannya ialah : untuk anak perempuan itu ½ dan bakinya untuk bapa saudara kandung , kerana ia menerima asabah:

Asal masalah
2
Anak prp 1/2 1
Bap saudara (k) asabah 1

2.Masalah 3 :
Seorang mati dia meninggalkan ibu dan bapa saudara (k).Cara penyelesaiannya : ibu dapat 1/3 dan bapa saudara kandung asabah .

Asal masalah
3
Ibu 1/3 1
Bap saudara (k) asabah 2

3.Masalah 4 :
Seorang mati meninggalkan suami dan anak lelaki .Cara penyelesaiannya: Suami mendapat ¼ dan anak lelaki mendapat asabah :

Asal masalah
4
Suami 1/4 1
Anak Lelaki asabah 3


4.Masalah 8 :
Seorang mati meninggalkan isteri dan anak lelaki .Cara penyelesaiannya ialah isteri mendapat 1/8 dan anak lelaki asabah .

Asal masalah
8
Isteri 1/8 1
Anak lelaki asabah 1


5.Masalah 6 :
Seorang mati meninggalkan seorang saudara perempuan seibu dan bapa saudara kandung .cara penyelesaiannya ialah Saudara perempuan seibu mendapat 1/6 , bapa saudara kandung mendapat asabah .

Asal masalah
6
Saudara prp seibu 1/6 1
Bap saudara (k) asabah 5


6.Masalah 12 :
Seorang mati meninggalkan suami , ibu dan anak lelaki . Cara penyelesaiannya ialah suami mendapat ¼ .ibu mendapat 1/6 dan anak lelaki asabah .

Asal masalah
12
Suami 1/4 3
Ibu 1/6 2
Anak lelaki Asabah 7


7.Maslah 24 :
Seorang mati meninggalkan isteri ,ibu dan anak lelaki .cara penyelesaiannya ialah Isteri mendapat 1/8 , ibu mendapat 1/6 dan anak lelaki asabah :

Asal masalah
24
Isteri 1/8 3
Ibu 1/6 4
Anak lelaki Asabah 17

Cara mencari asal masalah

Kadar yang diterima Asal masalah
2 dan asabah 2
2,4 4
3,asabah 3
3 6 6
2,3 6
2,6 6
3,4 12
4,6 12
2,6,8 24
3,8 24

Cari angka kandungan kecil .bagi tiap –tiap kadar yang diterima seperti jadual di atas .

Friday, May 21, 2010

Kaedah pengiraan harta pusaka (1)

(1) Tentukan bahagian yang diterima oleh waris seperti jadual dibawah :
Jadual bahagian ashabul furud :

Bapa 1/6 jika simati ada anak lelaki 1/6 + asabah bersama dgn anak prp Asabah jika simati tiada anak.
Datuk lelaki 1/6 jika simati ada anak lelaki 1/6 + asabah bersama dgn anak prp Asabah jika simati tiada anak. Hijab jika simati ada bapa
Ibu 1/6 jika simati ada anak (L+P) 1/3 jika simati tiada anak 1/3 drp baki jika simati (i)Tiada anak (ii)Meninggalkan suami/isteri bersama bapa
Suami ½ jika simati tiada anak ¼ jika simati ada anak .
Isteri 1/4 jika simati tiada anak 1/8 jika simati ada anak .
Anak prp ½ jika seorang 2/3 jika dua atau lebih Asabah bersama
Anak lelaki
Saudara (p) kandung ½ jika seorg dan simati tiada anak (L) @ cucu lelaki 2/3 jika dua orang atau lebih dan tiada anak lelaki Asabha bersama
Saudara(L) dan asabah maal ghairi bersama dgn anak (P) dan cucu (P) simati 1/6 bersama dgn anak (P) mahjub jika simati ada anak (L) /cucu (L) .
Saudara (P) sebapa ½ jika seorang 2/3 jika dua/lebih ,1/6 bersama saudara (P) seibu untuk cukup 2/3 Asabah bersama saudara lelaki Terdinding oleh asal l furuk waris .
Saudara seibu ½ jika seorang sama lelaki atau perempuan 1/3 jika dua orang atau lebih lelaki /perempuan Terdidnding jikabersamanya anak si mati
Cucu perempuan ½ jika tiada anak lelaki 2/3 dua orang atau lebih 1/6 bersama anak (P) untuk cukup 2/3 ,jika ada cucu (L) asabah , bak daripada anak prp Mahjub jika ada anak lelaki
Mahjub jia ada orang anak prp atau lebih .

Monday, May 17, 2010

MATEMATIK

SEMALAM ADALAH 16 MEI ,TARIKH KERAMAT KEPADA PARA GURU .DISINI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU YANG KINI SEDANG BERTUGAS MAUPUN YANG SUDAH BERSARA.BILA SEBUT GURU , MAKA BANYAKLAH KENANGAN YANG LAMPAU DIMASA SAYA DI ALAM PERSEKOLAHAN .SAYA TERINGAT KEPADA SEMUA GURU -GURU YANG MENGAJAR SAYA KEBANYAKKANNYA SUDAH MENINGGAL DUNIA SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ROH MEREKA DI SYURGA JANNATUL NAIM. SAYA SANGAT TERINGAT KEPADA SEORANG GURU YANG MENGAJAR MATEMATIK (DULU ILMU HISAB) WAKTU SEKOLAH RENDAH DISEKITAR TAHUN LIMA PULUHAN , GURU ITU MENGAJAR DENGAN BAIK SEHINGGA SAYA SANGAT MINAT DI DALAM MATEMATIK , SETELAH HABIS SEKOLAH RENDAH SAYA SEKOLAH ARAB TIDAK ADA PELAJARAN MATEMATIK WAKTU ITU , SAYA BELI BUKU MATEMATIK SAYA BELAJAR SENDIRI , SEHINGGAKAN SAYA BOLEH MENGAJAR MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN PERINGAKT SPM .TERIMA KASIH KEPADA CIK GU ITU .WALAUPUN SAYA BUKAN JURUSAN BERKENAAN KERANA SAYA LULUS PERINGKAT IJAZAH PERTAMA PENGAJIAN ISLAM .KERANA MINAT KEPADA MATEMATIK HARI INI MARILAH KITA SAMA MENAMBAH PENGETAHUN DI DALAM MATEMATIK DENGAN MELIHAT BEBERAPA AYAT AL-QURAN YANG BERSANGKUTAN DENGAN OPRASI MATEMATIK YANG JARANG ORANG MEMPERSOALKAN - DI SINI SAYA KEMUKAKAN OPRASI TAMBAH ,TOLAK , DARAB DAN BAHAGI :

1.CAMPUR (TAMBAH) .
FIRMAN ALLAH swt AYAT 25 SURAH ALKAHFI YANG BERMAKSUD :
dan mereka telah tinggal tidurdalam gua mereka ; tiga ratus tahun dengan kiraab ahli kitab , sembilan lagi (dengan kiraan kamu) ,
DARI AYAT DI ATAS MEREKA TIDUR DI DALAM GUA ITU SELAMA 309 , IAITU 300 TAHUN TAMBAH 9 TAHUN MENJADI 309 TAHUN.

2.TOLAK (KURANG) .
(I)FIRMAN ALLAH SWT AYAT 14 SURAH AL ANKABUUT YANG BERMAKSUD:

sesungguhnya kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya , maka tinggallah ia dalam kalangan mereka seribu tahun kecuali lima puluh (950 tahun).

NABI NUH HIDUP SELAMA 950 TAHUN ( 1000 - 50 = 950 ).

(II)FIRMAN ALLAH SWT AYAT 41 SURAH AL ANFAL BERMAKSUD :

dan ketahuilah m bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang , maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan ) Alllah dan untuk rasulNya, dan untuk kerabat (rasulullah) dan anak -anak yatim , dan orang - orang miskin , serta ibnus -sabil (orang musafir yang keputusan) .

DALAM AYAT DI ATAS BAHAGIAN YANG DIPERUNTUKAN KEPADA JALAN ALLAH , RASUL, KERABAT RASUL , ANAK -ANAK YATIM DAN IBNUS SABIL IALAH 1/5 MAKA BAKINYA UNTUK ORANG YANG TURUT BERPERANG , 1- 1/5 = 4/5 .

3.DARAB
FIRMAN ALLAH SWT AYAT 261 SURAH AL-BAQARAH YANG BERMAKSUD:
bandingan (derma) orang - orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , ialah sama seperti sebijih benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai , tiap -tiap tangkai mengandungi seratus biji .

DADALAM AYAT DIATAS GANJARAN ORANG MENDERMAKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH IALAH 700 KALI GANDA , 100 X 7 = 700 .

4.BAHAGI
FIRMAN ALLAH SWT AYAT 65 SURAH AL ANFAAL YANG BERMAKSUD :

Wahai nabi ,perangsangkan orang - orang beriman itu untuk beperang , jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar , nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir , disebabkan mereka (yang kafir itu) orang- orang yang tidak mengerti .
DALAM AYAT DI ATAS TIAP - TIAP SEORANG PEJUANG ISLAM MESTI MENGALAHKAN 10 ORANG MUSUH .IAITU 200 BAHAGI 20 = 10 DAN 1000 BAHAGI 100 = 10 .

BANYAK LAGI CONTOH YANG KITA BOLEH DAPATI, BACALAH AL-QURAN DAN TANDAKAN OPRASI MATEMATIK YANG ANDA JUMPA - SELAMAT MEMBACA AL-QURAN DAN MENCARI OPRASI YANG SAYA SEBUTKAB ITU - MUDAH -MUDAHAN BERTAMBAH PENGETAHUN ANDA .WASSALAM .IBNU OMAR .

Sunday, May 16, 2010

AL-FURUDH AL- MUQADDARAH (الفروض المقدرة)3

4.Hijb (sebab – sebab terhalang daripada mendapat pusaka)

Hijab pada syarak ialah mengahalang waris dari mendapat semua harta peninggalan si mati atau sebahagian daripadanya dengan sebab ada orang lain yang tidak boleh berkongsi pada habuannya .Seperti datuk dihalang oleh bapa .Halangan (hijb) terbahagi kepada dua :

(i)Hijab nuqsan :(Halangan daripada banyak menjadi sedikit)

Iaitu memindahkan habuan yang tinggi kepada habuan yang rendah , kerana ada orang lain seperti suami berpinda dari ½ kepada ¼ disebabkan simati ada anak lelaki , begitu juga ibu dengan sebab anak lelaki berpinda dari 1/3 kepada 1/6.Mereka yang terlibat di dalam hijab nuqsan ini 5 orang :

(a)Suami berpindah dari ½ kepada ¼ dengan sebab ada anak

(b)Isteri berpindah dari 1/4 kepada 1/8 dengan sebab ada anak

(c)Ccuc perempuan dari anak lelaki berpindah dari ½ kepada 1/6 dengan sebab adanya anak perempuan kandung .

(d)Saudara perempuan sebapa berpindah dari ½ kepada 1/6 sekiranya didapati dalam masalah itu saudara perempuan seibu sebapa .

(e)Ibu berpindah dari 1/3 kepada 1/6 dengan sebab adanya anak dan berbilang –bilang saudara .

(ii)Hijab Hurman ( Halangan daripada mendapat pusaka )

Iaitu waris dihalang dari menerima pusaka sama sekali , mereka ialah :

(a)Datuk lelaki dihalang oleh bapa

(b)Nenek perempuan dihalang oleh ibu

(c)Cucu lelaki dari anak lelaki dihalang oleh anak lelaki

(d)cucu perempuan dari anak lelaki dihalang oleh 2 orang anak perempuan

(e)Saudara – saudara perempuan sebaba dihalang oleh dua orang saudara perempuan seibu sebapa.

(f)Saudara lelaki seibu sebapa /sebapa dihalang oleh anak lelaki , cucu lelaki dari anak lelaki dan kebawah dam bapa .

(g)Saudara lelaki dan perempuan seibu dihalang oleh bapa , datuk keatas , anak lelaki , cucu lelaki dari anak lelaki ke bawah , anak perempuan , cucu perempuan dari anak lelaki ke bawah .

Keterangan mengenai hijab secara terperinci hijab hurman:

1.Datuk didinding oleh Bapa
2.Nenek didinding oleh Ibu
3.Cucu lelaki didinding oleh anak lelaki
4.Adik beradik lelaki kandung didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki.
5.Adik beradik perempuan kandung didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki
6.Adik beradik lelaki sebapa didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung .
7.Adik beradik perempuan sebapa didinding oleh Bapa,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung
8. Adik beradik lelaki/perempuan seibu didinding oleh Bapa, Datuk Anak lelaki , cucu lelaki,anak perempuan , ccucu perempuan.
9.Anak saudara lelaki kandung didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.
10.Anak saudara lelaki sebapa didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung .
11.Bapa saudara kandung didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung ..anak saudara lelaki sebapa.
12.Bapa saudara sebapa didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung .anak saudara lelaki sebapa , bapa saudara kamdung.
13.Sepupu lelaki kandung didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung . anak saudara lelaki sebapa , bapa saudara kamdung.bapa saudara sebapa.
14.Sepupu lelaki sebapa didinding oleh Bapa, datuk,Anak lelaki , cucu lelaki.,adik beradik lelaki kandung, adik beradik perempuan kandung,Adik beradik lelaki sebapa , adik beradik perempuan sebapa.,anak saudara lelaki kandung . anak saudara lelaki sebapa , bapa saudara kamdung.bapa saudara sebapa.sepupu lelaki kandung .

Saturday, May 15, 2010

HARI GURU.
Pendidikan adalah suatu tuntutan di dalam Islam yang berterusan sepanjang hayat .Ia adalah suatu keperluan hidup yang semestinya dinikmati oleh semua manusia.Sabda Rasulullah SAW :
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ (رواه ابن ماجه )
“Menuntut ilmu itu fardhu (wajib) atas setiap muslim .” (Hadis riwayat Ibn Majah ) .
Dan sabda Rasulullah SAW :
طَلَبُ الْعِلْمِ مِنَ الْمَهْدِ الى الْلَحْدِ .
“Menuntut ilmu itu daripada ayunan buaian hingga ke liang lahad .”
Pendidikan adalah pelaburan yang bernilai bagi sebuah negara .Ia akan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia dan bertanggungjawab .Dengan ilmu manusia berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan juga memberi umbangan terhadap keharmunian dan kemakmuran masyarakat .
Setiap tahun pada tarikh 16Mei perayaan “Hari Guru “ disambut diseluruh negara .Sambutan hari ini dengan tema “ Guru Pembina negara bangsa”.Sambutan ini adalah merupakan suatu pemgiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh negara kepada kaum guru kerana peranan mereka sebagai orang yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu , mengasuh dan mendidik anak – anak bangsa dengan penuh kasih sayang serta membentuk adab – adab dan akhlak yang mulia.
Islam juga memberikan penghormatan yang tinggi kepada guru (orang yang berilmu pengetahuan ).Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang hubungannya dengan Allah .Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 28 yang bermaksud :
“sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”
Sabda Rasulullah SAW :
اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ الاَنْبِيَاءِ
“Para ulama ialah pewarisnya para nabi “
Kedua – dua nas ini jelas membuktikan bahawa Islam memberikan penghormatan kepada ulamak (Guru) yang mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah dan mewarisi peranan dan tanggungjawab para nabi .Jesteru itu , dengan ilmu sahaja kita dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah serta dapat membezakan sesuatu yang hak dan yang batil .
Para guru seharusnya sedar bahawa tugas menyampaikan ilmu adalah amanah Allah dan bukan merupkan suatu tugas yang ringan sebaliknya suatu tugas yang besar bagi membina perkembangan manusia .sebab itu mereka perlu berhati –hati dalam menjalankan tugas agar sentiasa mendapat keridhaan Allah Sabda rasulullah SAW :
مَنْ سَنَّ فِى الْاِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمَلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئُ وَ مَنْ سَنَّ فِى الْاِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عًلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمَلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئٌ .
“Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam maka diamalkan orang , dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya , dan sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam maka diamalkan orang , dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya ,” (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini jelas kepada kita bahawa tanggungjawa guru amat besar khususnya terhadap ilmu yang disampaikan dan kesannya terhadap orang lain pada hari Kiamat.kalau ilmu yang diberikan membawa kesan buruk maka keburukan juga akan ditanggungnya kerana dengan ilmu itu juga boleh menyesatkan orang lain dan begitu juga jika ilmu yang disampaikan membawa kesan kebaikan maka kebajikanlah yang akan diterimanya kerana dengan ilmunya ia membawa manusia kepada hidayah .
Peranan dan sumbangan kaum guru kearah melahirkan jenarasi yang disebutkan tadi tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya kerjasama dan permufakatan dari semua pihak khususnya ibubapa sendiri .setiap individu mestilah mempunyai pandangan , hala tuju dan tindakan yang sama bagi mengukukuhkan usaha pendidikan khususnya di sekolah dengan memberikan keutamaan kepada pengukukuhan akidah , pembinaan syakhsiah pelajar dan disiplin diri disamping motovasi atau dorongan utntuk memburu kecemerlangan .Pemufakatan dan kerja sepasukkan ini menepat Firman Allag dalam Surah as-saf ayat 4 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Oleh itu dalam usaha mendidik anak – anak , ibubapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya kepada guru soal pendidikan anak – anak mereka sebaliknya ibubapa hendaklah memberikan kerjasama dalam apa sahaja bentuk pendidikan anak –anak .Guru – guru juga hendaklah dihormati bukannya dihina atau dicemuh hanya kerana sedikit kesilapan sebagai contohnya terdapat segelintir ibubapa yang sanggup mendedahkan kesilapan yang dilakukan oleh guru di akhbar atau media malahan ada yang sanggup menyaman guru , sedangakan niat guru tersebut ikhlas untuk mendidik anak- anak mereka .Kalau diimbas kembali sikap ibubapa dahulu yang menghantar anak – anak kepada guru – guru untuk di didik dengan berkata “Aku serahkan anak ini untuk dididik dan buatlah apa sahaja asalkan jangan sampai buta dan patah”.Ini membuktikan keikhlasan ibubapa dahulu memberikan kerjasama penuh dan kepercayaan serta penghormatan kepada kaum guru dalam pendidikan anak –anak .
Guru merupakan antara gulungan terpenting dalam menentukan maju mundur sesebuah tamaddun kerana mereka menyumbangkan yang bernilai terhadap perkembangan akal dan syakhsiah pelajar .Kiranya pada hari ini kita telah merasakan telah berjaya dan bahagia maka itu adalah hasil sumbangan yang diterima dari seseorang guru .Jesteru itu, sekirannya kita mengimbas kembali bagaimana ibubapa dahulu mendidik anak – anak mereka menghormati dan menyayangi guru mereka .Anak murid atau pelajar sanggup berkorban dan berbakti bagi membantu guru dengan mencari kayu api , menceduk air telaga dan lain – lain keperluan sebagai tanda penghargaan kepada guru .Saidina Ali Karramallah wajhahu berkata :”Antara hak orang yang berilmu (guru) atas dirimu ialah :Hendaklah engkau mengucapkan salam kepada semua yang hadir dalam majlisnya , memberi salam hormat secara khusus kepadanya , duduk di hadapannya , tidak menunjukkan jari ke arahnya , tidak memandang secara tajam kepadanya , tidak terlalu banyak mengajukan pertanyaan , tidak membantunya dalam memberi jawapan , tidak memaksanya sekiranya dia letih , tidak mendebatnya jika tidak bersetuju dengannya tidak membocorkan rahsianya , tidak mengumpatnya di hadapan orang lain , tidak mencari –cari kesalahannya , jika ia salah beritahunya bukan di hadapan orang ramai .”
Seterusnya marilah kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh para guru telah kembali kerahmatullah dan meletakkan mereka bersama para anbiya’ syuhada’ dan para solehin selaras dengan kedudukan kaum yang mulia bertepatan dengan Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. (Al –Mujaadilah : 11) .
“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU”

Friday, May 14, 2010

AL-FURUDH AL- MUQADDARAH (الفروض المقدرة)2

3.Cara pembahagian antara datuk dengan saudara .

Mengikut pendapat jamhur fukahak apabila datuk bersama dengan saudara seibu sebapa , atau saudara sebapa ( lelaki atau perempuan) ada bersama dengan asbul furud maka datuk boleh memilih antara tiga perkara :

1.Muqasamah ( bahagian sama rata)

2.Sudusul mal ( 1/6 dari semua harta)

3.Sulusul baqi ( 1/3 dari harta baki)

Dan jika tidak ada asbul furud bersama mereka berdua (datuk dengan saudara seibu sebapa , saudara sebapa ( lelaki aatau perempun) , maka datuk boleh memilih di antara :

1.Muqasamah ( bahagian sama rata)

2..Sulusul baqi ( 1/3 dari harta baki

Contoh pembahagian pusaka :

(a)datuk dan saudara tanpa ashabu furud :

(i) Muqasamah : Datuk dengan dua suadara lelaki kandung :


Masalah 3
Datuk 1
Dua saudara lelaki (k) 2

ii.1/3 daripada semua harta :

Masalah 9
Datuk 3
Tiga saudara lelaki (k) 6


(b)Datuk dan saudara lelaki bersama ashabul furud :

(i) Muqasamah :

Masalah 4
Isteri 1/4 1
Datuk lelaki 2
Saudara perempuan 1

Isteri mendapat ¼ maka bagi 3 /4 di bahagi sama rata di anatara datuk lelaki dengan suadara perempuan , datuk 2 saham .anak perempuan 1 saham , maka tiap 1 saham 1 dapat 1 , saudara perempuan 1x1 = 1 , datuk 1x 2 = 2 .

ii.1/6 dari semua harta :

Masalah 24
Isteri 1/8
3
Anak prp 1/2 12
Ibu 1/6 4
Datu lelaki 1/3 baki asabah 4
Tiga saudara lelaki asabah 1


iii.1/3 daripada baki :


Masalah 12 36 108
Isteri 1/4
3 9 27
Ibu 1/6 2 6 18
Datuk lelaki 1/3 B 7 7 21
Tiga saudara lelaki asabah 14 42