SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, March 19, 2013

ARAHAN DARI YDP PAS KAWASAN TEMERLOH




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
KEPADA SEMUA JAWATAN KUASA PAS KAWASAN,DEWAN  MUSLIMAT  DEWAN PEMUDA DAN URUSAN ULAMAK,JPrK,JPr Dun , JPr Upu dan semua ahli PAS kawasan Temerloh – hendaklah fokus kepada gerakerja pilihanraya .Hubungan sesama kita perlu berada pada tahap harmoni yang tinggi . Elakkan perbalahan sesama sendiri  di medan terbuka dan maya.Tingkatkan hubungan dengan Allah dan rakan PR untuk menghadapi PRU 13 .
YDP PAS KAWASAN TEMERLOH

Monday, March 4, 2013

KEUTAMAAN SEPULUH AYAT TERAKHIR DARIPADA SURAH AL-KAHFI .




IA AKAN DATANG DALAM BENTUK CAHAYA PADA HARI KIAMAT BAGI ORANG YANG MENGHAFALNYA . DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU AL-DARDA’ BAHAWA NABI SAW BERSABDA :
وَمَنْ حَفِظَ خَوَاتِمِ سُوْرَةِ الْكَهْفِ كَانَتْ لَهُ نُوْرًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ .
DAN BARANG SIAPA YANG HAFAL PENUTUP SURAH AL-KAHFI , MAKA DIA AKAN MEMILIKI CAHAYA PADA HARI KIAMAT .
PERHATIAN , SEPULUH AYAT TERAKHIR ADALAH PENUTUP SURAH AL-KAHFI .

Sunday, March 3, 2013

PAHALA ORANG YANG HAFAL SEPULUH AYAT PERTAMA DARIPADA SURAH AL-KAHFI



 .

BARANG SIAPA  YANG HAFAL SEPULUH AYAT PERTAMA DARIPAD SURAH AL-KAHFI MAKA IA SELAMAT DARI FITNAH DAJJAL, DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU AL-DARDA’ BAHAWA NABI SAW BERSABDA :
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ أَيَاتٍ مِن أَوْلِ سُوْرَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَالِ .
“BARANG SIAPA YANG HAFAL SEPULUH AYAT PERTAMA DARIPADA SURAH AL-KAHFI, MAKA DIA AKAN TERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL.

Friday, March 1, 2013

Tazkirah yang ke -22 Jumaat 01.03.2013.keadaan kiamat 5.




Keadaan   orang meniti siratul mustaqim .
Setelah ditimbang amalan mereka maka diberi nur kepada mereka mengikut amalan mereka dan disuruh berjalan di atas siratulmustaqim – maka duduklah nabi Muhammad SAW dan Jibril melihat keadaan mereka yang berjalan di atas.siratul mustaqim .itu  dan malaikat zabaniah duduk ditengah –tengah sirat iru - ada yang bejalan seperti kilat , adalah seperti angin , ada yang seperti kuda , ada yang berjalan dengan empat kaki , ada yang berjalan dengan perut  mengikut kadar amalan mereka – orang kafir semuanya jatuh ke dalam neraka firman Allah  surah Mariam    ayat 71:
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلاَّ وَارِدُهَا كَاَنَ عَلَي رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا .
dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
Kemudian masuk segala mukmin yang tiada derhaka ke dalam syurga . Maka berkata Ridwan kepada mereka lihatlah kepada suami  kamu – maka keluarlah isteri dengan pakaian yang indah menemuai suami masing –masing . Adapun kanak –kanak apabila bertemu dengan ibubapa mereka lalu diberi minum air kepada kedua ibubapa mereka – ada diantara mereka tidak bertemu dengan ibubapa mereka lalu merea menangis mencari ibubapa mereka – lalu mereka berkata “ haram atasku syurga sehingga dimasukkan keduaibubapaku oleh Allah ke dalam syurga “.
Adapun yang masuk syurga itu menuju kepada syurga mengikut  pangkat yang ditentukan oleh Allah mengikut amalan mereka  - yang pertama dimaka mereka ialah hati ikan nun – dan yang mula dimakan oleh golongan  orang melakukan dosa besar ialah bungkah dari emas maka makan mereka emas itu  lalu berseru malaikat zabaniyah inilah balasan orang lalai di dunia dengan tidak mengerjakan amalan kebaikan .
Malaikat Zabaniyah berkata “Api neraka yang di atas  - apinya putih tiada ular dan kala dalamnya – maka berkata Allah Taala “Hai malaikat Zabaniyah bawalah umat nabi Muhammad yang mengerjakan dosa  besar ke dalam neraka yang di atas itu . Maka dibawa oleh Malaikat Zabaniyah umat Nabi Muhamad yang melakukan dosa besar itu dengan keadaan jalannya gelap gelita dan penuh dengan unak dan duri – maka bertanya merekitu  kenapa jalan ini terlau gelap gelita dan penuh duri – maka jawab Malaikat Zabaniyah  “ inilah keadaan jalan ke neraka “. Maka dimasukkan mereka yang melakukan dosa besar itu  ke dalam neraka  dan dihukum mengikut dosa yang mereka lakukan dan dikeluarkan dari neraka selepas dihukum dan dimasukkan ke dalam syurga kalau mereka ada secebis iman.
Ada dikalangan mereka yang masuk neraka  itu berkata “ Wahai api jangan kamu bakar muka kami kerana ada bekas sujud kepada Allah SWT di dunia dahulu “  ada dikalangan  mereka apabla di makan oleh api neraka mereka berkata “ dimanakah kalimah taiyibbah yang kami ucapkan di dunia dahulu   iaitu  لا اله الا الله محمد رسول الله  maka didengar oleh Siti Fatimah anak Nabi Muhammad saw  akan perkataan itu , lalu ia  berjumpa Ayahndanya dengan mengatakan “ ada suara mengatakan ia pernah mengucapkan kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله   tetapi mereka di dalam neraka , maka berkata Allah SWT kepada Jibril pergi engkau kepada Malik dan suruh ia buka pintu neraka Jahannam – maka datanglah Jibril ke neraka , oleh kerana hibatnya maka terasa oleh peduduk neraka angin yang baik dan sejuk dari Jibril itu – dan ia merupakan orang yang sangat hibat dan bercahaya -  mereka bertanya siapa kamu ? maka jawab Jibril “ aku Jibril sahabat  Muhammad “ maka berkata umat Muhammad yang ada dalam nereka – pergilah kamu berjumpa Muhammad dan katakana kami adalah umatNya yang pernah berselawat dan memberi salam kepadaNya masa di dnuia dahulu – lalu berjumpa dengan Nabi Muhammad yang duduk dalam syurga dengan penuh kenikmatan – dan ia menangis – maka ditegur oleh Nabi Muhammd kenapa engkau menangis – hari ini bukan hari berduka –hari ini hari kegembiraan , maka Jibril menerangkan ia meangis kerana ada dikalangan umat Nabi Muhammad masuk neraka dengan menerima azab siksa dari Allah – maka nabi Muhammad pergi menemui Allah untuk melepaskan umatnya dalam neraka itu- maka dilepaskan umatnya yang ada secebis iman di dalam hatinya .

Sunday, February 17, 2013

MENCEGAH DARIPADA KEZALIMAN




MAKNA PENOH HADIS  YANG MANTANNYA DIATAS  INI :
“DARI ANAS BIN MALIK R.A  IA BERKATA , RASULULLAH BERSABDA”BANTULAH SAUDARA ENGKAU YANG ZALIM ATAU YANG KENA ZALIM,LALU BERKATA SEORANG LELAKI , WAHAI , RASULULLAH : AKU BANTU IA APABILA IA KENA ZALIM, BAGAIMANA CARA MENOLONG OARANG YANG zalim ? JAWAB , RASULULLAH : “ENGKAU SEKAT IA  ATAU ENGKAU TEGAH IA DARI MENZALIMI, SESUNGGUHNYA DEMIKIAN ITULAH MEMBANTUNYA .”
HURAIAN HADIS :
1.HADIS INI MENGARAHKAN SUPAYA ORANG ISLAM SENTIASA TOLONG MENOLONG BAGI MENCAPAI KEHIDUPAN YANG AMAN DAMAI BEKERJASAMA DI DALAM KEBAJIKAN , DI DALAM MASYARAKAT KITA TERDAPAT YANG MENZALIMI DAN KENA ZALIM, MAKA HENDAKLAH KITA BERUSAHA  SUPAYA KEZALIMAN ITU TERHINDAR   DAN TIDAK BERLAKU DENGAN DUA CARA (1) CEGAH ORANG ZALIM MENZALIMI   (2) BANTU ORANG YANG  KENA  ZALIM SEHINGGA TERLEPAS DARI KEZALIMAN.
2.DALAM KONTEKS KITA DI MALAYSIA SEKARANG , KITA DAPATI KERAJAAN SEKARANG ADALAH MELAKUKAN BEBERAPA KEZALIMAN  DI ANTARANYA   TIDAK MEMEBERI  ROYALTI MINYAK KEPADA  NEGERI KELANTAN,  PERUNTUKAN WAKIL RAKYAT  PEMBANGKANG TIDAK DIBERI , RASUAH  MENJADI –JADI  MAKA  CARA UNTUK MENCEGAH KEZALIMAN YANG BERLAKU SEKARANG KITA UBAH KERAJAAN  DARI BN KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG  TERSERLAH ADIL  YANG KITA DAPAT DARI NEGERI – NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH  PAKATAN RAKYAT.  DI SAMPING  ITU KITA BANTU ORANG – ORANG KENA ZALIM DI ATAS KEMAMPUAN KITA SEBAGAI KITA BERSAUDARA DALAM ISLAM .
KESIMPULANNYA : MENOLONG ORANG YANG ZALIM IALAH KITA SEKAT DIA DARI MELAKUKAN KEZALIMAN, BUKAN MENOLONG MENYENANGKAN IA BERTINDAK ZALIM. MENOLONG ORANG YANG KENA ZALIM IALAH MEMBERI PELINDUNGAN  ATAU MENGHINDARKAN DIA DARI DITIMPA KEZALIMAN .
USTAZ ZAKARIA OMAR PENULIS BLOG INI.


Wednesday, February 13, 2013

MESYURAT AJK DEWAN ULAMAK PAS PAHANG KALI PERTAMA TAHUN 2013

BERTEMPAT DI PEJABAT  DEWAN ULAMAK PAS PAHANG  DI TEMERLOH - DEWAN ULAMAK TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AJK PADA JAM 3.00 PETANG  SABTU 19.1.2013 DIANTARA LAIN YANG DIBINCANGKAN IALAH :
1.JELAJAH ULAMAK SIRI 2 BERTAJUK "PETUGAS PILIHANRAYA SEBAGAI PENDAKWAH UNTUK MENGAUSAI MASYARAKAT "
2.PERANAN ULAMAK DALAM PRU 13
3.CERAMAH MAULIDUL RASUL DEWAN ULAMAK KE KAWASAN.
BERITA DAN FOTO OLEH US.ZAKARIA OMAR PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN PAS PAHANG
.